Advertisment

Sunday 2 November 2014

Suruhanjaya Sumpah Dan TH Pasir Gudang

Hari ini ada beberapa mission yang perlu diselesaikan. Cakap mission macam running man la pula kan..

Ini mission semperna suami cuti..so bolehlah nak settelkan beberapa benda.

Amboi..mission apa yang dengar macam penting sangat tu kan. Tujuan harini nak sahkan borang untuk mohon uitm dan public mutual. Kemudian nak ke tabung haji..tujuan untuk masukkan duit keluarkan duit. (memang tu la kan tujuan orang pergi bank..nak bagitau juga ke..huu)

Ok2..straight to the point..actually nak share beberapa benda...kalaulah ada yang tak tau lagi kan.

First sahkan borang. Actually borang public mutual perlu disahkan oleh suruhanjaya sumpah. So untuk penduduk area Pasir Gudang...suruhanjaya sumpah ada dekat sebelah kedai muzik bangunan Kompleks Pusat Bandar. Kena bayar ye..sebab saya sahkan sekali sijil dan dokumen..adalah dalam 40 keping..kena charge RM40.

Sudah siap tu..mission kedua adalah mencari Tabung Haji..oleh kerana harini Ahad, bank-bank yang ada link dengan Tabung Haji tutup. Nak pergi Tabung Haji nun di UTC di Johor Bahru. Dengan taktau dok cerok mana..memang tak gigih la p cari kan. Kerana nak siapkan juga kerja tu harini..pikir punya pikir teringat maybank ada link dengan TH. Mungkin la boleh buat dengan ATM/CDM machine.

Saya nak dedahkan..macamna guna ATM untuk pindahkan duit dari TH ke Maybank. Lepas tu nak transfer ke apa..dah tak susah. Guna ja maybank2u.

For first time register akaun TH di ATM machine. Step boleh ikut langkah mudah di bawah ni.



Selepas berapa lama baru boleh transfer..on the spot ok. Seperti saya terus saja boleh transfer duit dari akaun TH ke akaun Maybank.

Ok..itu sahaja nak share. Tata~