Advertisment

Wednesday 17 July 2013

Perasaan cuak- 37 minggu

Actually ..sebenarnya(sama je kan..he)...pagi tadi pergi buat check up macam biasa di KKIA. Check air kencing ok, Alhamdulillah takde kencing kotor ke bulan-bulan puasa ni sebab kan kita kurang minum air, so potensi untuk dapat kencing kotor adalah tinggi. Petuanya satu je..minum la air banyak-banyak pada sebelah malam tu ye kawan-kawan.

Check tekanan darah pun ok...110/80. Berat naik 200g je compare dengan minggu lepas...erm, berat sekarang berapa???...hehehe...rahsia la, mana boleh bagitau... :)

Dah semua ok apa yang cuaknya kan..tajuk bukan kemain cuak je bunyi dak...haha. Ni la nak cerita..slow-slow na...masa check up tu adala sembang-sembang dengan kak nani (nurse) dekat sana...katanya minggu depan kalau tak beranak lagi pegi jumpa doktor dekat OPD dekat HAT (hosp. angkatan tentera). Saya tanya la kenapa...saya punya due lambat lagi 2/8, kenapa nak kena jumpa doktor (dalam hati aku xnak kena bedah...hohoho).

Katanya just procedure dekat sini macam tu...doktor akan check jantung, paru-paru kalo ada masalah..itu masaalah selalu ada pada hujung-hujung minggu nak deliver ni...ooooo...ok. Terkejut mak tadi kenapa kena jumpa doktor pula kan.

And lagi cuak bila kak nani cakap..2/8 adalah tarikh due sahaja. Masuk week 38 bila-bila masa je dah boleh bersalin..ermmmm, ok...and saya punya hari ni actually dah 37 minggu 6 hari...esok da masuk minggu ke 38...Ohhh myyyy...cuakkk kot. Sebab rasa macam mental tak berapa ready lagi kot nak hadapi sakitnya bersalin. Barang-barang semua dah ready dalam kereta tu...cuma diri sendiri ni dok rasa macam lambat lagi due 2/8 la katakan..hahaha.

So masuk office lepas check up tadi, kemas-kemas la barang sikit-sikit. And ada kerja yang nak hand over dekat orang lain bila saya cuti bersalin nanti...erm,.so bila da sedar sikit masa kak nani cakap tadi, rasa nak wat persediaan mental and fizikal mulai sekarang...hu~

Doakan saya selamat deliver baby ni dengan normal ye...kalo boleh nak elak la bedah2 ni.~

No comments:

Post a Comment