Advertisment

Monday 9 September 2013

Pengalaman Melahirkan - Sharif Muhammad Harraz

Assalamualaikum

Hari ni umur baby dah 38 hari...baru ada masa dan kemudahan untuk post pasal pengalaman saya melahirkan baby (Sharif Muhammad Harraz nama diberi)

 2/8/2013
Due date untuk lahirkan baby 2/8 tapi masa tu tak rasa sakit lagi. Sempat lagi selepas jumpa doktor untuk check up...saya, mak dan abah ke Sungkai untuk beli barang raya. .tapi on da way ada juga rasa perut mengeras. Dah tau bukan nak bersalin lagi, so diam-diam ja tak bagitau mak abah lagi kata dah sakit.

3/8/2013
Malam ni masih pergi teraweh macam biasa. Masa solat ada rasa sakit-sakit, tapi masih boleh tahan dan solat seperti biasa. Dalam pukul 2.30 pagi husband sampai balik dari Johor. Malam tu juga ada turun darah sikit. Masa bersahur ada bagitau mak, apa lagi terus lepas subuh pergi Hosp. Slim untuk check bukaan. Sakit masa seluk...hu :(. .Bukaan baru 1cm. So balik rumah dulu dan sempat lagi buat kueh siput..he..siang hari ni sakit dalam 15 ke 30 minit sekali. Ikut petua mak, masa sakit tu tekan bahagian bontot ke lantai, takpun kerusi...agak-agak boleh bayang tak...

Malam selepas isya' sekali lagi kami ke Hosp. Slim sebab sakit semakin kerap. Dalam pukul 9 mlm macam tu, bukaan baru 2cm. Pihak hosp. bagi pilihan samaada nak warded atau ke Hosp. Ipoh atau ke Hosp. Teluk Intan sebab bukaan masih 2cm walaupun sakit dari pagi dan masaalah lagi dekat Slim doktor pakar tak ada sebab cuti raya...adaoii..hu..

So mak dan husband decided untuk pergi terus ke Teluk Intan(TI) rumah Ateh (abang husband)...kalau sakit dah dekat dengan hosp. Dalam kereta on da way g TI sakit contraction ni tok sah nak cakap la...sakit sangat, dengan keaadaan yang xboleh nak bejalan atau bediri, just duduk je...rasa macam nak patah pinggang ni. Sakit dah semakin kerap, kasian dekat husbanh yang drive...xsenang duduk jadinya..mak n abah mungkin bedoa je jangan besalin dalam keta....huuuu.

Dalam jam 12.30 sampai rumah Ateh, mak abah terus tidor sebab dah letih sangat. Hanya husband ja teman saya sakit. Dia pun sempat curi-curi tido masa saya tak sakit. Dalam 2.30 pagi sakit makin kerap. Husband cakap jom pergi hosp. biar cepat-cepat beranak and hilang semua sakit2 ni. Saya just setuju dan kejut mak, adik dan Ateh untuk ke hosp.

Besambung bahagian dua..