Advertisment

Monday 22 April 2013

Rahsia Tidur Dalam Gelap

Allah menjadikan malam dengan keadaannya gelap gelita bukan kerana saja-saja. Tetapi keadaan gelap gelita itu turut mengandungi rahsia yang tersurat mahu pun tersirat.

"Dan Dialah yang menjadikan malam untukmu (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat dan Dia menjadikan siang untuk bangkit berusaha." Surah Al-Furqan:47

Dalam sebuah hadis baginda s.a.w ada menyatakan keperluan tidur dalam keadaan gelap.

"Tutuplah pintu, ikatlah penutup tempat minum, tumpahkanllah atau tutuplah bekas-bekas, padamlah lampu kerana syaitan itu tidak akan membuka yang tertutup, tidak pula yang terikat, dan tidak akan membuka bejana. Dan tikus terkadang boleh membakar rumah manusia." (HR Tirmizi)

Jika dilihat dari sudut saintifikyang pernah dijalankan, amalan manutup lampu di waktu malam ketika tidur meningkatkan penghasilan bahan kimia dalam badan dikenali sebagai melatonin yang berfungsi mengawal aktiviti tidur.

Tahap penghasilan melatonin dipengaruhi oleh cahaya persekitaran. Terdapat kajian yang membuktikan peghasilan melatonin berperanan sebagai agen pencegah kanser, berikutan kurangnya kerosakan DNA dalam tubuh badan manusia.

Selain itu melatonin dapat memperbaiki aktiviti tidur pesakit seperti Alzhemeir, Parkinson, gangguan Bipolar dan kencing manis.



Prof. Russle Reiter dari Universiti Texas berkata,

"Sekali anda tidur, dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian, dan penghasilan melatonin mula merosot."

Adapun bukti-bukti saintifik tersebut bertepatan dengan tuntutan hadis baginda s.a.w supaya menutup lampu sebelum tidur malam. Inilah yang dikatakan, setiap apa yang dibawakan oleh baginda s.a.w mempunyai hikmahnya tersendiri.

No comments:

Post a Comment