Advertisment

Wednesday 29 January 2014

Mama rindu Harraz

Bismillahirohmanirrohim..

Sayang mama Harraz, mama rindu Harraz. Kat tempat keja teringat-ingat je kat anak mama tu.

Sihat ke tak dia harini kat rumah mak tu. Semalam kesian dia tak selesa tido. Tah kenapa tiba-tiba badan anak mama panas malam tadi...cian dia, rengek-rengek ja tidur.

Mama pula tak tau nak buat macam mana. Mama pangku sayang, bagi susu...pastu rengek juga.

Mama peluk dia...zikir...selalu mesti dia tenang dan tak nangis lagi...tapi semalam sayang still nangis...sob3. Mama pun tumpang nangis sekali ;(

Mama bawa dia jalan-jalan dalam rumah..masuk bilik, main dekat tempat favorite meja bercermin..pun nangis juga..

Nape sayang...takde sebab tiba-tiba boleh panas pula badan semalam. Risau mama.

Masa tu pukul 12 lebih. Mama bedung Harraz dan masuk buai..Harraz diam, tenung mama yang masih nangis...macam paham je mama dia sedih. Mama stop nangis sebab anak mama tu nak start nangis semula bila tengok mama dia nangis.

Harraz tidur juga sebab mengantuk...mama pun baring sebelah buai Harraz sambil tangan tangguk buai. Setiap malam mama tidur peluk anak mama ni, tapi sebab Harraz tidur buai malam td, mama tak dapat peluk dia.

Dalam pukul 2 lebih, mama dengar Harraz merengek lagi dari dalam buai..mama tangguk Harraz taknak tidur. Mama angkat Harraz dan bagi susu. Harraz nyusu kejap pastu rengek balik....hukhuk...napa sayang...mama sedihhhh...taktau nak buat macam mana. Mama masukkan dalam buai lagi...sayang tidur.

Macam tu la Harraz tidur bangun sampai pagi...


Monday 27 January 2014

Luahan hati mama :P

Bismillahirohmanirrohim..

First thing first bila start new post mesti ada tajuk..tapi untuk entry ni tak tau lagi nak letak tajuk apa.

Sebulan dua bulan... tiga empat lima hari lagi Harraz dah nak masuk enam bulan. Bila masa berlalu rasa sekejap pula Harraz da besar. Semakin bijak kenal orang di sekeliling. Kenal mak, panggilan kepada pengasuh dia. Abah suami pengasuh. Kesian pun ada pada si kecik ni...macam menumpang kasih orang pun ye. Sebabnya mamanya (saya la tue) kerja 8pg sampai 5.30ptg . Busuk-busuk pukul 6 ptg baru jumpa anak. Papanya hujung minggu baru jumpa..kadang-kadang dua minggu sekali baru balik.

Bila dah kenal orang, mama ambil petang-petang boleh pula taknak balik rumah nak duk rumah pengasuh. Bila petang, ramai budak-budak main dekat padang berhampiran..jiran pun ramai yang layan dia, so dia suka je. Kalo nampak abah tu senyum je si kecik ni sampai ke pipi..pastu sua-sua tangan nak pegi kat abah. Aduaiii...kesianya anak aku.

Dah stop kejap tadi dah hilang mood nak citer panjang-panjang..lupa dah.  Harap aku akan terus bertabah nak jaga insan kecil ni sorang-sorang dengan dorongan suami di kejauhan..bahahah..(boleh pulak).

Lari topik plak..kenapa bila baby nak masuk 6 bulan ni aku terasa susu semakin kurang. Sob2~

Kalau dulu sehari dapat 4 botol...sekarang dapat 3 botol je.... :(

Macam mana pun aku takkan berputus asa. Azam untuk menyusukan anak InsyaAllah nak teruskan sampai usia Harraz 2 tahun. Itu tetap kena ada, mind set sume ni...kalo cakap taknak, memang takdela susu jawabnya.

Monday 20 January 2014

Perkembangan baby lima bulan

Assalamualaikum...

Sebelum ni dah update perkembangan baby empat bulan, boleh baca sini. Rasanya tak perlu la kan update pekembangan baby setiap minggu...tapii...sebab ada perkembangan juga...so kena la hupdet ok :)

Tak kesah la nak baca ke tak...as long as saya boleh simpan kenangan ni..nanti tua-tua dah lupa...sekarang tak tua lagi pon dah lupa..apakan kalo dah tua kan...boleh la nanti kenang-kenang balik. Kang anak tanya..bila Harraz start nerap..4 bulan. Bila Harraz start makan...6 bulan...bila Harraz start bla bla bla...kan tak lupa tu.

OK2...hupdet dulu Harraz lima bulan.

1) Dah naik/tumbuh gigi.
Ni kira betul-betul da nampak gigi dia ye. So sebelum 5 bulan tu dia dah gatal-gatal gusi, dah start gigit-gigit mamanya..meleleh air liur je. Berhubung dengan meleleh air liur ni..kesan pada saya adalah keguguran rambut..tapi tu cakap orang tua-tua je ~

2) Meniarap dan berpusing
Berpusing macam helicopter...pulak. Takdelah ligat macam kipas helicopter tu. Tapi bila meniarap dia dah boleh pusing-pusing ke mana arah yang dia nak. Beberapa hari ni bila letak dia dekat depan masa sembahyang, dia akan meniarap pastu pusing tengok saya dalam keadaan mendongak. Tengok saya solat..pastu senyum-senyum..mungkin dia ingat bacaan solat tu adalah kita sembang dengan dia kot. Bila sujut pula terasa tengan kecik tu cuba sentuh-sentuh kepala...aduaiii..mau tak kusyuk solat rasa nak senyum je dengan gelagat budak sorang ni.

Rasanya dua tu je kot..erm, tak perlu la kot buat numbering tu kan..kehkehkeh...ikut suka ati i la ye. Semakin lasak semakin dewasa...ececeh...dah bujang anak teruna saya tu.


Tuesday 7 January 2014

Pengalaman Bersalin Part 2

Bismillahirohmanirrohim...

Dah lama berhutang rupanya..bila baca balik entry pasal bersalin rupa-rupanya belum habis lagi diceritakan ataupun ditulis untuk disimpan sebagai kenangan diri sendiri..hu~

Sebelum ni stop sampai part sakit pada pukul 2.30 pagi dan terus ke hospital. Pada masa ni silap pergi ke kaunter kecemasan Hosp. Teluk Intan. Nak berjalan ke ward bersalin jauh juga kata part guard dan dierang suruh naik wheelchair je. Tapi tahla rasa masih boleh lagi berjalan, dan segan nak naik wheelchair tu..hahaha.

Bila masuk check bukaan dah 6cm. Nurse just suruh ambil air kencing untuk test dan sebab sakit menahan contraction yang teramat...sampai merah-merah muka, nurse pun suruh masuk labor room (LR) terus. Sebelum masuk LR sempat lagi jalan keluar jumpa mak adik abang tanya IC mana, kata mak dalam beg dekat rumah...kelako ko nak bersalin IC boleh tak bawak...kahkahkah..(boleh tak saya tak ingat pula dah minta maap belum kat sume-sume masa ni...adoaiii)

Request dekat nurse boleh tak husband teman masa nak bersalin nanti...so dapatla LR berbilik. Masa ni dah tukar baju pakai baju SAHAJA dan dalam LR yang sangat-sangat sejuk (bagi saya yang berkulit dan berisi nipis ni ye) memang terketar-ketar habis, langsung tak boleh control...gigil-gigil kaki ni secara automatik.

Terus dipasang CTG machine. Masa ni saya mengiring sebab sakit contraction. Agak cepat juga bukaan dari 2cm pada pukul 9 malam, kemudian 6cm pada 2.30 pagi. Kalau balik je ke rumah selepas check di Hosp. Slim rasanya memang bersalin di rumah jela malam tu..tak pun bersalin atas ambulan sementara nak sampai ke Hosp. Teluk Intan / Hosp. Ipoh.

Dalam dok menahan kesakitan sorang-sorang, bila nurse masuk saya minta ubat tahan sakit, kata nurse tak boleh bagi lagi sebab kena tunggu bacaan CTG cantik dulu. HUuu..memang la tak cantik sebab asyik bergerak-gerak je alat tu bila contraction datang...hahaha,

Pastu ditinggalkan kesorangan (yela..sapa nak teman kan ko dalam LR..nurse/doktor dalam tu bukan sepupu sedara ko pun ka )...heee...tanggung la sakit sesorang..just masa tu tawakal pada ALLAH sahaja...bantal tidur pon terasa tinggi dikepala...ambil bantal tu letak atas muka, tapi bantal tu tak empuk macam bantal kat rumah..(so lepas ni bawa bantal kabu sendiriii..kalo boleh la kan)..foiin!!!

Datang sorang doktor India (perempuan..ye perempuan...takde doktor laki yang check aku punya yang dekat bawah tu...Alhamdulillah terjaga lagi aurat aku dari pandangan laki-laki, dan takde juga staf-staf laki malam tu, ni aku tanya nurse tu sebab nak muka tudung) untuk pecahkan air ketuban. Doktor cakap kenapa air ketuban awak sikit...manala saya tau..haa..pula..(sebenarnya air ketuban dan menitik sikit-sikit di rumah atih, mak nampak air dari tangga tingkat tiga rumah ateh sampai ke bawah kata mak)

Hampir-hampir pukul 4 pg (ada jam di dinding depan mata ye..so boleh tengok) dan rasa macam nak terberak. Sebab takde nurse dalam bilik tu, so panggil nurse cakap nak terberak. Nurse pun nyahut dari luar bilik katanya telentang, nanti saya check. Kompem aku tak telentang sebab sakit dan dierang tak masuk check pun. Pastu panggil lagi...baru masuk dan gagahkan diri juga untuk baring telentang (betul ke istilah ni)..pastu nurse serluk lagi dan terus siap-siapkan barang. Aku pikir dia siapkan barang-barang sebab nak suruh aku berak di situ je.

Pada masa ni nurse dah arahkan nurse ke2 (sori taktau nama) panggil husband masuk. Aku just dengar je. Tapi takde pula nurse tu bagitau yang aku dah nak bersalin ke apa. Aku macam dapat agak yang masa untuk aku teran-teran dah sampai...huwaaa~

Masa husband masuk dengar dia cakat Allahuakbar...tah apa dia nampak dekat bahagian bawah tu pon aku tak tau. Aku dalam keadaan kangkang (maaf bahasa kurang sopan) masa tu dengan nurse-nurse (dua orang nurse je pon) kat depan. Sorang nurse jaga bahagian bawah sambut baby, sorang lagi duk tekan perut mungkin nak suh baby turun bawah dan husband dekat sebelah. Masing-masing bagi kata semangat dan aku pun teran. Alhamdulillah cara meneran dah betul cuma nafas pendek. Ye la, bila contraction datang memang terus teran..tapi masa tak sakit (contraction hilang) mana da nafsu nak teran dah..sekali dua kali tak kuar. Kali ketiga/keempat tak silap...teran je juga walaupun rasa contraction hilang...tup-tup rasa ada satu benda meluncur kuar dari bawah..fuhh..lega yang amat baby dah berjaya dilahirkan secara normal. Saya memang tak tengok masa baby ditarik kuar, tah kenapa rasa tak sanggup nak tengok. Cuma tengok bila nurse tanya baby boy or girl. Baby BOY ok..my Hero. Baby berjaya lahir pada jam 4.15 pagi.

Husband bisik terima kasih kat telinga (denga suara husband macam serak-serak..nangis kot)...haha. dan husband tanya nurse mana arah kiblat dan azankan ditelinga baby. Lepas tu baby dibawa kuar untuk dimandikan dan ditest kot keadaan kasihatan baby semua. Husband dah disuruh kuar dan nurse pun start jahit menjahit dibahagian bawah tUtttt. Siap jahit just tunggu..lebih kurang 30 minit (lama juga) so rehat-rehat masa ni..tak pula tidur..nurse bawa masuk baby dan suh susukan. Masa ni rasa..eh2...dah jadi mak, eh ...anak aku ni pandai ke isap nenen...sapa ajo..huuu (semuanya kuasa ALLAH)...ALLAH yang Maha Besar. For the first time bagi susu pada anak indahnya saat tu hanya yang pernah jadi ibu je tahu. Susu pertama untuk baby (colostrum) sangat bagus ye.

Lama juga tunggu nurse siapkan baby dalam pukul 6.30 pagi baru ditolak ke ward biasa bersama baby diletakkan di celah kangkang. Baru dapat jumpa husband masa tu, dan tau dia pun tak tidur tunggu anak isteri dia. Sama-sama die tolak kami ke ward. Moment yang takkan saya lupa sampai bila-bila..InsyaAllah.


Baby Harraz 5 bulan