Advertisment

Wednesday 19 March 2014

Baby 7 bulan

Assalamualaikum..

Lambat kali ni saya update pasal baby..dah 7 bulan lebih.

Semakin dewasa...kacak...cute miut..(apekah bi + bm ni)...hahaha

1) Baby dah pandai kedepan-kedepan badan dia. Semakin laju...tengok-tengok je dah warghhhh...cium lantai..hu.

2) Beremosi. Amboi ..huu.

Contoh 1
Kalau dimarah ke..dah paham. Nanti cebik and pastu nangis minta simpati. Cepat-cepat la pujuk.

Contoh 2
Harraz suka naik moto..nanti petang-petang abah bawa dia round-round taman. Bila moto berhenti dan angkat dia turun...uwargggghhh...nangis...pastu siap buat lembek lagii..pandai aii.

3) Pandai membelek..sebab dulu masa kecik, dia tak pula tengok kerongsang apa yang saya pakai. Sekarang..belek kerongsang..tudung bunga-bunga nak disentuhnya. Apa-apa ajela yang dia rasa sebelum ni saya tak pakai, tiba-tiba pakai..dia akan belek, tengok..sentuh dengan jari..hu.

Berat and tinggi tak ukur pun. Mentang-mentang la 7 bulan tak perlu buat check up kan.

Wednesday 12 March 2014

Kenapa kapal selam tak digunakan???

Sana-sini sibuk memperkatakan tentang MH370 flight MAS yang hilang pada pagi Ahad lepas. Sudah lima hari flight tersebut hilang tanpa menunjukkan tanda-tanda yang pasti.

Sementara buat keja teringat mengapa Malaysia tak hantar kapal selam untuk usaha menyelamat. Antara sebab-sebab yang dihujjahkan oleh RMN cheif Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ialah:-

- Kapal selam ini tak didesign untuk usaha menyelamat..habis tu buat apa beli ye tak kalau dalam saat-saat diperlukan macam ni, tapi tak boleh digunakan. Mungkin kapal selam ni untuk mengawal perairan je kot.

- Antaranya juga, kapal selam tidak sesuai digunakan untuk mengesan di dasar laut...tapii..da namanya kapal selam..kenapa tak boleh pulak kesan apa-apa kat dasar laut. Dah tu kapal selam tu selam gitu-gitu jela. Takkan kapal Boeing besar gabak tu takleh kesan...bunyi macam pelikkk sangat. Ke aku yang tak cukup bijak nak pikir yee??..

- Kapal selam ni mempunyai kelajuan sonar secara optimum dan mempunyai risiko tinggi untuk berlaku pelanggaran (sonar) dengan kapal penyelamat yang lain. Sonar kapal selam tersebut just boleh detect objek bergerak berbanding dengan objek statik..(sepatutnya objek statik lebih munah memantulkan semula sonar daripada objek bergerak).

Wednesday 5 March 2014

Unit Trust Vs ASB

Assalamualaikum..

Di sini saya ingin share apa yang saya tahu tentang ASB dan Unit Trust. Honestly, saya bukan orang yang arif sangat untuk bercakap bab-bab pelaburan. Sikit-sikit tu boleh la.

Bila bercakap tentang unit trust a.k.a unit amanah...masih ramai lagi orang yang tak tahu. Mostly orang Melayu. Yang tahu hanyalah ASB. Bukan nak cakap ASB tak bagus, tapi cuba-cubalah buka minda pasal peluang pelaburan yang lain...(bunyi macam marah ye??..takk..haha).

Masa saya pergi khusus unit amanah ni, ramai weh orang bangsa tu je...tua, tahap mak-mak, datuk-datuk pun ada. Budak sekolah menengah pun ada...semua bangsa depa ja (keluaq dah loghat kedah weh). Sebab apa??..sebab mereka semua tahu unit amanah ni merupakan satu medium pelaburan yang sangat menguntungkan.

Yang tak boleh blah lagi..yang bagi talk pun orang dia. Sebab unit amanah ni adalah secara Islamik...siap sebut pekataan arab hoii..memang terbaik la kan. So mana pergi orang Melayu beragama Islam semua...semua tunggu makan gaji..just rasa cukup dengan apa yang ada...pftt...Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada..tapi...JOMLA orang Melayu..kita bangun sama-sama...berkembang skit otak tu.

OK..berbalik pada ASB dan unit amanah. Apa bezanya..

- ASB ko beli dan jual pada harga yang sama RM1 seunit. Kalo unit amanah harga ada turun ada naik. Beli pada harga murah..jual pada harga tinggi..mana bagus???...kalo malas nak tengok bila harga naik..bila harga turun...erm, tak perlu pun kot...UTC akan inform (bergantung jg pada UTC macam mana yang korang pilih)...takpun ko tak perlu jual cepat-cepat...melabur dulu...sebab unit amanah ni untuk medium and long term, so bila dah lama baru jual..InsyaAllah ada habuannya di situ.

- ASB ko dapat dividen je apabila diumumkan pencapaiannya pada setiap tahun. Tapi unit amanah ko dapat divident dan juga pertambahan unit. Macam mana tu...ok, dividen dapat bila keuntungan diagihkan. Kompem ASB dapat, unit amanah juga dapat. Selain itu, jumlah pertambahan unit baru akan diperoleh setiap kali agihan diberikan setiap tahun sepanjang tempuh melabur.

- Dari segi percentage, ASB macam biasa 6%, 7% paling-paling pun 7.++%. Unit amanah keuntungan adalah minimum 10%...maksimum sehingga 25%. Ni kalau dapat memang hulalala -__-. Sebab apa aku letak pada point no. 3??...bagi aku keuntungan ni kita pun tak tau ye tak..tapi, InsyaAllah adaaaa...yakin la.

- Dan masa talk tu juga..aku jadi yakin dengan unit amanah ni sebab dia dilindungi dan dijaga oleh unit trust manager. Tugas unit trust manager ni, mereka yang akan memastikan kemana wang kita dilaburkan. Katakan wang kita dilaburkan dalam sektor A...tiba-tiba sektor A ada penurunan, takpun mungkin sektor A tidak stabil lagi...maka unit trust manager ni akan mencari dan melaburkan dana kita pada sektor yang lain yang lebih bagus. Tak percaya ke...dah tu kita bayar service charge..itula kerja mereka. Mereka pun takkan nak duduk diam saja untuk sesuatu dana jatuh...ye tak...kang tak pasal-pasal takde keja pula mereka-mereka tersebut ;P

- Banyak lagi sebenarnya...seperti dijamin Islamik kalo ko ambil dana Islamic. Wang kita akan dilaburkan dalam sektor bukan berasaskan arak, rokok..riba dan lain-lain. Penasihat Syariah bagi dana-dana Islam Public Mutual ialah Institute Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia(IBFIN). Kalo ASB aku memang tak sure, kalo Google pun memang rata-rata mengatakan wang dilaburkan dalam pelbagai sektor samaada Islamic and Non-Islamic.

- Dana-dana pelaburan dibuat dengan panduan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC). Kalo tak dapat kebenaran SC ni mana boleh melabur dik oiii.

Tuntasnya..marilah kita sama-sama cari ilmu sikit..pergi dengar talk..kalo kena bayar pun bukan banyak. Berbaloi untuk dapat ilmu yang berharga. Biarlah tahu sikit-sikit daripada tak tahu apa-apa.

Kalau malas sekalipun...meh la start melabur dengan cek (saya..pelat orang Kedah). Tak perlu dengaq talk semua dan amek exam pe benda bagai. Just start melabur sekarang..makin meningkat umur semakin rugi kalian. Sebab apa rugi boleh rujuk sini. Saya adalah UTC bertauliah..sekian terima kasih~







Monday 3 March 2014

Seronok kot orang message nak melabur..jommm!!!

Assalamualaikum...

Hi readers..hari ni nak buat iklan.

Reader: Ala....iklan je??...

Admin: Aahhh...

Reader: Iklan macam dalam tv tu??....

Admin: Lebih kurang la....

Iklan kita bunyi macam ni ye

"Kepada orang-orang di Johor, saya akan menetap di Johor selepas ini. Sesiapa yang berminat/ingin tahu/saja-saja nak tahu/serius nak tahu tentang Public Mutual boleh jumpa dengan saya di sana :)"

Itu ajee...salam~

p/s : sebarang pertanyaan terus email ke ctmayam@gmail.com. TQ

Charge Perkhidmatan Pelaburan Unit Trust (Service Charge)

Assalamualaikum..

Sudah lama tidak berbicara tentang Unit Trust/Unit Amanah.

Perkongsian kali ini adalah tentang bagaimana pengiraan Service Charge/Caj Perkhidmatan dilakukan.

Untuk pengetahuan semua, setiap kali pelaburan dibuat, setiap kali juga charge ini dikenakan. Ini termasuklah pelaburan secara cost averaging/kos purata yang dilaburkan setiap bulan.

Service Charge/Caj Perkhidmata dikenakan sebanyak 5.5% bagi pelaburan tunai dan 3.0% bagi pelaburan secara EPF.

Cara pengiraan:

 =   Jumlah Pelaburan
            1+5.5%

Contoh cara pengiraan :-

A melabur sebanyak RM100 setiap bulan.

 =   RM100
      1+5.5%

 =   RM100
        1.055

 =   RM94.79

Setelah ditolak dengan service charge sebanyak 5.5%,  jumlah pelaburan A pada bulan tersubut adalah RM94.79 sahaja.