Advertisment

Monday 9 February 2015

Lee Kuangsoo Playboy???

Topik perbicaraan kali ni kita tukar sikit berbanding sebelum. Asyik cerita pasal anak, masak dan pokok. Boring bukan.

Kita cerita tentang Running Man. Best drama tv show. Apa yang nak diperkatakan adalah sifat si giraff ni..Lee Kwangsoo.

Bila ikuti episod demi episod siri ni..aku dapati Lee Kwangsoo ni senang suka dan approach girl. Mungkin suka-suka ke betul-betul tak tau :)

Tapi sweet sebenarnya Lee Kwangsoo. Aku suka sebab dia memang kelakar. Tak ingat episod berapa, diarang jemput friend Lee Kwangsoo, girl. Girl ni bestfriend Lee Kwangsoo sebenarnya. Dalam salah satu game, Dayunhaji (kalau tak salah eja) member dia ni bongkarkan rahsia yang Lee Kwangsoo suka pada seorang noona (senior perempuan).

Memang kelakar habis. Lee Kwangsoo dah tak boleh sembunyi malunya tu sampai merah-merah muka.

Sekali ni dalam Running Man episod 232. Lagi sekali best girlfriend Lee Kwangsoo dipanggil. Siri kali ni memang diarang panggil bestfriend Running Man masing-masing. Friend Lee Kwangsoo ialah Shin Da Eun. Yoo Jea Suk apalagi, dia bantai tanya samaada Lee Kuangsoo pernah confess dia ke tak.

Da Eun ni jujur jawab "saya tak suka dia, tapi dia suka saya". Lebih kurang macam tu :)








Tergagap-gagap Kuangsoo nak jawab ye..





Wednesday 4 February 2015

Kaedah tanam serai

Sebelum ni saya janji untuk terangkan macam mana cara tanam pokok di rumah. Pokok yang kecik-kecik je tau..bukan pokok kelapa ke,ciku ke..bukan-bukan.

Pokoknya seperti serai, kunyit untuk ibu-ibu memasak di rumah. Serai paling senang hendak ditanam. Cara pertama sekali saya guna serai yang dijual dikedai. Kan takda akar. Serai tersebut direndam selama beberapa hari sehingga akar keluar. Rendam dalam air paip biasa sahaja. Biarkan akar tumbuh sepanjang lebih kurang 5cm.

Kemudian pindahkan serai berakar tersebut ke tanah. InsyaAllah serai tersebut akan tumbuh. Rajin- rajin gemburkan tanah dah letakkan baja daun.

Apabila serai telah membiak, boleh potong anak serai bersebelahan serai induk untuk dijadikan serumpun serai yang lain. Potong sehingga keakar ye. Ambil sekali dengan akar..baru serai tumbuh.

Ini serai induk asal. Serai ini telah saya biakkan menjadi dua rumpun lain yang berasingan.

Serai induk

Secondary serai :)

Tuesday 3 February 2015

Tanaman surirumah

Assalamualaikum uolls

Entry hari ini saya nak share tanaman yang ada dekat rumah ni. Rumah taman tak bertanah susah sikit untuk menanam. Terpaksalah beli tanah dan pasu sekali.

Sebagai suri sepenuh masa, rutin memasak memang tak dapat nak lari. Nak masak sikit-sikit bahan asas kalau boleh nak senang, ambil je depan rumah..dah ada. Tak perlu nak beli dan ke kedai bagai :)

Untuk menyenangkan dan tak nak membazir..sebab nak guna pun dalam kuantiti yang sikit dan jarang-jarang guna..saya tanam je pokok-pokok ni.
Pokok seperti cabai, serai, kunyit, daun kesum, halia, kangkung dan daun sup dah berjaya ditanam. Mudah. Hendak masak petik saja dihalaman.


Pokok yang ada dalam list untuk ditanam adalah bendi, limau purut, lengkuas dan jagung. Belum ada benih dan bekas untuk mulakan proses tanam-menanam ni.


InsyaAllah nanti saya akan kongsikan cara nak tanam pokok-pokok diatas. Tak susah, senang je ;)

Monday 2 February 2015

La Stella Water Theme Park, Kempas

Semenjak pindah ke Pasir Gudang ni sering tercari-cari tempat untuk mandi dan santai-santai yang best bersama keluarga.
Memang tak jumpa lagi la yang dekat-dekat. Kalau nak juga kitarang akan ke Desaru. Kadang-kadang akan mengubah haluan ke Batu Layar.

Rupanya ada yang dekat. Tapi takdelah dekat sangat. Drive ambil masa 30 minit kalau tak jem ke La Stella Water Theme Park, Kempas. Taman tema ini dalam club golf. Senang je cari tempat ni. Masuk kawasan club, kitarang parking kereta dan terus ke kanter tiket.

Tak perlu beratur panjang-panjang pun sebab tak ramai orang. RM 38 untuk dua owang dewasa dan seorang kanak-kanak. Makanan tidak dibenarkan bawa masuk. Dekat dalam tu ada tempat makan.Untuk masuk ke water park kena jalan sikit. Tak jauh..dalam 5 minit macam tu je.

Ada satu kolam mandi besar untuk dewasa. Kedalaman tempat berbeza. Satu kolam untuk kanak-kanak. Sesuai untuk santai sekeluarga. Kerusi rehat disediakan, tetapi tak banyak.

Tandas dan bilik mandi disediakan.Keadaan bersih dan cantik. Selesa :)
Harraz mengadap kolam besar