Advertisment

Sunday 15 December 2013

Ibu bekerja buat stock susu

Assalamualaikum...

Tajuk entry yang sangat tak best saya rasa..tapi as long as orang faham ok la kan >_<

Sejak mengandung lagi saya berazam untuk bagi susu badan je kat baby saya walaupun macam-macam saya dengar dari kawan-kawan sebelum ni bahawa susu badan tak banyak la...dan macam-macam lagi...so macam mana nak buat stockkan..sangat tak menggalakkan untuk semangat menyetock susu...huh!! Sebelum ni saya ada share tentang penggalak susu, so sapa-sapa yang nak tau boleh click pada link ini.

Walaupun hasrat untuk mengumpul stock susu dah ada tapi cara dan macam mana nak buat tu saya tak berapa arif masa dalam pantang. Apa itu storage beg, cooler beg, ice pack...apa kejadah suma tu kan...banyak sangat kit-kitnya..huuu....memang malas la nak ambil tau. Tapi setelah terpaksa juga ambil tahu..nanti kan nak buat stock dekat pejabat macam mana kalau takda kit semua tu kan...so terpaksala ye..terpaksa dalam redho..hahaha.

Meh saya bantu dan share serba sedikit tentang kit yang perlu untuk persediaan buat stock susu di pejabat. Bagi saya jatuh tahap wajib la benda-benda alah ni dibawa ke office setiap hari.

1) Breast pump.
Breast pump itu apa??...kompem-kompem la digunakan untuk memerah susu ye kawan-kawan. Ni wajib-wajiblah ada. Kecuali yang power dan pandai perah guna tangan nanti boleh share dengan saya. Saya guna Spectra-3. Alhamdulillah membantu tapi kalau takda elektrik memang pakai manual pump juga ye.

Breast pump ihsan dari Mrs. Google

2)Botol susu/storage pack
Benda alah ni gunanya untuk simpan susu hasil perahan tadi ye. Kalau macam saya empat ke lima botol 4Oz sudah mencukupi untuk satu hari bekerja dari jam 8 pagi sampai 5.30 petang. Haaa...detail tak...hahaha. Selain botol susu/storage pack boleh juga guna bekas dadih yang jernih-jernih tu.

3)Storage beg
Yang ni untuk simpan susu yang telah dimasukkan dalam botol susu tadi supaya tahan lama. Macam mana nak tahan lama adalah dengan menggunakan ice pack yang saya akan terangkan di bawah ni.

4)Ice pack
Ice pack ni adalah seperti ketui(ketul) ais berfungsi untuk menyejukkan susu supaya tahan lama sebelum dibawa balik ke rumah. Setiap hari saya akan bawa dua ice pack sahaja diisi dalam storage beg tadi. Bila balik ke rumah simpan susu-susu tadi dalam peti ais/tempat penyejuk.

Complete set seperti yang saya guna :)
Rasanya cukup sedikit sebanyak perkongsian saya. Saya beli online je sume benda alah ni di sini. Jadi ahli, so dapat harga RM5++ untuk complete set seperti di atas. Sekian.


No comments:

Post a Comment