Advertisment

Tuesday 31 December 2013

Simpanan Asas/Basic Saving 2014 meningkat!!


Sempena tahun baru 2014, katahuilah bahawa....Simpanan Asas ataupun Basic Saving EPF telah meningkat. Kesan daripada peningkatan ini adalah kepada jumlah pengeluaran yang semakin sedikit. Juga memberi kesan kepada pengeluaran akaun 1 untuk tujuan pelaburan. Apabila jumlah Simpanan Asas meningkat, jumlah wang untuk dikeluarkan pada masa hadapan semakin sedikit.

Jumlah peningkatan sila rujuk jadual dibawah:



Perbezaan sehingga 50% kenaikan ketika umur 28 tahun. Sangat merugikan kepada sesiapa yang tidak melabur sebelum nilai Simpanan Asas ini naik. Mungkin tiada lagi peluang atau terpaksa tunggu sehingga bertahun lagi atau tunggu gaji naik...hahaha, baru boleh lepas nilai simpanan asas.

Kesan adalah seperti kira-kira berikut.


Minimum pelaburan Public Mutual adalah RM 1,000. Berdasarkan pengiraan 2013, adalah lepas untuk seseorang itu melabur dengan jumlah Simpanan Asas hanya RM 12,000.

Berbanding pengiraan 2014, jumlah Simpanan Asas telah meningkat menyebabkan pelabur tidak dapat melabur kerana RM 400 tidak melepasi jumlah minimum pelaburan RM 1,000.






Monday 30 December 2013

Bercuti di Lumut dan Teluk Batik

Assalamualaikum..

Semperna cuti Christmas En. Husband ambil cuti panjang sampai ke Sabtu dan Ahad. Saya just ambil cuti pada hari Khamis sahaja sebab cuti dah habis. Dapatla teman husband untuk hari Rabu dan Khamis tersebut. Hari Khamis hanya dipenuhkan dengan bersantai-santai di rumah sebab baby Harraz batuk dan selesema. Macam tak best pula bawa dia keluar berjalan-jalan kan.

Dikesempatan itu sempatla saya curi sedikit masa untuk kuar tukar IC di Pejabat Pendaftaran Manjung. Punya ramai orang bak hang. Tapi sempat juga buat dan En. Husband tolong ambilkan yang dah siap keesokannya. (melalut panjang pula..actually entry pasal bercuti di Lumut dan Teluk Batik).

Ok..distraightkan cerita...walaupun saya ni duk di Manjung tapi mana lagi kan nak kuar bercuti..tak Lumut, ke Teluk Batik takpun Marina Island. Takdela bercuti sangat pun...just kuar bawa baby jejalan sebenarnya. So entry ni lebih banyak gambar dari cerita.

Hujung minggu tersebut kebetulan ada pameran kenderaan antik dibuat di Teluk Batik. Dapatla kitarang jamu mata dengan keunikan dan kecomelan moto-moto vespa dan kereta antik tersebut.













Lepas tu..keesokan harinya kami jejalan pula ke Lumut. Around jeti tempat orang naik feri ke Pangkor. Ramai orang yang amat..kereta dekat tempat parking toksah nak cerita la...penuh. Apala ada sangat dekat Pangkor tu pun tak tau la.










Monday 16 December 2013

Perkembangan baby empat bulan

Syukur ke hadrat Illahi...baby membesar dengan jayanya...sihat sempurna..Alhamdulillah :)

Baby boy Harraz da masuk empat bulan pada 4/12/13. Timbang berat da 7.9 kg...tinggi dan ukur lilit kepala tak pula ingat..hehe..masa pergi check haritu la ni..tapi masa empat bulan baby tak perlu injection...suka-suka @_@...kalo tak kesian tengok baby kena inject.

Apa baby boleh dan pandai buat masa empat bulan ni ye....share dan juga untuk ingatan sendiriV(+_+)V. Nanti boleh baca balik apa Harraz boleh buat masa empat bulan, lima bulan ...setahun...20 tahun (dah tumbuh janggut kot)

1) Harraz dah pandai menerap. Asalnya masa pertengahan  tiga bulan pon dah boleh sikit-sikit menerap..tapi asyik tersekat dekat tangan tak lepas-lepas. Empat bulan ni dah kira laju je menerap sambil angkat kepala :)

2) Pandai tarik-tarik kaki untuk dihidu (memang tak senonoh..macam sapa ea..papa dia kot..haha). Ok, saya aware benda ni sebab sebelum ni dia baru nak belajar pegang benda...so sekarang da pandai tarik-tarik rambut...tarik sock..kesimpulanya Harraz da pandai tarik..segala yang boleh ditarik k.

3)Boleh buat muka geram. Yang ni tak tau macam mana nak explain...contoh eh, kita agah-agah dia..nanti dia akan ada satu perasaan geram. Mungkin samaada geram sebab nak luku,gigit muka mamanya ke apa saya pon tak tau la...haa...so dia akan genggam kuat-kuat kedua belah tangan sambil cuba masukkan dalam mulut sambil menjerit kegeraman...fuhhhh*^%&^$%. Susah nak explain. Agak-agak korang paham tak eh...buat-buat jela paham ye :)

Itu je dulu nak update ye...bye-bye..tatatititutu~

Sunday 15 December 2013

Ibu bekerja buat stock susu

Assalamualaikum...

Tajuk entry yang sangat tak best saya rasa..tapi as long as orang faham ok la kan >_<

Sejak mengandung lagi saya berazam untuk bagi susu badan je kat baby saya walaupun macam-macam saya dengar dari kawan-kawan sebelum ni bahawa susu badan tak banyak la...dan macam-macam lagi...so macam mana nak buat stockkan..sangat tak menggalakkan untuk semangat menyetock susu...huh!! Sebelum ni saya ada share tentang penggalak susu, so sapa-sapa yang nak tau boleh click pada link ini.

Walaupun hasrat untuk mengumpul stock susu dah ada tapi cara dan macam mana nak buat tu saya tak berapa arif masa dalam pantang. Apa itu storage beg, cooler beg, ice pack...apa kejadah suma tu kan...banyak sangat kit-kitnya..huuu....memang malas la nak ambil tau. Tapi setelah terpaksa juga ambil tahu..nanti kan nak buat stock dekat pejabat macam mana kalau takda kit semua tu kan...so terpaksala ye..terpaksa dalam redho..hahaha.

Meh saya bantu dan share serba sedikit tentang kit yang perlu untuk persediaan buat stock susu di pejabat. Bagi saya jatuh tahap wajib la benda-benda alah ni dibawa ke office setiap hari.

1) Breast pump.
Breast pump itu apa??...kompem-kompem la digunakan untuk memerah susu ye kawan-kawan. Ni wajib-wajiblah ada. Kecuali yang power dan pandai perah guna tangan nanti boleh share dengan saya. Saya guna Spectra-3. Alhamdulillah membantu tapi kalau takda elektrik memang pakai manual pump juga ye.

Breast pump ihsan dari Mrs. Google

2)Botol susu/storage pack
Benda alah ni gunanya untuk simpan susu hasil perahan tadi ye. Kalau macam saya empat ke lima botol 4Oz sudah mencukupi untuk satu hari bekerja dari jam 8 pagi sampai 5.30 petang. Haaa...detail tak...hahaha. Selain botol susu/storage pack boleh juga guna bekas dadih yang jernih-jernih tu.

3)Storage beg
Yang ni untuk simpan susu yang telah dimasukkan dalam botol susu tadi supaya tahan lama. Macam mana nak tahan lama adalah dengan menggunakan ice pack yang saya akan terangkan di bawah ni.

4)Ice pack
Ice pack ni adalah seperti ketui(ketul) ais berfungsi untuk menyejukkan susu supaya tahan lama sebelum dibawa balik ke rumah. Setiap hari saya akan bawa dua ice pack sahaja diisi dalam storage beg tadi. Bila balik ke rumah simpan susu-susu tadi dalam peti ais/tempat penyejuk.

Complete set seperti yang saya guna :)
Rasanya cukup sedikit sebanyak perkongsian saya. Saya beli online je sume benda alah ni di sini. Jadi ahli, so dapat harga RM5++ untuk complete set seperti di atas. Sekian.


Wednesday 11 December 2013

Ibu muda PJJ

GEmpak tak tajuk entry kali ni...hahahaa....

Share..share..apa yang nak dishare kali ni adalah pengalaman hidup sendiri sebagai seorang mama kepada seorang baby lelaki bernama Harraz. Seperti yang diciter pada entry sebelum ni...saya dan husband PJJ, sorang di Lumut sorang di Pasir Gudang.

Ok2...let start. Mula-mula start keja selepas pantang haritu mak dan bapa mertua datang teman sampai umur baby tiga bulan. Selepas tu mula la rutin hidup saya 24jam sorang-sorang diri menjaga baby...tapi takdela 24 jam sangat sebab hantar baby ke rumah baby sitter kan..hu~

For the first time memang rasa boleh ke kan nak urus baby kecik tu sorang-sorang, saya pon tak penah ada pengalaman jaga budak kecik...tapi Alhamdulillah...setakat ni umur baby 4 bulan everything goes well.

Untuk panduan dan perkongsian semua...rutin ibu muda ni takdelah sesusah mana...actually kalau baby yang tak banyak ragam :) macam baby Harraz >_<

6.00 Pagi 
Bangun mandi solat , perah susu untuk stock baby ke rumah baby sitter, kalo dapat dalam 3-4oz pon dah cukup  (saya memang suka bagi baby minum susu fresh pada awal pagi)

Siapkan bekal susu baby, breast pump segala bagai. Pastu siap diri and boleh la gerak baby untuk main-main dulu sebelum hantar ke rumah pengasuh.

7.30 Pagi
Hantar baby ke rumah pengasuh.

8.00 Pagi-5.30 Petang
Kerja (kerja yang tah hape2...hehe V(+_+)

6.00 Petang
Ambil baby..so boleh main-main dengan baby lagi...sampai malam. Selalu baby saya akan BF dulu...nanti dalam pukul 7 saya tinggalkan baby sekejap untuk mandi dan solat. Alhamdulillah dia mahu je duduk main sorang-sorang (bukan duduk means duduk ok...baring la...haha).

8.00 Malam
Tengok tb sambil layan baby. Dan boleh prepare untuk tidurkan baby. Selalu masa ni la saya rehatkan diri sambil baring bersama baby. Bila dia tidur bolehlah saya sambung buat kerja rumah seperti kemas rumah skit, lipat baju...basuh baju. Kemudian...dusss tido....lalala~




Tuesday 10 December 2013

PEnggalak SUSu a.k.a milk Booster Vita-C Plus + ESP


Cerita pasal milk booster ni asalnya dah berlalu lama juga dah. Selepas pantang saya terpaksa mencari milk booster untuk tambah pengeluaran susu...sebabnya..sebabnya...adalah kerana susu saya tiba-tiba berkurang.

Saya kan full BF untuk baby saya..masih lagi secara eksklusif selama empat bulan ni..harap-harap dapat teruskan sampai 6 bulan dan seterusnya 2 tahun.

Ishhh...dah lari kemana ni, cerita asal adalah pasal supplement Shaklee...Vita-C dan ESP.

Straight to the point, saya terpaksa...huu..terpaksa ok...ambil supplement ni sebab susu kurang sebab...sebab lagi...^_^ Dua bulan 2 minggu selepas pantang, saya telah minum air tebu....amek ko seminggu demam yang amat-amat!!!...so saya ambil panadol menyebabkan susu menjadi kering...kesian baby sebab saya tinggalkan dengan mak dan saya kerja setelah habis MC selama dua hari je. Perah susu dapat 4oz je...mana cukup untuk sehariankan....sangat-sangat kesian babyku. Masa ni campur juga susu formula...cedey :(

Ok. Cukup untuk cerita susu berkurang....hehehe...so saya ambil Vita-C Plus + ESP mana tau dengan usha dan izin-Nya susu saya kembali seperti sediakala. Alhamdulillah selepas seminggu sikit demi sikit susu dah boleh buat stock dari 4oz kepada 12oz dan 16oz ..soo..senyummmm...:)

Ada yang recommend untuk ambil sekali dengan ALfalfa...saya tak ambil sebab nak cuba ESP je dulu, mana tau itu pon dah cukup untuk saya...dan hasilnya memang saya tak perlukan ALfalfa. Sesetengah orang perlu ambil Alfalfa sekali baru susu banyak..so depend la kepada orang kan.

Vita-C Plus pula saya ambil sebab biasalakan ibu kadang-kadang tak cukup tidur, so pergi kerja letih...muka pucat...untuk mengelakkan saya cuba Vita-C PLus. Serasi juga untuk saya...sebelum ni tepi-tepi bibir jadi kering dah takda lagi dan badan letih pon kurang. Rasa bertenaga di tempat kerja...ewah-ewah...haha. Tapi kenalah juga minum air banyak, jangan bergantung pada supplement semata-mata.

So apa lagi, agak-agak sapa yang nak cuba pergila cari mana-mana supplier Shaklee cepat-cepat. Saya hanya share ye...xda jual Shaklee di sini...muhahaha..sekian~

Tuesday 12 November 2013

Mengajar bayi mengaji

Assalamualikum

Teruja saya membaca kisah Darwish and Darwisya sudah boleh membaca dan menghafal Al-Quran sejak masih kanak-kanak lagi. Darwish mengikut kakaknya membaca suruh pada usia seawal 1 tahun 8 bulan. Sangat mengagumkan.  Pada sesiapa yang ingin melihat mereka boleh la melawat ke link ini

Sebagai panduan kepada diri sendiri dan sesiapa yang berminat untuk mengajar anak-anak kecil mengaji diluar sana, saya ringkaskan bagaimana cara yang diterapkan kepada Darwish and Darwisya melalui pembacaan saya di sini.

1) Mulakan dengan Flashcard Huruf Hijaiyah bertanda atas, bawah dan depan - digunakan untuk mengenal huruf.

2) Set Buku dan VCD al Furqan - digunakan untuk mengenal huruf hingga boleh membaca.

3)  Habis set diatas, sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi bermula dengan buku Iqra 3 dan seterusnya.

4) Buku Hafazan Sistem Al Hufaz - untuk Hafazan. Dapat dalam 3-5 buah buku tersebut sudah mencukupi untuk memperkenalkan pada anak kita cara menghafal. Mulakan hafazan secara serius apabila anak mula memasuki Iqra' 5.

Untuk mendapatkan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna - selalulah perdengarkan pada anak-anak bacaan Al-Quran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib.

Turut disertakan link untuk mendapatkan flash card dan CD belajar Al-Quran, boleh dibeli secara online di sini.


Sunday 6 October 2013

Supermak...wakaka..

Salam...kenapa SUpermak...macam tajuk cerita dalam tv je kan...

Diri ini terasa seperti supermak ujung minggu lepas....kenapa...hu...waaa..diri ini telah menjadi ibu kepada seorang baby...tanpa husband di hujung minggu menyebabkan saya terasa sangat2 Supermak.

Hari Jumaat sudah ambil cuti untuk drive balik Trolak. Bertolak dari Manjung jam 8.00 mlm selepas maghrib ditemani emak dan baby. Sejam perjalanan sampai di Teluk Intan dan bermalam di rumah Ateh. Pagi2 Sabtu gerak pulang ke Trolak untuk check up baby 2 mnth.

Cucuk baby demam juga baby untuk sehari...tapi xdela meragam sangat..masih under control...dan membuatkan diri ini tersenyum *_*

Kemudian hari ahad gerak semula ke manjung ditemani mak abah dan baby. Dua jam perjalanan membuatkan hujung minggu terasa seperti takde rahat....hu. Walopon dua jam, tapi lepas tu nak kisah dengan baby, barang2 rumah..masak makan... n stock BBM...memang menguji kesabaran dan kepenatan. Tapi Alhamdulillah...semua selamat sampai, malam masih boleh tidor... massage2 ngan husband :)

Monday 9 September 2013

Pengalaman Melahirkan - Sharif Muhammad Harraz

Assalamualaikum

Hari ni umur baby dah 38 hari...baru ada masa dan kemudahan untuk post pasal pengalaman saya melahirkan baby (Sharif Muhammad Harraz nama diberi)

 2/8/2013
Due date untuk lahirkan baby 2/8 tapi masa tu tak rasa sakit lagi. Sempat lagi selepas jumpa doktor untuk check up...saya, mak dan abah ke Sungkai untuk beli barang raya. .tapi on da way ada juga rasa perut mengeras. Dah tau bukan nak bersalin lagi, so diam-diam ja tak bagitau mak abah lagi kata dah sakit.

3/8/2013
Malam ni masih pergi teraweh macam biasa. Masa solat ada rasa sakit-sakit, tapi masih boleh tahan dan solat seperti biasa. Dalam pukul 2.30 pagi husband sampai balik dari Johor. Malam tu juga ada turun darah sikit. Masa bersahur ada bagitau mak, apa lagi terus lepas subuh pergi Hosp. Slim untuk check bukaan. Sakit masa seluk...hu :(. .Bukaan baru 1cm. So balik rumah dulu dan sempat lagi buat kueh siput..he..siang hari ni sakit dalam 15 ke 30 minit sekali. Ikut petua mak, masa sakit tu tekan bahagian bontot ke lantai, takpun kerusi...agak-agak boleh bayang tak...

Malam selepas isya' sekali lagi kami ke Hosp. Slim sebab sakit semakin kerap. Dalam pukul 9 mlm macam tu, bukaan baru 2cm. Pihak hosp. bagi pilihan samaada nak warded atau ke Hosp. Ipoh atau ke Hosp. Teluk Intan sebab bukaan masih 2cm walaupun sakit dari pagi dan masaalah lagi dekat Slim doktor pakar tak ada sebab cuti raya...adaoii..hu..

So mak dan husband decided untuk pergi terus ke Teluk Intan(TI) rumah Ateh (abang husband)...kalau sakit dah dekat dengan hosp. Dalam kereta on da way g TI sakit contraction ni tok sah nak cakap la...sakit sangat, dengan keaadaan yang xboleh nak bejalan atau bediri, just duduk je...rasa macam nak patah pinggang ni. Sakit dah semakin kerap, kasian dekat husbanh yang drive...xsenang duduk jadinya..mak n abah mungkin bedoa je jangan besalin dalam keta....huuuu.

Dalam jam 12.30 sampai rumah Ateh, mak abah terus tidor sebab dah letih sangat. Hanya husband ja teman saya sakit. Dia pun sempat curi-curi tido masa saya tak sakit. Dalam 2.30 pagi sakit makin kerap. Husband cakap jom pergi hosp. biar cepat-cepat beranak and hilang semua sakit2 ni. Saya just setuju dan kejut mak, adik dan Ateh untuk ke hosp.

Besambung bahagian dua..

Tuesday 23 July 2013

Last update before cuti bersalin :)

Assalamualaikum...

Tadi pergi ckeck up dekat HAT....as usual semua ok n normal je...so awal-awal dah boleh masuk office. Kalo kira harini dah 38 minggu 5 hari..tapi baby xda nampak tanda-tanda nak kuar lagi...huuu~

Saya dah apply cuti dari hari Isnin sampai ke tarikh bersalin, 2/8/13...baby tolong la keluar dalam masa-masa tu k....mama da xnak tambah cuti lagi dah, nak simpan cuti tu...sayangggg...hu~

So apa-apa update mungkin kena tunggu lagi 2 bulan la ye...tatatititutu >!<

Wednesday 17 July 2013

Perasaan cuak- 37 minggu

Actually ..sebenarnya(sama je kan..he)...pagi tadi pergi buat check up macam biasa di KKIA. Check air kencing ok, Alhamdulillah takde kencing kotor ke bulan-bulan puasa ni sebab kan kita kurang minum air, so potensi untuk dapat kencing kotor adalah tinggi. Petuanya satu je..minum la air banyak-banyak pada sebelah malam tu ye kawan-kawan.

Check tekanan darah pun ok...110/80. Berat naik 200g je compare dengan minggu lepas...erm, berat sekarang berapa???...hehehe...rahsia la, mana boleh bagitau... :)

Dah semua ok apa yang cuaknya kan..tajuk bukan kemain cuak je bunyi dak...haha. Ni la nak cerita..slow-slow na...masa check up tu adala sembang-sembang dengan kak nani (nurse) dekat sana...katanya minggu depan kalau tak beranak lagi pegi jumpa doktor dekat OPD dekat HAT (hosp. angkatan tentera). Saya tanya la kenapa...saya punya due lambat lagi 2/8, kenapa nak kena jumpa doktor (dalam hati aku xnak kena bedah...hohoho).

Katanya just procedure dekat sini macam tu...doktor akan check jantung, paru-paru kalo ada masalah..itu masaalah selalu ada pada hujung-hujung minggu nak deliver ni...ooooo...ok. Terkejut mak tadi kenapa kena jumpa doktor pula kan.

And lagi cuak bila kak nani cakap..2/8 adalah tarikh due sahaja. Masuk week 38 bila-bila masa je dah boleh bersalin..ermmmm, ok...and saya punya hari ni actually dah 37 minggu 6 hari...esok da masuk minggu ke 38...Ohhh myyyy...cuakkk kot. Sebab rasa macam mental tak berapa ready lagi kot nak hadapi sakitnya bersalin. Barang-barang semua dah ready dalam kereta tu...cuma diri sendiri ni dok rasa macam lambat lagi due 2/8 la katakan..hahaha.

So masuk office lepas check up tadi, kemas-kemas la barang sikit-sikit. And ada kerja yang nak hand over dekat orang lain bila saya cuti bersalin nanti...erm,.so bila da sedar sikit masa kak nani cakap tadi, rasa nak wat persediaan mental and fizikal mulai sekarang...hu~

Doakan saya selamat deliver baby ni dengan normal ye...kalo boleh nak elak la bedah2 ni.~

Sunday 14 July 2013

~Nota RIndu~

Wiwittt...tak boleh belah kan tajuk..hehe

Actually ni adalah sebab dan gara-gara kena tinggal dengan suami...hohoho. Bukan kena tinggal macam mana pon...ujung minggu je dapat  jumpa husband, dia balik dari Johor dan saya tinggal and keja di Lumut.

So bila dah hari Ahad malam Isnin kena la beliau pulang ke Johor untuk bekerja selama 5 hari...nnt hujung minggu balik Lumut semula.

Setiap kali hantar ke stesen bus, balik duduk dalam kereta sure nanges punya. Tersedu-sedu camtu. Makin dekat nak deliver ni kan, makin sensitive pula saya.

Adalah pesanan-pesanan yang saya rasa berguna untuk share dengan semua darinya disini...ini adalah perbualan dalam bentuk SMS ye :)

Saya : Syukur sangat dengan sume nikmat y Allah bg tuk mama...papa y baek, bby y chat InsyaAllah..apa lg nikmat Allah y nak kita dustakan

Husband : AlhamduLillah..sykr sj xckup, nikmat y baik pun ujian tuk kita..jngn pernah kufur nikmat...doakan saudara kita dekat Mesir n Syria

Saya : InsyaAllah papa..kdg2 mama lemah, mama cian ingt mak ayah abah, cian papa balik tiap2 mggu,cjuk,keje lg..mama jd cdey

Husband : Selalu muhasabah, kuatkan diri, nasib kita terlalu kecil kalo nak dibandingkan dengan saudara-saudara kita .. Papa redha, tawakkaltu ala ALlah..ingat Allah, InsyaAllah hati jadi tenang




Tuesday 9 July 2013

~I pregnant and I berpuasa~

Ewah2 tajuk kan..i i pula kan. Actually hari ni adalah hari pertama umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Termasuklah saya yang pregnant 9 bulan ni...uwaaa...rasa gagah tiba2. Tak tau apa rasanya sebab inilah kali pertama berpuasa dengan badan dua ni. Hope boleh bertahan sampai petang...sampai waktu berbuka :)

Takut baby lapo punya pasal kan...malam selepas balik terawih dah makan nasi and minum susu. Sahur pun makan nasi lagi, makan kurma juga dan segelas madu. Lepas tu teringat nasihat akak2 usrah supaya minum air banyak-banyak untuk elakkan kencing kotor..thanks to akak usrah saya ^_^

Due saya seminggu sebelum raya...hope dapat puasa sampai hari-hari kelahiran c baby kecik dalam ni. Sekarang masih aktif lagi walaupon mamanya berpuasa. Moga-moga sihat saje ye baby. Haaaa...saya bersahur sorang-sorang, berbuka pon sorang-sorang :(....sob2. And husband pula dapat cuti awal Ramadhan hari ni...soooo xaci..hehe...dengki sebnanye~

Monday 24 June 2013

Update IPU Seri Manjung jam 11 AM

Jerebu di kawasan Seri Manjung semakin buruk. IPU menunjukkan penigkatan lagi kepada 333 pada jam 11 pagi tadi iaitu bacaan tidak sihat. Kawasan paling tidak sihat adalah Pelabuhan Klang dengan bacaan IPU 484 mencapai tahap bahaya.

Merujuk kepada akhbar Sinar, pelajar sekolah sesi petang diarahkan tidak ke sekolah kerana bacaan IPU yang tinggi. Disarankan agar menduduk Seri Manjung memakai penutup muka/mask apabila keluar rumah.

Rujuk link ini untuk perkembangan semasa http://apims.doe.gov.my/apims/

Index Pencemaran Udara (IPU) Manjung - 288


Merujuk kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar Malaysia...IPU di kawasan Sri Manjung, Perak mencatatkan kenaikan bacaan 171 pada lewat petang semalam kepada 288 jam 7 pagi tadi. Boleh merujuk ke link ini untuk mengetahui keadaan bagi kawasan-kawasan selain Sri Manjung.

Penigkatan berikutan daripada pengaruh angin monsun yang membawa angin dari selatan tanah air ke bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Bau asap yang dapat dihidu dari petang semalam, 24 Jun masih berlarutan sehingga pagi ini 25 Jun 2013. Utamakan kesihatan kerana jerebu yang terkandung dalam udara akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti sakit mata dan sesak nafas.

Sunday 23 June 2013

Update - 34 Weeks Pregnant

Sepanjang-panjang mengandung ni...(panjang la juga kan..da 8 bulan) rasanya takda apa yang nak diupdate sangat sebab hari-hari life still macam biasa je....bangun pagi g kerja, pukol 6 ptg balik..rehat-rehat sampai ke malam. Malam tengok tv je :) ...Esok bangun macam biasa g kerja.

Hujung-hujung minggu pula layan hubby yang pulang dari kejauhan...ececehh..hehe. Masak,kuar jejalan, rehat kat rumah tengok tv...takpun balik rumah mak di Trolak atau balik kampung dekat Kedah. Tu jela aktiviti kitarang....nanti bila dak keluar sikecik ni mungkin berbeza da...sekarang berdua, nanti bertiga :)

Ok2...kembali kepada tajuk utama...hu,...pregnant 34 week saya masih lagi sihat AlhamduLillah...boleh g kerja macam biasa. Masak, membasuh berjalan macam biasa....cuma kaki rasa tak kuat nak diri lama-lama kat dapur. Tambahan pada bahagian lutut...rasa lemah je..hehehe. Membasuh pula pakai mesin..so far memang xda masalah :)....cuma kalau benda sikit-sikit nak basuh tangan sambil duduk...rasaaa...rasa lain sangat-sangat la berbanding dulu...hehe


Kaki takda bengkak-bengkak...bengkak air ke angin ke xde...hu...cuma saiz kaki mengembang ye, da tak anak dara da kaki..hehe...dulu-dulu kakiku runcing ye..peace v(+_+)v

Baby...baby pula gerak dengan aktifnye...pusing sana pusing sini...sedap je dia main dalam perut ni...perasaan happy sebagai seorang ibu memang tak terkata. Papa nye selalu tanya baby kecik kaco mama tak...erm, mama jawab biar je, mana ada kaco..mama suka baby main-main macam tu...

Dari segi rupa paras..hahaha...tak boleh belah....hidung yang kecik samakin hilang, jadi leper da...muhahaha...sangat tidak comel...kihkihkih..dan ade juga jerawat kecik-kecik kat dahi...sekali tengok macam ruam...memang saya takde pakai apa-apa pencuci muka sepanjang tempoh mengandung ni, bukan alah..tapi konon-konon taknak bahan-bahan kimia beri effect pada baby :)

Rasabya nak update juga tentang barang-barang baby..tp nantila pada entry yang lain kot...chow~


Thursday 20 June 2013

~JOm berBloging bila BosaN~

Semalam mak telefon...dengar suara mak lain je..tanya la..mak xsihat ke...mak cakap mak batuk lagi...kadang-kadang tu teruk juga.....ase sedih dengar suara mak cakap masa tu.

Dah lama mak batuk sebenarnya...macam-macam tempat...murah mahal ...bomoh kampung semua dah pergi cuba...tapi tak juga lega batuknya.

Tapi batuk-batuk pon mak pergi juga masjid dengan ayah semalam. Mak ada cakap, kalau-kalau takdir mak mati dekat masjid elok juga.

Huuu~...mak..kenapa mak cakap macam tu. Makin dekatkah...mak, orang sayang mak...makkk..cucu mak pon dah tak lama nak keluar....sob3..kenapa sedih sangat ni.



Semalam scan nampak lagi bird ci kecik ni...orang mungkin lahirkan anak laki mak...mak tunggu ye, nanti kita dapat tengok baby ni sama-sama. Si kecik ni pon nak tengok atok dia jg :)

We love you mum till the end. Pray for your health. Aminn~



Tuesday 18 June 2013

Saya...saya yang memotivasikan diri~

Wahh..apakah tajuk yang sangat pelik ini kan...sebenarnya saya adalah seorang consultant yang baru-baru sangat mencuba bidang pelaburan ni. Sangat-sangat tiada pengalaman berbekalkan sedikit pengetahuaan :)

Apabila saya rasa tak bersemangat dan kurang motivasi....saya akan jenguk-jenguk blog ni untuk meningkatkan motivasi diri...huuu~


Banyak kata-kata semangat dan panduan kepada consultant baru yang boleh diambil sebagai panduan dan tunjuk ajar yang sangat berguna. Love love this blog..haha...walaupon saya yakin beliau / merangkap bloger blog tersebut tidak mengenali saya, tetapi saya tetap suka baca blog ni... :)

Guide Excel For Cikgu ^_^

Minggu lepas saya ada ikuti seminar Microsoft Excel. Di sini nak share sikit-sikit apa yang kitarang belajar masa tu. Rasanya berguna juga untuk cikgu-cikgu sebab saya selalu mendengar keluhan akak saya, dia seorang cikgu...katanya cikgu sekarang banyak kerja, kena key in keputusan exam pelajar dll.

So dekat bawah ni adalah step macam mana untuk cepatkan cikgu-cikgu mengira grade para pelajar dalam Excel. Cikgu tak perlu lagi mengira secara manual berapa orang pelajar mendapat grade A, B dan lain-lain, tetapi hanya perlu memasukkan formula dalam Excel, dan yang selebihnya Excel yang buat.

Start dengan basic mengira jumlah grade pelajar. Contoh dibawah adalah grade para pelajar.



So macam mana nak kira jumlah pelajar yang mendapat A?? Disini saya gunakan function COUNTIF

Formula dalam Excel  =COUNTIF(range;criteria)

range ~ adalah kawasan lingkungan grade. Contoh ni atas adalah dari B1 sehingga B18 (B1:B18)
criteria ~ grade yang hendak dikira contohnya berapa dapat grade A pada cell D3

Formula yang perlu saya letakkan adalah =COUNTIF(B2:B18;D3)


Jumlah pelajar mendapat grade A adalh 4 orang. Ulang formula yang sama untuk grade B, C, D, E dan F. Selamat mencuba :)
 

Friday 14 June 2013

Menghitung Hari Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Sebulan lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan penuh mulia, bulan Ramadhan dalam masa sebulan je lagi. Bagi yang ingin menambah pahala berlipat kali ganda akan berkejar-kejar melakukan ibadah seperti solat sunat terawih dan mengaji Al-Quran.

Sebagai ibu mengandung, ingin juga mengejar pahala ibadah tersebut. Memang sangat-sangat teringin puasa penuh dan doa agar dapat menunaikan terawih pada setiap malam yang penuh dengan keberkatan :). Ini adalah pengalaman pertama saya, berpuasa dalam keadaan yang sarat mengandung...kata orang tunggu masa je lagi nak bersalin. Moga-moga anak yang bakal dilahirkan dalam bulan Ramadhan nanti akan lahir sebagai anak yang soleh...InsyaAllah.

Thursday 6 June 2013

Public Mutual - Investment


Assalamualaikum...Saya ingin share sedikit tentang unit amanah/unit trust. Bawah ni ada penerangan sedikit pasal pelaburan unit amanah Public Mutual J
Produk unit amanah yang saya nak share adalah melalui potongan KWSP.
So xperlu guna modal keluar duit sendiri…tu yang best tu.

Seperti yang kita tau, Account 1 KWSP kita tak boleh bawa keluar kecuali tiga sebab ni :-
1)  Apabila meninggal
2)  Apabila umur mencecah 55 tahun
3)  Untuk pelaburan unit trust/unit amanah

Promotion ni untuk kita guna peluang yang ketiga tu, yang diberi oleh KWSP tanpa was-was..hehe. Jadi memang rugi la kalau tidak melaburkan Akaun 1 ni. Kalo tak guna mmg la duit tu gerak 6% - 7 % je setahun. So kalau buat investment dapat la lebih skit. Kurang2 purata dalam 15% setahun. Pelaburan ni untuk jangka masa panjang.

Dan yang paling penting unit trust ni berdasarkan Islamic yang dipantau oleh penasihat syariah, Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM). Wang pelabur dilaburkan dalam sekuriti saham dan instrument pelaburan yang tidak bertentangan dengan syariah. Sebagai contoh, ia tidak dilaburkan dalam saham yang terlibat dengan arak, judi, perbankan konvensional serta insuran.

Contoh pengiraan pelaburan menggunakan KWSP dan lain-lain:-

A)     PELABURAN KWSP
Bawah ni adalah contoh pengiraan pelaburan menggunakan KWSP. 
Ini adalah simpanan asas wajib.
Katakan umur sekarang 27 tahun, simpanan asas adalah RM 12,000. Kamudian katakan dalam Account 1 ada RM 17,000.

Pengiraan umur 27 tahun.
= (Total saving in Account 1 – Simpanan asas) x 20 %
= (RM 17,000 – RM 12,000) x 0.2
= RM 1,000.

So amount sebanyak RM 1,000 layak digunakan untuk pelaburan.
Semakin umur meningkat , semakin rugi bila dah lambat-lambatkan buat pelaburan. Jumlah simpanan asas yang semakin meningkan akan tidak membolehkan kita keluarkan simpanan KWSP account 1 tu.

Contoh : Pengiraan umur 28 tahun. Beza setahun sahaja. Tetapi simpanan asas meningkat kepada RM 14,000. Beza RM 2,000 dengan sebelum ni. Dengan katakan dalam Account 1 meningkat kepada RM 18,000 dalam tempoh setahun.

Pengiraan umur 28 tahun
= (Total saving in Account 1 – Simpanan asas) x 20 %
= (RM 18,000 – RM 14,000) x 0.2
= RM 800 ßTidak layak untuk melabur àMERUGIKAN!!!

B)      PELABURAN SECARA ‘LUMP SUM’
Boleh rujuk table dekat bawah.
ContohPelabur A memulakan pelaburan sebanyak RM10,000 secara lump sum.
Jika pulangan unit trust adalah sebanyak 10% setahun(compounding interest), pulangan pelaburan ialah :
1) selepas 5 tahun = RM16,105
2) selepas 10 tahun = RM25,937
3) selepas 15 tahun = RM41,772

Jika amaunt yang sama dibiarkan dalam KWSP selepas 15 tahun, pulangan KWSP pada 4% hanyalah RM18,009
Terdapat perbezaan sebanyak RM23,761 !! (RM41,772 – RM18,009)




C)      MELABUR SECARA AUTO-DEBIT
Untuk permulaan buka acount Rm 1,000. Dan potongan bulan-bulan seminimum RM 100. Nak buat RM 105 sebulan pon boleh J .

Jika pulangan unit trust adalah sebanyak 10% setahun(compounding interest), pulangan pelaburan ialah :
 1) selepas 5 tahun = RM7,808
2) selepas 10 tahun = RM20,655
 3) selepas 15 tahun = RM41,792

Cuba bayangkan jika membuat pelaburan RM100 saja tiap-tiap bulan, jumlah simpanan selepas 15 tahun ialah RM41,792. Jika melabur RM200 tiap-tiap bulan, selepas 15 tahun dah jadi RM83,584. Wow..!

Baca-bacala ye. Minat bgtau...rugi kalau tak melabur. Terima kasih J

Thursday 30 May 2013

Public Mutual - PISTF

Assalamualaikum.

Ada sedikit masa pada petang ini untuk share sesuatu dengan rakan-rakan. Mungkin ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu tentang Unit Trust (UT) / Unit Amanah (UA). Sebagai sedikit pengenalan UT ini adalah satu pelaburan medium and long term untuk dapat keuntungannya. Keuntungan memang tinggi antara 12%-22% per year. Tinggi tak tinggi pandai-pandai la bezakan sendiri berapa je ASB or lain2 bagi kan.

Salah satu fund yang sedang meningkat naik sekarang adalah Public Islamic Select Treasures Fund (PISTF). NAV per unit hari ini 29/05/2013 ialah 0.3717. Harga paling tinggi berbanding minggu-minggu sebelum ini. Boleh rujuk page ini untuk maklumat lanjut.


Sunday 19 May 2013

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)
Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).
Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.
Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal – Maulana Muhammad Zakariyya 

Thursday 9 May 2013

28 Weeks Pregnant Experience

Allahuakbar...Allah Maha Besar...The Mighty

Apa yang saya rasa bila dah 27 minggu pregnant ni??

1) Jalan da tercungap2 bila jalan jaoh skit
2) Kenapa terasa macam dekat bahagian atas dada macam sempitt...rasa menegang pon ada...sapa tau tolong saya....+_+
3) Makan pon sehari sekali je makan nasi sebab perut rasa penuhhhhhhh sangattttttt bila makan banyak.....maksudnya makan banyak macam selalu...so kena kurangkan :)

Ini out of topic pula....balik rumah mentua minggu lepas, mak cakap..."tengok perut kau ni rasa macam tak sempat puasa kot besalin".

Huuuu....biar petol mak, jangka baby kuar dekat2 raya....(da mula terasa takut bersalin...sakit). And lagi, barang-barang baby satu apa pon xbeli lagi. Kang tekeluar awal membogel la dak tecik ni..hehehe.



Wednesday 8 May 2013

Just Mom Pregnancy Cloth

Assalamualaikum..

Hi..harini plan nak buat entry pendek je sebab xde banyak masa...hu, sebok la sangat kan :)

Saya nak share pasal baju mengandung/Pregnancy Cloth (PC). Saya seorang yang memilih dalam membeli barang. Tak berapa kesah pasal harga..kalo baju tu harganya murah tapi kualitinya bagus, saya atau sesiapa saja mesti akan beli kan..then kalo baju mahal and ada kualiti pun saya akan beli.

Seperti....ceweahhh...baju yang dekat tempat ni...Just Mom. Ini link ke web tu ....bagi saya memang best sebab kainnya berkualiti dan harga pon xdela mahal or murah sangat. Tapi kalau jadi member dapat la discount murah2 ckit..masa beli haritu dapat discount 10%-30%. Masa tu beli kalau tanpa discount harga dalam RM3++. Tapi lepas discount dapatla dalam RM 26+.

Kalau nak beli direct dari kedai, Just Mom ni saya jumpa butiknya di Ipoh sahaja ok. Dekat Greentown, belakang Affin Bank. Baju yang saya beli seperti di bawah
Saya beli yang warna pink >!<


Baju macam dekat pict 2, saya beli yang warna pich


Antara baju yang saya beli seperti yang saya pakai di entry ini.

Thursday 2 May 2013

Solat Seorang Lelaki

Abu Hurairah r.a berkata : " Seorang lelaki buta (Abdullah bin Maktum) telah datang kepada Nabi lalu berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak mempunyai orang yang akan memimpinku ke masjid" Lelaki itu meminta supaya Rasulullah memberi keringanan kepadanya supaya boleh melakukan solat di rumah. Maka Baginda memberikan keringanan.

Ketika lelaki buta tersebut mahu bergerak pulang, Nabi memanggil dan berkata: "Apakah kamu mendengar azan?" Lelaki itu menjawab, "Ya." Balas Baginda SAW, "Maka wajib kamu pergi solat jemaah di masjid." (Riwayat Muslim)

Ada keringanan selagi mana terdaya dan ada kudrat, seseorang wajib berusaha menunaikan tuntutan solat berjemaah di Masjid.


Seseorang akan terus berada dalam kemarahan Allah SWT  jika terus mensia-siakan perintah solat di masjid/dimana azan dilaungkan dengan sengaja tampa sebarang keuzuran.

Perintah solat di masjid mempunyai sejuta satu keberkatan yang hanya Allah SWT Maha Mengetahui. Beruntuglah bagi sesiapa yang mahu mengikutinya, dan yakin dengan pesan Nabi dan rugilah bagi sesiapa yang mensia-siakannya, mereka akan dapati hidup mereka sempit walaupun harta bergunung.

Wallahualam.

Tuesday 23 April 2013

Pengguna Bijak - Credit Card

Semangat saya rasa nak buat entry ni sebab nak share dengan semua faedah dan kelebihan-kelebihan menggunakan credit card (CC).


Dulu masa tak kenai and rasa tak perlu pon guna CC sebab banyak orang yang menaggung hutang dan muflis sebab salah guna CC ...SALAH GUNA ye, kalo pandai guna banyak faedahnya..cuma kita je yang tak tau....orang Cina beli rumah pon kalo boleh nak guna CC....haaaa....sebab ape????

Sebab, setiap kali bayar menggunakan CC ..kita dapat pungut point dari setiap ringgit yang kita guna. Point tersebut boleh digunakan untuk meredeem @ mendapatkan barang-barang keperluan lain. Alang-alang nak keluarkan tunai untuk bayar barang apa salahnya kalo kita guna CC dan dapatkan point free2 je untuk kegunaan redeem di masa hadapan...hahaha..

Cara betul guna CC :-

1- Guna CC seperti biasa kita menggunakan tunai...beli bila perlu dan bukan main hentam beli je apa yang nak dibeli sbb guna CC xkeluar duit dalam bentuk nyata...nanti tup-tup tengok account da melebihi had..jangan ye.

2- Terus membuat bayaran CC secara maximum...means, nilai yang kita guna itu yang kita bayar. Sebabnya kita boleh bayar jumlah yang minimum, tapi nanti kita sendiri akan tanggung hutang yang berlebihan.

3- Jangan dedahkan maklumat peribadi apabila sesiapa meminta butiran peribadi dan butiran CC secara melulu. Apa-apa masalah berkaitan CC baik terus berhubung dengan yang berhak @ terus g bank sahaja.

Saya secara bersemangat akan guna CC always....haha...untuk membeli kecil2lan pon berazam selepas ni nak guna CC je sebab nak kumpul point. Tengok sesetengah orang gain poin sampai beratus2...pastu redeem dapat alat2 letrik yang best...memang menaikkan ghairah saya untuk berCC...sapa nak kasi kan alat letrik free2 camtu. Contoh spt di bawah.

Electrolux vacuum

Electrolux hand vacuum

Steam Iron

Monday 22 April 2013

Rahsia Tidur Dalam Gelap

Allah menjadikan malam dengan keadaannya gelap gelita bukan kerana saja-saja. Tetapi keadaan gelap gelita itu turut mengandungi rahsia yang tersurat mahu pun tersirat.

"Dan Dialah yang menjadikan malam untukmu (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat dan Dia menjadikan siang untuk bangkit berusaha." Surah Al-Furqan:47

Dalam sebuah hadis baginda s.a.w ada menyatakan keperluan tidur dalam keadaan gelap.

"Tutuplah pintu, ikatlah penutup tempat minum, tumpahkanllah atau tutuplah bekas-bekas, padamlah lampu kerana syaitan itu tidak akan membuka yang tertutup, tidak pula yang terikat, dan tidak akan membuka bejana. Dan tikus terkadang boleh membakar rumah manusia." (HR Tirmizi)

Jika dilihat dari sudut saintifikyang pernah dijalankan, amalan manutup lampu di waktu malam ketika tidur meningkatkan penghasilan bahan kimia dalam badan dikenali sebagai melatonin yang berfungsi mengawal aktiviti tidur.

Tahap penghasilan melatonin dipengaruhi oleh cahaya persekitaran. Terdapat kajian yang membuktikan peghasilan melatonin berperanan sebagai agen pencegah kanser, berikutan kurangnya kerosakan DNA dalam tubuh badan manusia.

Selain itu melatonin dapat memperbaiki aktiviti tidur pesakit seperti Alzhemeir, Parkinson, gangguan Bipolar dan kencing manis.



Prof. Russle Reiter dari Universiti Texas berkata,

"Sekali anda tidur, dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian, dan penghasilan melatonin mula merosot."

Adapun bukti-bukti saintifik tersebut bertepatan dengan tuntutan hadis baginda s.a.w supaya menutup lampu sebelum tidur malam. Inilah yang dikatakan, setiap apa yang dibawakan oleh baginda s.a.w mempunyai hikmahnya tersendiri.

Sunday 21 April 2013

26 Week Pregnantcy check up

Summary check up 26 Week today :-

1- Urine test - Good
2- Weight - 55.8 kg - Ok
3- Blood pressure - 90/60 - Ok
4 - Hb - 12.3 - Good
5- Check heart baby guna Dopler - dengar la dup dup ...dupp...he
5- Cucuk Anti Tetanus (ATT) atau  kancing gigi dos pertama - sakit laaa....huhu :(

Advice :-
1- 5/5 10.00 pm kena puasa sebab 6/5 kena minum air gula. Kata nurse tu masuk week 28 (7 bulan) sekarang semua kena minum air gula...huhu, ingatkan kalo berat ok xyah la minum. Tapi ada orang kata dekat KKIA ni air gula dia sedap, ada perisa oren...hehe, kita tunggu je t k.

Procedurenye..malam sampi pagi kena puasa, air kosong xboleh minum tapi untuk basahkan tekak skit2 boleh la.....ish, iso juga den sbb den bangun pagi2 dah lapo, biasanya makan la...tp ni xboleh makan pula..takut lapo je.

Dah minum air gula pagi tu, kemudian test darah.....selepas tu, puasa lagi 2 jam ...dan test darah semula...selepas tu baru boleh makan...hehe :)

2- 20/5 check up lagi...katanya kali ni akan scan...nak scan..nak tengok baby tecik ni....plzz...harap2la kan~

Thursday 18 April 2013

Period tak stable...tp boleh pregnant.

Berdasarkan tajuk di atas....macam buat karangan surat kiriman rasmi plak kan...Sebenarnya saya nak kongsi dengan semua, pengalaman saya sebagai seorang yang tak teratur periodnye, tp still Alhamdulillah...dengan izin-Nya boleh, senang juga la nak mengandung.

Bukan nak kongsi tips ke apa ye...kongsi cerita je  k, supaya takla sesiapa yang ada masaalah macam saya (period xtentu) risau nak kawen nnt, senang ke susah untuk dapat anak.

Period lambat datang...kalau datang pon dua bulan sekali kadang2 tiga emput bulan baru datang period dan yang luckynye saya tak ada masaalah senggugut yang sering mengganggu seperti sesetengah wanita-wanita lain di luar sana. Selepas kahwin pon period saya masih tak teratur dan memang dalam 3 4 bulan pertama xde tanda2 bahawa saya mengandung. Mungkin salah satu sebab lagi kitarng ni PJJ, sebab tak tau masa subur bila...just hujung2 minggu je dapat bersama, peluang untuk dapat baby cepat tu kurang la skit. Sedih juga sebab husband memang nak baby cepat kan....tapi Alhamdulillah, dia masih boleh bersabar dan xdela nak marah2 ke apa...sebab rezki tuhan yang bagi...mungkin kitarang xde rezki lagi masa tu.

Sembilan bulan juga kitarang berusaha,  berdoa...saya disahkan mengandung. Sekarang kandungan dah masuk bulan ke-6. So, bagi saya irregular period bukan satu penghalang untuk mengandung. Apa2 pon kita berusaha, dan percaya rezki dari Allah s.w.t. Lambat atau cepat ada hikmah disebaliknya, kita merancang dan sebaik-baik perancang adalah dari-Nya :)

Tuesday 16 April 2013

Maternity Photo Shoot

Selama-lama mengandung ni saya xda lagi ambil gambo saiz perut yang pelbagai.. Tetiba rasa teringin tu menjalar2 dalam diri ni...nak abadikan gambo sebagai ibu mengandung....huuhu

Dalam takde-xde masa ujung minggu lepas, sempatla spend around 30 minutes juga untuk ambil gambo2 kat bawah ni sebagai kenangan. Kejap jeee...sob3, padahai ada banyak lagi tempat menarik nak posing...tapi sayangnya kekejaran masa ye kawan2...aduss. Kalo tak bosan tengokla gambo2 syok sendiri ni k.











Ada juga gambo yang bukan preggy mummy...hahaha