Advertisment

Monday 30 December 2013

Bercuti di Lumut dan Teluk Batik

Assalamualaikum..

Semperna cuti Christmas En. Husband ambil cuti panjang sampai ke Sabtu dan Ahad. Saya just ambil cuti pada hari Khamis sahaja sebab cuti dah habis. Dapatla teman husband untuk hari Rabu dan Khamis tersebut. Hari Khamis hanya dipenuhkan dengan bersantai-santai di rumah sebab baby Harraz batuk dan selesema. Macam tak best pula bawa dia keluar berjalan-jalan kan.

Dikesempatan itu sempatla saya curi sedikit masa untuk kuar tukar IC di Pejabat Pendaftaran Manjung. Punya ramai orang bak hang. Tapi sempat juga buat dan En. Husband tolong ambilkan yang dah siap keesokannya. (melalut panjang pula..actually entry pasal bercuti di Lumut dan Teluk Batik).

Ok..distraightkan cerita...walaupun saya ni duk di Manjung tapi mana lagi kan nak kuar bercuti..tak Lumut, ke Teluk Batik takpun Marina Island. Takdela bercuti sangat pun...just kuar bawa baby jejalan sebenarnya. So entry ni lebih banyak gambar dari cerita.

Hujung minggu tersebut kebetulan ada pameran kenderaan antik dibuat di Teluk Batik. Dapatla kitarang jamu mata dengan keunikan dan kecomelan moto-moto vespa dan kereta antik tersebut.













Lepas tu..keesokan harinya kami jejalan pula ke Lumut. Around jeti tempat orang naik feri ke Pangkor. Ramai orang yang amat..kereta dekat tempat parking toksah nak cerita la...penuh. Apala ada sangat dekat Pangkor tu pun tak tau la.










No comments:

Post a Comment