Advertisment

Thursday 30 May 2013

Public Mutual - PISTF

Assalamualaikum.

Ada sedikit masa pada petang ini untuk share sesuatu dengan rakan-rakan. Mungkin ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu tentang Unit Trust (UT) / Unit Amanah (UA). Sebagai sedikit pengenalan UT ini adalah satu pelaburan medium and long term untuk dapat keuntungannya. Keuntungan memang tinggi antara 12%-22% per year. Tinggi tak tinggi pandai-pandai la bezakan sendiri berapa je ASB or lain2 bagi kan.

Salah satu fund yang sedang meningkat naik sekarang adalah Public Islamic Select Treasures Fund (PISTF). NAV per unit hari ini 29/05/2013 ialah 0.3717. Harga paling tinggi berbanding minggu-minggu sebelum ini. Boleh rujuk page ini untuk maklumat lanjut.


Sunday 19 May 2013

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)
Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).
Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.
Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal – Maulana Muhammad Zakariyya 

Thursday 9 May 2013

28 Weeks Pregnant Experience

Allahuakbar...Allah Maha Besar...The Mighty

Apa yang saya rasa bila dah 27 minggu pregnant ni??

1) Jalan da tercungap2 bila jalan jaoh skit
2) Kenapa terasa macam dekat bahagian atas dada macam sempitt...rasa menegang pon ada...sapa tau tolong saya....+_+
3) Makan pon sehari sekali je makan nasi sebab perut rasa penuhhhhhhh sangattttttt bila makan banyak.....maksudnya makan banyak macam selalu...so kena kurangkan :)

Ini out of topic pula....balik rumah mentua minggu lepas, mak cakap..."tengok perut kau ni rasa macam tak sempat puasa kot besalin".

Huuuu....biar petol mak, jangka baby kuar dekat2 raya....(da mula terasa takut bersalin...sakit). And lagi, barang-barang baby satu apa pon xbeli lagi. Kang tekeluar awal membogel la dak tecik ni..hehehe.



Wednesday 8 May 2013

Just Mom Pregnancy Cloth

Assalamualaikum..

Hi..harini plan nak buat entry pendek je sebab xde banyak masa...hu, sebok la sangat kan :)

Saya nak share pasal baju mengandung/Pregnancy Cloth (PC). Saya seorang yang memilih dalam membeli barang. Tak berapa kesah pasal harga..kalo baju tu harganya murah tapi kualitinya bagus, saya atau sesiapa saja mesti akan beli kan..then kalo baju mahal and ada kualiti pun saya akan beli.

Seperti....ceweahhh...baju yang dekat tempat ni...Just Mom. Ini link ke web tu ....bagi saya memang best sebab kainnya berkualiti dan harga pon xdela mahal or murah sangat. Tapi kalau jadi member dapat la discount murah2 ckit..masa beli haritu dapat discount 10%-30%. Masa tu beli kalau tanpa discount harga dalam RM3++. Tapi lepas discount dapatla dalam RM 26+.

Kalau nak beli direct dari kedai, Just Mom ni saya jumpa butiknya di Ipoh sahaja ok. Dekat Greentown, belakang Affin Bank. Baju yang saya beli seperti di bawah
Saya beli yang warna pink >!<


Baju macam dekat pict 2, saya beli yang warna pich


Antara baju yang saya beli seperti yang saya pakai di entry ini.

Thursday 2 May 2013

Solat Seorang Lelaki

Abu Hurairah r.a berkata : " Seorang lelaki buta (Abdullah bin Maktum) telah datang kepada Nabi lalu berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak mempunyai orang yang akan memimpinku ke masjid" Lelaki itu meminta supaya Rasulullah memberi keringanan kepadanya supaya boleh melakukan solat di rumah. Maka Baginda memberikan keringanan.

Ketika lelaki buta tersebut mahu bergerak pulang, Nabi memanggil dan berkata: "Apakah kamu mendengar azan?" Lelaki itu menjawab, "Ya." Balas Baginda SAW, "Maka wajib kamu pergi solat jemaah di masjid." (Riwayat Muslim)

Ada keringanan selagi mana terdaya dan ada kudrat, seseorang wajib berusaha menunaikan tuntutan solat berjemaah di Masjid.


Seseorang akan terus berada dalam kemarahan Allah SWT  jika terus mensia-siakan perintah solat di masjid/dimana azan dilaungkan dengan sengaja tampa sebarang keuzuran.

Perintah solat di masjid mempunyai sejuta satu keberkatan yang hanya Allah SWT Maha Mengetahui. Beruntuglah bagi sesiapa yang mahu mengikutinya, dan yakin dengan pesan Nabi dan rugilah bagi sesiapa yang mensia-siakannya, mereka akan dapati hidup mereka sempit walaupun harta bergunung.

Wallahualam.