Advertisment

Tuesday 23 October 2012

~ uJiaN ~


Kadangkala tuhan uji kIta untuk kita kuat

Kebelakangan ni tak ada apa yang menggembirakan hati

Asyik-asyik masaalah je

TApi apalah sangat kalau nak dibandingkan masaalah kita dengan masaalah orang lain kan

Mesti ada lagi orng yang lebih susah dari kita

YA ALLAH...KAUTKAN HATIKU MENEMPUH HARI-HARI MENDATANG..amin.

Seorang Muslim Bosnia berjalan kaki ke Mekah untuk tunaikan Haji


Senad Hadzic berumur 47 tahun telah memulakan perjalanannya ke Mekah sejak dari tahun 2011 untuk membolehkan beliau menunaikan haji pada tahun berikutnya, 2012.

MasyaAllah...berita yang sangat menginsafkan saya.

Untuk sampi ke Mekah beliau terpaksa merentasi tujuh negara termasuk negara berpenduduk Kristian seperti Serbia dan Bulgaria. Beliau berjalan dalam 12 ke 20 batu sehari. Tetapi beliau mengatakan itu bukan sesuatu yang memenatkan. (betapa besarnya kuasa Allah)

Antara pengalaman beliau:

Di Serbia orang awam keluar ke jalanan dan memberi beliau topi, stokin kerana cuaca yang sejuk. Ada satu kes dimana seorang Profesor Serbia menjemput beliau menginap di kediamannya, dan Profesor tersebut memberitahu bahawa beliau merupakan orang Islam pertama menjejakkan kaki ke rumahnya.

Di Istambul beliau terpaksa menghabiskan masa selama 20 hari untuk mendapatkan permit perjalan yang akan membolehkan beliau berjalan kaki melintasi Jambatan Bosphorus yang menghubungkan antara Eropah dan Asia. 

Antara lain, seorang lelaki tua Turki yang mengetahui bahawa beliau berjalan kaki dari Bosnia ke Mekah menghulurkan duit supaya beliau dapat menempah kapal terbang secara terus ke Mekah untuk menunaikan Ibadah Haji tetapi beliau telah menolaknya dengan baik.

Kata-kata beliau yang meninggalkan kesan pada saya adalah 
"By this act, I am proving that everything I do is for the love of God. For all the riches in the world, I would never stop what I am doing.”




Peta perjalanan dari Bosnia melalui Balkans ke Istanbul

Packing beg


Saturday 20 October 2012

Mode : diri sendiri

Emak teman ayah masuk hospital harini...tah mcm mana mak tdo kat spital malam ni (sebab dulu masa teman mak dekat hospital, tdo bawah, lapik tikar je..sejuk sangat keadaanya)... nak balik sangat-sangat teman mak ayah.

Ayah..orang doakan ayah akan berjaya untuk rawatan esok. Masa mak buat rawatan haritu dah tengok, sedihnyala tengok mak tanggung keadaan pada masa tu. Tapi risau lebih untuk ayah kali ni sebab ayah ada kencing manis dan darah tinggi. 

Doaku "Ya Allah, permudahkanlah segalanya. Semoga ayah cepat sembuh"

Kebetulan pulak hujan renyai-renyai. Afdal doa masa hujan turun. InsyaAllah. Amin.

Ratu cari tukang kebun!!!

Sapa nak jadi tukang kebun angkat tangan...hahaha

Gaji RM1,500 seminggu!!...bukan sebulan tau. Sebulan mau ada RM 4,500.

Mari-mari...kerja kosong..ini bukan main-main.

Iklan kat atas ni aku tolong je...tolong RATU ELIZABETH cari tukang kebun di Istana Buckingham :)

Orang yang berkenaan perlu berminat dalam menjaga hidupan liar...tah le pe hidupan liar yang ada kat istana tu. Kerja yang akan dilakukan antaranya mengitar semula najis mengikut proses penjagaan alam sekitar.

Apa yang menarik lagi adalah antara tugasnya termasuk membuang daun tua tanpa menggunakan mesin bagi menggalakkan hidupan liar....mmg bagus ratu ni suka hidupan liar..he.

Tugas-tugas lain mencuci 188 bilik tidur, mencuci 760 tingkap setiap enam minggu sekali...hu...apada...bilik tidur ja 188, campur bilik lain entah berapa....so dapat dilihat disini sangat ramai pekerja diperlukan..haha. Agak-agak ada tak orang Malaysia ni nak kerja ni ye.


Beserta ini dilampirkan imej Istana Buckingham...muhahaha.


Pandangan dari udara

depan istana




dalam istana




Ceramah : Wanita dan Syariah

" Keluarga Sakinah : Peranan Wanita"


Disampaikan oleh : Ustazah Maznah Binti Daud 
                          Ketua Wanita IKHRAM
Tarikh : 4 November 2012 (Ahad)
Masa : 9.00 - 11.30 pagi
Tempat : Dewan Seminar,
Masjid Nurul Hidayah,
Manjung, Perak

Objektif penganjuran ceramah:
1) Memberi kefahaman tentang tujuan dan fungsi institusi keluarga dalam Islam
2) Mendedahkan cara mendapatkan keluarga sakinah dan akibat kegagalannya
3) Mengetengahkan peranan wanita Islam dalam pembangunan keluarga sakinah  

Bersama-samalah kita meramaikan majlis ilmu tersebut untuk memantapkan institusi kekeluargaan yang semakin kecundang di zaman moden ini.


Friday 19 October 2012

Pertandingan Ratu canti Arab Saudi

Sapa percaya Arab Saudi ada buat pertandingan ratu cantik??....ini benar ye

Macam mana pakai purdah macam tu tapi menang pertandingan ratu cantik kan. .xpecaya!!!

Xkan pula masa pertandingan nak buka suma pastu pakai balik, betol tak..hehehe

Jangan tak percaya...tahun ini adalah pertandingan buat kali yang ketiga..hebat tak hebat.

Maram Zaki al-saif (yang tengah)

Lagi gambar yang jelas muka ci ratu cantik dekat bawah ni....yang lain memang xnampak muka la kan..hahaha~



OK...sebenarnya pertandingan Ratu canti Arab Saudi ni bukanla macam pertandingan ratu cantik yang lain.

Pertandingan adalah berdasarkan kepada 'etika' individu, tingkah laku yang baik, berkarisma dan tahap keyakinan yang tinggi.

Antara soalan apa makna sekiranya layak merangkul gelaran ratu cantik dan apa sumbangan kepada negara..so si yang menang tu namanye Maram Zaki al-saif jawab:

"kemenangan akan menggalakkan saya mancapai cita-cita dan matlamat, menjadi sumber inspirasi kpd rakan. Saya akan mewujudkan projek pemulihan vokasional bagi orang kurang upaya yang akan membantu mereka mencari peluang pekerjaan yang sesuai"

Murni kan hasrat dia..moga cita-cita dia tercapai bila da menang.

Kulit manggis ubat cirit-birit

  • Kulit maggis diguna secara meluas di India sbg ubat cirit-birit. 
  • Kulit manggis mengandungi cecair pengering (astringent) - yg menghasilkan cecair melekit kekuningan.

Nampak macam sedap plak manggis ni >!<


  • Tp orng Cina plak guna kulit pokok manggis sebagai sumber pewarna hitam n jg sbg ubat cirit - birit.

  • Sapa nak cuba buat ubat cirit-birit percuma....cecuba buat dngn kulit manggis..he.