Advertisment

Tuesday 31 December 2013

Simpanan Asas/Basic Saving 2014 meningkat!!


Sempena tahun baru 2014, katahuilah bahawa....Simpanan Asas ataupun Basic Saving EPF telah meningkat. Kesan daripada peningkatan ini adalah kepada jumlah pengeluaran yang semakin sedikit. Juga memberi kesan kepada pengeluaran akaun 1 untuk tujuan pelaburan. Apabila jumlah Simpanan Asas meningkat, jumlah wang untuk dikeluarkan pada masa hadapan semakin sedikit.

Jumlah peningkatan sila rujuk jadual dibawah:



Perbezaan sehingga 50% kenaikan ketika umur 28 tahun. Sangat merugikan kepada sesiapa yang tidak melabur sebelum nilai Simpanan Asas ini naik. Mungkin tiada lagi peluang atau terpaksa tunggu sehingga bertahun lagi atau tunggu gaji naik...hahaha, baru boleh lepas nilai simpanan asas.

Kesan adalah seperti kira-kira berikut.


Minimum pelaburan Public Mutual adalah RM 1,000. Berdasarkan pengiraan 2013, adalah lepas untuk seseorang itu melabur dengan jumlah Simpanan Asas hanya RM 12,000.

Berbanding pengiraan 2014, jumlah Simpanan Asas telah meningkat menyebabkan pelabur tidak dapat melabur kerana RM 400 tidak melepasi jumlah minimum pelaburan RM 1,000.






Monday 30 December 2013

Bercuti di Lumut dan Teluk Batik

Assalamualaikum..

Semperna cuti Christmas En. Husband ambil cuti panjang sampai ke Sabtu dan Ahad. Saya just ambil cuti pada hari Khamis sahaja sebab cuti dah habis. Dapatla teman husband untuk hari Rabu dan Khamis tersebut. Hari Khamis hanya dipenuhkan dengan bersantai-santai di rumah sebab baby Harraz batuk dan selesema. Macam tak best pula bawa dia keluar berjalan-jalan kan.

Dikesempatan itu sempatla saya curi sedikit masa untuk kuar tukar IC di Pejabat Pendaftaran Manjung. Punya ramai orang bak hang. Tapi sempat juga buat dan En. Husband tolong ambilkan yang dah siap keesokannya. (melalut panjang pula..actually entry pasal bercuti di Lumut dan Teluk Batik).

Ok..distraightkan cerita...walaupun saya ni duk di Manjung tapi mana lagi kan nak kuar bercuti..tak Lumut, ke Teluk Batik takpun Marina Island. Takdela bercuti sangat pun...just kuar bawa baby jejalan sebenarnya. So entry ni lebih banyak gambar dari cerita.

Hujung minggu tersebut kebetulan ada pameran kenderaan antik dibuat di Teluk Batik. Dapatla kitarang jamu mata dengan keunikan dan kecomelan moto-moto vespa dan kereta antik tersebut.













Lepas tu..keesokan harinya kami jejalan pula ke Lumut. Around jeti tempat orang naik feri ke Pangkor. Ramai orang yang amat..kereta dekat tempat parking toksah nak cerita la...penuh. Apala ada sangat dekat Pangkor tu pun tak tau la.










Monday 16 December 2013

Perkembangan baby empat bulan

Syukur ke hadrat Illahi...baby membesar dengan jayanya...sihat sempurna..Alhamdulillah :)

Baby boy Harraz da masuk empat bulan pada 4/12/13. Timbang berat da 7.9 kg...tinggi dan ukur lilit kepala tak pula ingat..hehe..masa pergi check haritu la ni..tapi masa empat bulan baby tak perlu injection...suka-suka @_@...kalo tak kesian tengok baby kena inject.

Apa baby boleh dan pandai buat masa empat bulan ni ye....share dan juga untuk ingatan sendiriV(+_+)V. Nanti boleh baca balik apa Harraz boleh buat masa empat bulan, lima bulan ...setahun...20 tahun (dah tumbuh janggut kot)

1) Harraz dah pandai menerap. Asalnya masa pertengahan  tiga bulan pon dah boleh sikit-sikit menerap..tapi asyik tersekat dekat tangan tak lepas-lepas. Empat bulan ni dah kira laju je menerap sambil angkat kepala :)

2) Pandai tarik-tarik kaki untuk dihidu (memang tak senonoh..macam sapa ea..papa dia kot..haha). Ok, saya aware benda ni sebab sebelum ni dia baru nak belajar pegang benda...so sekarang da pandai tarik-tarik rambut...tarik sock..kesimpulanya Harraz da pandai tarik..segala yang boleh ditarik k.

3)Boleh buat muka geram. Yang ni tak tau macam mana nak explain...contoh eh, kita agah-agah dia..nanti dia akan ada satu perasaan geram. Mungkin samaada geram sebab nak luku,gigit muka mamanya ke apa saya pon tak tau la...haa...so dia akan genggam kuat-kuat kedua belah tangan sambil cuba masukkan dalam mulut sambil menjerit kegeraman...fuhhhh*^%&^$%. Susah nak explain. Agak-agak korang paham tak eh...buat-buat jela paham ye :)

Itu je dulu nak update ye...bye-bye..tatatititutu~

Sunday 15 December 2013

Ibu bekerja buat stock susu

Assalamualaikum...

Tajuk entry yang sangat tak best saya rasa..tapi as long as orang faham ok la kan >_<

Sejak mengandung lagi saya berazam untuk bagi susu badan je kat baby saya walaupun macam-macam saya dengar dari kawan-kawan sebelum ni bahawa susu badan tak banyak la...dan macam-macam lagi...so macam mana nak buat stockkan..sangat tak menggalakkan untuk semangat menyetock susu...huh!! Sebelum ni saya ada share tentang penggalak susu, so sapa-sapa yang nak tau boleh click pada link ini.

Walaupun hasrat untuk mengumpul stock susu dah ada tapi cara dan macam mana nak buat tu saya tak berapa arif masa dalam pantang. Apa itu storage beg, cooler beg, ice pack...apa kejadah suma tu kan...banyak sangat kit-kitnya..huuu....memang malas la nak ambil tau. Tapi setelah terpaksa juga ambil tahu..nanti kan nak buat stock dekat pejabat macam mana kalau takda kit semua tu kan...so terpaksala ye..terpaksa dalam redho..hahaha.

Meh saya bantu dan share serba sedikit tentang kit yang perlu untuk persediaan buat stock susu di pejabat. Bagi saya jatuh tahap wajib la benda-benda alah ni dibawa ke office setiap hari.

1) Breast pump.
Breast pump itu apa??...kompem-kompem la digunakan untuk memerah susu ye kawan-kawan. Ni wajib-wajiblah ada. Kecuali yang power dan pandai perah guna tangan nanti boleh share dengan saya. Saya guna Spectra-3. Alhamdulillah membantu tapi kalau takda elektrik memang pakai manual pump juga ye.

Breast pump ihsan dari Mrs. Google

2)Botol susu/storage pack
Benda alah ni gunanya untuk simpan susu hasil perahan tadi ye. Kalau macam saya empat ke lima botol 4Oz sudah mencukupi untuk satu hari bekerja dari jam 8 pagi sampai 5.30 petang. Haaa...detail tak...hahaha. Selain botol susu/storage pack boleh juga guna bekas dadih yang jernih-jernih tu.

3)Storage beg
Yang ni untuk simpan susu yang telah dimasukkan dalam botol susu tadi supaya tahan lama. Macam mana nak tahan lama adalah dengan menggunakan ice pack yang saya akan terangkan di bawah ni.

4)Ice pack
Ice pack ni adalah seperti ketui(ketul) ais berfungsi untuk menyejukkan susu supaya tahan lama sebelum dibawa balik ke rumah. Setiap hari saya akan bawa dua ice pack sahaja diisi dalam storage beg tadi. Bila balik ke rumah simpan susu-susu tadi dalam peti ais/tempat penyejuk.

Complete set seperti yang saya guna :)
Rasanya cukup sedikit sebanyak perkongsian saya. Saya beli online je sume benda alah ni di sini. Jadi ahli, so dapat harga RM5++ untuk complete set seperti di atas. Sekian.


Wednesday 11 December 2013

Ibu muda PJJ

GEmpak tak tajuk entry kali ni...hahahaa....

Share..share..apa yang nak dishare kali ni adalah pengalaman hidup sendiri sebagai seorang mama kepada seorang baby lelaki bernama Harraz. Seperti yang diciter pada entry sebelum ni...saya dan husband PJJ, sorang di Lumut sorang di Pasir Gudang.

Ok2...let start. Mula-mula start keja selepas pantang haritu mak dan bapa mertua datang teman sampai umur baby tiga bulan. Selepas tu mula la rutin hidup saya 24jam sorang-sorang diri menjaga baby...tapi takdela 24 jam sangat sebab hantar baby ke rumah baby sitter kan..hu~

For the first time memang rasa boleh ke kan nak urus baby kecik tu sorang-sorang, saya pon tak penah ada pengalaman jaga budak kecik...tapi Alhamdulillah...setakat ni umur baby 4 bulan everything goes well.

Untuk panduan dan perkongsian semua...rutin ibu muda ni takdelah sesusah mana...actually kalau baby yang tak banyak ragam :) macam baby Harraz >_<

6.00 Pagi 
Bangun mandi solat , perah susu untuk stock baby ke rumah baby sitter, kalo dapat dalam 3-4oz pon dah cukup  (saya memang suka bagi baby minum susu fresh pada awal pagi)

Siapkan bekal susu baby, breast pump segala bagai. Pastu siap diri and boleh la gerak baby untuk main-main dulu sebelum hantar ke rumah pengasuh.

7.30 Pagi
Hantar baby ke rumah pengasuh.

8.00 Pagi-5.30 Petang
Kerja (kerja yang tah hape2...hehe V(+_+)

6.00 Petang
Ambil baby..so boleh main-main dengan baby lagi...sampai malam. Selalu baby saya akan BF dulu...nanti dalam pukul 7 saya tinggalkan baby sekejap untuk mandi dan solat. Alhamdulillah dia mahu je duduk main sorang-sorang (bukan duduk means duduk ok...baring la...haha).

8.00 Malam
Tengok tb sambil layan baby. Dan boleh prepare untuk tidurkan baby. Selalu masa ni la saya rehatkan diri sambil baring bersama baby. Bila dia tidur bolehlah saya sambung buat kerja rumah seperti kemas rumah skit, lipat baju...basuh baju. Kemudian...dusss tido....lalala~




Tuesday 10 December 2013

PEnggalak SUSu a.k.a milk Booster Vita-C Plus + ESP


Cerita pasal milk booster ni asalnya dah berlalu lama juga dah. Selepas pantang saya terpaksa mencari milk booster untuk tambah pengeluaran susu...sebabnya..sebabnya...adalah kerana susu saya tiba-tiba berkurang.

Saya kan full BF untuk baby saya..masih lagi secara eksklusif selama empat bulan ni..harap-harap dapat teruskan sampai 6 bulan dan seterusnya 2 tahun.

Ishhh...dah lari kemana ni, cerita asal adalah pasal supplement Shaklee...Vita-C dan ESP.

Straight to the point, saya terpaksa...huu..terpaksa ok...ambil supplement ni sebab susu kurang sebab...sebab lagi...^_^ Dua bulan 2 minggu selepas pantang, saya telah minum air tebu....amek ko seminggu demam yang amat-amat!!!...so saya ambil panadol menyebabkan susu menjadi kering...kesian baby sebab saya tinggalkan dengan mak dan saya kerja setelah habis MC selama dua hari je. Perah susu dapat 4oz je...mana cukup untuk sehariankan....sangat-sangat kesian babyku. Masa ni campur juga susu formula...cedey :(

Ok. Cukup untuk cerita susu berkurang....hehehe...so saya ambil Vita-C Plus + ESP mana tau dengan usha dan izin-Nya susu saya kembali seperti sediakala. Alhamdulillah selepas seminggu sikit demi sikit susu dah boleh buat stock dari 4oz kepada 12oz dan 16oz ..soo..senyummmm...:)

Ada yang recommend untuk ambil sekali dengan ALfalfa...saya tak ambil sebab nak cuba ESP je dulu, mana tau itu pon dah cukup untuk saya...dan hasilnya memang saya tak perlukan ALfalfa. Sesetengah orang perlu ambil Alfalfa sekali baru susu banyak..so depend la kepada orang kan.

Vita-C Plus pula saya ambil sebab biasalakan ibu kadang-kadang tak cukup tidur, so pergi kerja letih...muka pucat...untuk mengelakkan saya cuba Vita-C PLus. Serasi juga untuk saya...sebelum ni tepi-tepi bibir jadi kering dah takda lagi dan badan letih pon kurang. Rasa bertenaga di tempat kerja...ewah-ewah...haha. Tapi kenalah juga minum air banyak, jangan bergantung pada supplement semata-mata.

So apa lagi, agak-agak sapa yang nak cuba pergila cari mana-mana supplier Shaklee cepat-cepat. Saya hanya share ye...xda jual Shaklee di sini...muhahaha..sekian~