Advertisment

Wednesday 26 February 2014

Bowling di Ocean Bowl Manjung

Assalamualaikum

Sabtu lepas office saya ada buat tournament bowling dekat Ocean Bowl Manjung sebelah AEON.

Sebelum ni dengar je kata tempat tu dalam dia gelap..ada macam pub la..so mesti yang dengar pun rasa tak sesuai untuk family.

Bila sendiri da pergi..rasa macam biasa je. Macam pusat bowling yang lain.

Begambar sebelum start game


Pe yang best??...

1) Ada playground untuk kanak-kanak. Walaupun tak besar boleh bagi kanak-kanak main kejap sementara mak ayah main bowling -___-

2) Ada podium...boleh ambil gambo posing2 skit kat situ walaupun  tak menang. Macam cantik je podium die. Ala-ala podium untuk orang lumba moto tu.

3) Line bowling semua ok..baru2 semau :P

Harraz pun excited je

Harraz separuh mama da :P

Semua bergambar kenangan


Pe yang tak best??...

1) Agak panas. Mungkin sebab pagi lagi...tempat tu pun baru je buka. Bangunan agar besar juga dan ambil masa untuk sejuk :)

Conclusion, saya suggest readers pegi situ. Harga berpatutan..RM 15 untuk dua game tak termasuk sock.


                      
Kami bertiga +_+

Tuesday 25 February 2014

Jalan-jalan Taman Rekreasi D.R.Seenivasagam

Haritu...harituuu yang tah taktau bila sebab dah lama pegi..

Kitarang pergi jalan-jalan Ipoh tanpa tujuaan...tujuan untuk jejalan jela ye~

Sejam juga perjalanan dari Manjung ke Ipoh...mula-mula kami tuju adalah cari makan. Jalan-jalan...cari makan...hahaha

So tempat yang dituju adalah Nasi Ganja Ipoh yang femes. Femes pasai pa aku pun tak tau. Aku makan nasi ganja (macam nasi basmati je)...dan ikan. Husband makan dengan kari kambing (baca sambil goyang-goyang kepala ala mamak).

Rasa dia biasa-biasa je. Kata husband orang cakap yang sedap kat situ adalah ayam goreng..tah la, takkan nak makan lagi sekali kan.

Pas makan baru g jejalan. Berpandukan GPS kitarang cari Taman Jepun. OOoo...rupa-rupanya taman jepun ni dalam kawasan Taman Rekreasi D.R.Seenivasagam.

Adela ciri-ciri jepun skiT...kecik, tak besar pun tamannya. Dan macam biasa...tak berapa nak terjaga sangat. Tapi still ok lagi..xde dikotori dengan sampah.

Ada jambatan merentangi tasik.


Pastu ada pokok-pokok kecik ala-ala Jepun.






Lepas tu kami ke bahagian taman mainan kanak-kanak. Mak kanak-kanak yang main lebih hokeyy~

Dekat situ ada family berkelah...ada jualan kecilan. Nak makan air batu campur (ABC), ais krim pun ada.



Gambar kami tiga beranak ~


Anak da penat bejalan +_+





Monday 17 February 2014

Kiraan Dividen KWSP

Assalamualaikum...

Semalam telah diumumkan dividen KWSP untuk tahun 2013 adalah sebanyak 6.35%. Katanya adalah yang tertinggi dalam sejarah.

Berbanding dengan tahun 2012, hanya sebanyak 6.15%.

Kiraan untuk KWSP ni sama saja dengan kiraan ASB. Diambil baki terendah setiap bulan. Contoh seperti di bawah.


Ditambah dari Baki Pembukaan sehingga Caruman pada Nov-13. Sebab apa dikira dari Baki Pembukaan??...adalah kerana Baki Pembukaan menjadi nilai terendah dalam akaun KWSP bagi bulan Januari.

Oleh itu juga, baki terendah bulan December diambil dari nilai Caruman pada November.

Kira-kira adalah seperti





Sunday 16 February 2014

Books for Baby Under 1 Year

Assalamualaikum..

Dah lama tak pergi POPULAR sejak dah beranak ni. Bukan dah lama tak pergi..rasanya tak pernah pergi lagi la kot kan.

So semalam pergi sebab dah lama niat (niat kalo tak buat pun dah dapat pahala :) nak beli buku comel-comel untuk Harraz.

Saya ada juga google cari bahan bacaan yang sesuai seperti softbook, selamat untuk baby. Takpun buku yang simple-simple je...yang sesuai digunakan, senang nak bawa kemana-mana. Contoh ketika jalan jem. Supaya xdela bosan sangat anak dalam kereta..boleh ambil buku dan tunjuk-tunjuk..ini kereta..ini ayam..ini mama :]

Dan bila nak beli mestila kita tengok rege (harga) kan.. nak jadi pengguna yang bijak...bukan nak kedekut apabenda, just kalo ada pilihan yang lagi murah apa salahnya kita beli yang murah je..ye tak..

Bila saya compare..harga yang ditawarkan secara online..plus dengan duit pos..erm, macam mahal. So terpergilah saya ke fofular seperti yang diberitahu di atas tadi.

Belek punya belek...fofular ada tawarkan discount sampai 20% untuk ahli (untuk sesetengah buku je)...apalagi...juling-juling la mata mama Harraz ni. Terus itu nak..ini nak...tapi..anaknya belum besar lagi...huruf pun belum kenal lagi...apatah lagi mau baca kan...mama yang over lebih nak beli buku untuk anak.

Jalan sana ..pusing sini..belek sana..maklumlah buku untuk budak-budak semua cute-cute belake-lake. Akhirnya sepakat dengan papanya..kami beli la tiga buah buku. Kecik-kecik je...senang nak dibawa kemana-mana. Hard bukan softbook. Tapi ok la...tahan lama cikit.

Rege pon murah (dah agak dah kat fofular ada buku yang murah..hehe)..sebuku..(kenapa buku kita tak guna penjodoh bilangan sebuku ye :P ). .sebuah harganya RM5. Dah beli tiga sepatutnya RM 15. Tapi bila bayar RM 13.5 je sebab buku de discount 10%. Murah..murah..murah...cek >_<



Tajuk bukan main BI kan..muhaha..ikut suke I la nak letak hape ka. @_@

Friday 14 February 2014

Rasa nak buat pahala

Assalamualaikum..

Tadi ada baca satu blog...bagus perkongsiannya. Terus rasa nak panjangkan pada yang lain juga. Takde rasa nak tiru dia ke apa ye...blog dia memang bagus, sapalah saya untuk menjadi seperti dia..sob2..(tiba2). Bolehla sapa-sapa nak baca blog dia dekat link ini.

Bagi saya isunya di sini adalah tentang kasih-sayang..buakan duit dan sebagainya. Bila tengok blog mereka, banyak juga sumbangan yang mereka perolehi dari pelbagai pihak (Alhamdulillah)..tapi adakah itu cukup untuk mereka kasih dan sayang?..mungkin tidak..

Sedih tengok dierang, mak bapa yang salah tapi mereka yang menanggung sengsara kan..kasih sayang yang mereka dapat dari penjaga mana nak sama dengan kasih seorang ibu. Yes...hanya seorang ibu yang paham kasihnya pada seorang anak. Dan anak yang merasa kasih sayang itu kadangkala terlupa kerana terlalu banyak kasih dan sayang yang diterima tanpa perlu dibayar..mereka persiakan begitu sahaja. Bila ibu sudah tua..ibu ditinggalkan seorang dirumah. Anak-anak bahagia dengan suami @isteri dan anak-anak sendiri. (telalu panjang pula huraian)

Berbalik pada kes anak-anak HIV tadi...kesian melihat mereka membesar tanpa kasih-sayang. Jadi bersyukurlah kita kerana ada ibu dan bapa yang sentiasa ada di sisi..mengasihi dan menjaga kita dengan baik.

Huraian yang panjang tapi takde kena mengena dengan tajuk *&**%%#^#BF%$#

Antara yang boleh kita sumbangkan :-

1) Mestila kasih-sayang. Kalau la boleh kan..nak pergi je sana..dok bersama dengan mereka, join aktiviti bersama. Nak bagi mereka rasa macam ada mak. Itu yang terbaik aku rasa untuk mereka.

2) MONEY atau barangan (bukan berangan ye). Yes money kan make them happy. Bila ada duit boleh beli ubat, makan pakai dan macam-macam lagi. Nak pergi jejalan ke kan.

3) Last rasanya semua orang boleh buat. Kirimkan DOA buat mereka. Semoga hidup mereka senang didunia, janganlah ada yang menyusahkan mereka lagi. InsyaAllah semoga jalan menuju ke sana (syurga) adalah milik mereka.

Monday 10 February 2014

Link Emergency Couple

Sebelum ni saya ada post pasal Kang Gary dan Song Ji Hyo berlakon besama. Bukan dalam Running Man ye, tapi 'Emergency Couple'. 

Sedikit pasal 'Emergency Couple' dekat entry ini.

Saya kebetulan tersearch dan terjumpa link ini

Selamat menonton readers. TQ 

Gambar baby Harraz yang diceritakan :)

Entry ini hanya gambar besertakan sedikit caption yang menceritakan segalanya (ini semua poyo!!!)

Baby Harraz umur sehari pun tak sampai. Segar dari perutku :P

Umur separuh hari

Asyik nangis je kita masukkan dia dalam buai. Bum2 da pipi dia.

Ni umur dia dalam 43 hari. Wan dan papa dia yang cukur rambut.

Menerap pun tido je dia kena cukur

Baru lepas uuu...uhhhh o)

Bayi kerap muntah

Assalamualaikum....

Sesetengah bayi kerap mengalami muntah ataupun jeluak ataupun muak. Rasanya maksudnya sama sahaja. Taktaula apa lagi istilah yang orang lain panggil. Untuk entry ni saya guna istilah muak jela ye. Pendek sikit nak eja *_*

Begitu juga bayi saya. Dia kerap muak selepas menyusu. Kadangkala lama selepas menyusu pun dia muak juga. Mula-mula dulu ada juga perasaan risau dan terus berhubung dengan doktor. Apabila dijelaskan kata doktor itu adalah perkara biasa bagi sesetengah bayi.

Bila diingatkan semula, anak buah saya dulu pun muak juga. Situasinya hampir sama seperti anak saya. Kadang-kadang muak sedikit sahaja, kadang-kadang banyak. Tabiat bayi saya yang kerap muak tidak pula mengganggu berat badannya. Ketika lahir 3.26kg, 20 hari 4kg dan 5kg ketika umurnya sebulan. Hal ini menyebabkan saya tidak berapa risau lagi.

Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa bayi muak sebab terlebih makan atau menyusu. Perut bayi kan kecil sahaja. Sebab itu dia muak.

Ada juga yang mengatakan bayi muak sebab terpicit tetek(maaf kurang sopan..hehehe) dia. Kadang-kadang kan kita tak perasan bahawa kita terpegang kuat pada bayi dan tertekan pada bahagian tersebut. Itu pun boleh menyebabkan bayi muak.

Mengikut pendapat profesional, muak ni disebabkan ketidakmatangan otot diantara perut dan salur makanan. Otot yang tidak matang, tidak menutup rapat saluran perut menyebabkan susu ditolak masuk semula ke dalam esofagus (saluran pemakanan tadi). Lagi detail boleh rujuk page ini.

Tapi setelah bayi saya besar sediki, dalam linkungan 5 bulan (hee..bunyi macam besar 5 tahun ye)..keadaan bayi saya sudah tidak muak. Alhamdulillah. Rasa saya, saya tidak ada mengambil langkah apa-apa. Muak itu terhenti dengan sendiri. Ada pun cuma sehari sekali atau dua kali sahaja bayi muak. Kalau sebelum ni memang kena spare tuala sentiasa untuk lap muak dia, sekarang tak lagi (haha..macam iklan pula kan).

Apa-apa pun kalau keadaan bayi kita tak seperti bayi lain, ataupun nampak tak sihat..muak dengan banyak, teruslah berhubung dengan doktor ye. Byee~

Update pasal Implanol

Assalamualaikum...

Sebelum ni saya ada post pasal perancang keluarga Implanol. Saya ada terbaca hukumnya di blog ni.

Katanya berdasarkan perspektif Islam hukumnya adalah harus sebab bersifat sementara.

Lagi detail boleh terus ke laman web ni k http://drzubaidi.com/blog/?p=5356.

Baby 6 bulan

Assalamualaikum...

Seperti biasa adalah menghupdate pekembangan baby mengikut bulan...setahun ada 12 bulan, so 12 kali la hupdate kan..InsyaAllah selagi ada masa dan kelapangan.

Bulan ni da masuk enam bulan usia baby Harraz. Da separuh tahun da umur die ye :)

Cek up macam biasa..enam bulan still de kena inject. Tapi alhamdulilllah tak demam. Sayang saya itu memang kuat!!...seperti biskuit Tiger ..aumm...

Tinggi 67 cm
Berat 8.5 kg

Mama dia juga yang semakin mengurus (apakah tetiba ni ye)

Saya dah start bagi Harraz makan biskut roti Farley. Tapi campur dengan air jadi seperti nestum tu. Second bagi makan juga nasi beras merah. Pun ok juga untuk dia. Takde lagi alahan..dan minta-minta takdela alahan bagai kan..kesian si kecik tu nanti. Nasi beras merah ni saya beli je yang dah kisar, jenama Cerelac.


Di rumah pengasuh, pengasuh bagi pagi selepas bangun dalam pukul 10 pagi atau 11 pagi dia akan makan biskut dulu. Nasi beras merah bagi petang dalam pukul 2. Baby Harraz masih lagi minum susu (tak campur lagi, bagi susu badan yang diperah).

Kuantiti masih sama sehari saya bekalkan 16 oz susu buat Harraz.

Perkembangan pergerakan yang semakin laju kalo nak pusing. Ada kemajuan kedepan tapi tak merangkak lagi. Kalo sampai time die nangis tapi kita solat ke kan...so tak ambil dia...kaut je die tahan kaki dan tangan die jadi macam budak nak merangkak..terangkat bontot die..haha~


kANG gArY sONG jI hYO

aSSAlamualaikuM..

Kamek harini nak citer kOrea sebab kamek sukak Korea...

Muheheh...bukan cerita apa sangat...dah lama tak tengok siri rialiti Running Man...Aku sebenarnya suka sangat dengan Gang Rary...sebab dia hensem sangat. Ada sepesen rambut kalau dia buat memang hensem sangat...dengan mata sepetnya tu kan..tapi cari punya cari tak jumpa pun..hahah.

Apetah lagi kalau dia mengayat Song Ji Hyo..alalala...sweet sangat ayat-ayat die. Spontan gitu.

Dengarnya dia akan jadi cameo dalam serial lakonan Song Ji Hyo bertajuk 'Emergency Couple'..like ..like..like..haha..mesti best kan. Apa yang aku dengar kehadiran Gary di set je dah buat crew-crew happening dengan gelagatnya.kalo tak silap juga dia akan muncul dalam episod 6. So sama-samala kita tunggu ye..Errmm..Nak tengok dekat mana??....pandai-pandaila kita bersama nenggooglenye nanti ye..aku pun tak tau...ada sapa-sapa yang tau boleh kasi habaq sikit na >_<

Apa-apa pun aku wish (walaupun aku tau Gary takkan baca blog aku ni) Gary success walaupun dalam bidang lakonan ataupun nyanyiannya.

Friday 7 February 2014

~buat template blog baru~

Assalamualaikum...

Atas sebab kebosanan dan azam tahun baru (tahun baru la sangat kan...dah masuk bulan February) melihat wajah blog yang tak penah berubah...harini saya telah gatal tangan dengan mengubah rupa paras blog ni @_@

Bawah ni adalah rupa lama blog. Rasanya rupa lama ni lagi cantik kot berbanding rupa baru...tapi dah hati kata bek ubah, jemu da..kahkahkah...jangan jemu benda lain sudahhh...

Ni rupa lama blog
Sebab pe pilih rupa yang sekarang, adalah kerana nak background yang bewarna...warna putih macam sebelum ni nampak tak naik..haha..boleh tak gitu pulak.

Senang je nak ubah template ni, tak susah..just g dekat template bawah ni dan pilih mana yang bekenan...kalo bagi sapa yang rajin, google dan cari template design yang banyak belambak kat luar sana...free2 je pun sume.




Thursday 6 February 2014

Wishlist AVENT combined steamer and blender

Assalamualaikum..

Tadi jejalan dengan member dekat Anakku...mai aiii...sale sampai 70%...

Uwaaa....bukan anak yang nangis..tapi mama yang nangis tengok harga baju murah-murah der...

Nasib baik masa mencemburui mama...hahahaha....so tak beli pon sepasang dua buat Harraz...

Kahkahkah....kejam kan...

Actually masuk Anakku tadi nak usya AVENT combined steamer and blender.. tapi tarak..ada botol susu je ...cehhh!!!
Bukan apa, Harraz da masuk 6 bulan rasa kesian pula dia just makan nestum and roti Farley je...apa punya mama la kan...sob3

Harga AVENT ni boleh tahan la juga...dalam RM4++. Haaa...amek ko..berbaloi tak beli ni ye..tu yang nak try survey2 tadi...mana tau de discount ke sempena Chines New Year ni...hahaha~

Ni la rupa AVENT idalam hati tu....

Ihsan En. Google

Jawatan Kosong UTM 5 FEB 2014

Assalamualaikum..

Saya baru dapat maklumat dari kawan tadi...so saya nak share dekat sini.

Iklan tawaran kerja dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) samaada kampus cawangan Skudai atau Kuala Lumpur.

Jawatan tetap dan kontark.

Maklumat jawatan adalah seperti di bawah.

Jawatan Lokasi Taraf Jawatan
PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (JA29)  JOHOR BAHRU TETAP
PENOLONG PEGAWAI SENIBINA (J29)  JOHOR BAHRU TETAP
ARKITEK LANSKAP (JA41)  JOHOR BAHRU TETAP
PEMBANTU TADBIR (P/O) (NA17)  JOHOR BAHRU / KUALA LUMPUR TETAP/KONTRAK
PENOLONG PEGAWAI TADBIR (NA27)  JOHOR BAHRU TETAP
SETIAUSAHA PEJABAT (NA27)  JOHOR BAHRU / KUALA LUMPUR TETAP/KONTRAK
PEMBANTU PERPUSTAKAAN (SA17)  JOHOR BAHRU TETAP/KONTRAK
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (WA17)  JOHOR BAHRU KONTRAK
PENOLONG JURUAUDIT (WA27)  JOHOR BAHRU TETAP


Untuk lebih maklumat boleh klik di sini. TQ