Advertisment

Tuesday 7 January 2014

Pengalaman Bersalin Part 2

Bismillahirohmanirrohim...

Dah lama berhutang rupanya..bila baca balik entry pasal bersalin rupa-rupanya belum habis lagi diceritakan ataupun ditulis untuk disimpan sebagai kenangan diri sendiri..hu~

Sebelum ni stop sampai part sakit pada pukul 2.30 pagi dan terus ke hospital. Pada masa ni silap pergi ke kaunter kecemasan Hosp. Teluk Intan. Nak berjalan ke ward bersalin jauh juga kata part guard dan dierang suruh naik wheelchair je. Tapi tahla rasa masih boleh lagi berjalan, dan segan nak naik wheelchair tu..hahaha.

Bila masuk check bukaan dah 6cm. Nurse just suruh ambil air kencing untuk test dan sebab sakit menahan contraction yang teramat...sampai merah-merah muka, nurse pun suruh masuk labor room (LR) terus. Sebelum masuk LR sempat lagi jalan keluar jumpa mak adik abang tanya IC mana, kata mak dalam beg dekat rumah...kelako ko nak bersalin IC boleh tak bawak...kahkahkah..(boleh tak saya tak ingat pula dah minta maap belum kat sume-sume masa ni...adoaiii)

Request dekat nurse boleh tak husband teman masa nak bersalin nanti...so dapatla LR berbilik. Masa ni dah tukar baju pakai baju SAHAJA dan dalam LR yang sangat-sangat sejuk (bagi saya yang berkulit dan berisi nipis ni ye) memang terketar-ketar habis, langsung tak boleh control...gigil-gigil kaki ni secara automatik.

Terus dipasang CTG machine. Masa ni saya mengiring sebab sakit contraction. Agak cepat juga bukaan dari 2cm pada pukul 9 malam, kemudian 6cm pada 2.30 pagi. Kalau balik je ke rumah selepas check di Hosp. Slim rasanya memang bersalin di rumah jela malam tu..tak pun bersalin atas ambulan sementara nak sampai ke Hosp. Teluk Intan / Hosp. Ipoh.

Dalam dok menahan kesakitan sorang-sorang, bila nurse masuk saya minta ubat tahan sakit, kata nurse tak boleh bagi lagi sebab kena tunggu bacaan CTG cantik dulu. HUuu..memang la tak cantik sebab asyik bergerak-gerak je alat tu bila contraction datang...hahaha,

Pastu ditinggalkan kesorangan (yela..sapa nak teman kan ko dalam LR..nurse/doktor dalam tu bukan sepupu sedara ko pun ka )...heee...tanggung la sakit sesorang..just masa tu tawakal pada ALLAH sahaja...bantal tidur pon terasa tinggi dikepala...ambil bantal tu letak atas muka, tapi bantal tu tak empuk macam bantal kat rumah..(so lepas ni bawa bantal kabu sendiriii..kalo boleh la kan)..foiin!!!

Datang sorang doktor India (perempuan..ye perempuan...takde doktor laki yang check aku punya yang dekat bawah tu...Alhamdulillah terjaga lagi aurat aku dari pandangan laki-laki, dan takde juga staf-staf laki malam tu, ni aku tanya nurse tu sebab nak muka tudung) untuk pecahkan air ketuban. Doktor cakap kenapa air ketuban awak sikit...manala saya tau..haa..pula..(sebenarnya air ketuban dan menitik sikit-sikit di rumah atih, mak nampak air dari tangga tingkat tiga rumah ateh sampai ke bawah kata mak)

Hampir-hampir pukul 4 pg (ada jam di dinding depan mata ye..so boleh tengok) dan rasa macam nak terberak. Sebab takde nurse dalam bilik tu, so panggil nurse cakap nak terberak. Nurse pun nyahut dari luar bilik katanya telentang, nanti saya check. Kompem aku tak telentang sebab sakit dan dierang tak masuk check pun. Pastu panggil lagi...baru masuk dan gagahkan diri juga untuk baring telentang (betul ke istilah ni)..pastu nurse serluk lagi dan terus siap-siapkan barang. Aku pikir dia siapkan barang-barang sebab nak suruh aku berak di situ je.

Pada masa ni nurse dah arahkan nurse ke2 (sori taktau nama) panggil husband masuk. Aku just dengar je. Tapi takde pula nurse tu bagitau yang aku dah nak bersalin ke apa. Aku macam dapat agak yang masa untuk aku teran-teran dah sampai...huwaaa~

Masa husband masuk dengar dia cakat Allahuakbar...tah apa dia nampak dekat bahagian bawah tu pon aku tak tau. Aku dalam keadaan kangkang (maaf bahasa kurang sopan) masa tu dengan nurse-nurse (dua orang nurse je pon) kat depan. Sorang nurse jaga bahagian bawah sambut baby, sorang lagi duk tekan perut mungkin nak suh baby turun bawah dan husband dekat sebelah. Masing-masing bagi kata semangat dan aku pun teran. Alhamdulillah cara meneran dah betul cuma nafas pendek. Ye la, bila contraction datang memang terus teran..tapi masa tak sakit (contraction hilang) mana da nafsu nak teran dah..sekali dua kali tak kuar. Kali ketiga/keempat tak silap...teran je juga walaupun rasa contraction hilang...tup-tup rasa ada satu benda meluncur kuar dari bawah..fuhh..lega yang amat baby dah berjaya dilahirkan secara normal. Saya memang tak tengok masa baby ditarik kuar, tah kenapa rasa tak sanggup nak tengok. Cuma tengok bila nurse tanya baby boy or girl. Baby BOY ok..my Hero. Baby berjaya lahir pada jam 4.15 pagi.

Husband bisik terima kasih kat telinga (denga suara husband macam serak-serak..nangis kot)...haha. dan husband tanya nurse mana arah kiblat dan azankan ditelinga baby. Lepas tu baby dibawa kuar untuk dimandikan dan ditest kot keadaan kasihatan baby semua. Husband dah disuruh kuar dan nurse pun start jahit menjahit dibahagian bawah tUtttt. Siap jahit just tunggu..lebih kurang 30 minit (lama juga) so rehat-rehat masa ni..tak pula tidur..nurse bawa masuk baby dan suh susukan. Masa ni rasa..eh2...dah jadi mak, eh ...anak aku ni pandai ke isap nenen...sapa ajo..huuu (semuanya kuasa ALLAH)...ALLAH yang Maha Besar. For the first time bagi susu pada anak indahnya saat tu hanya yang pernah jadi ibu je tahu. Susu pertama untuk baby (colostrum) sangat bagus ye.

Lama juga tunggu nurse siapkan baby dalam pukul 6.30 pagi baru ditolak ke ward biasa bersama baby diletakkan di celah kangkang. Baru dapat jumpa husband masa tu, dan tau dia pun tak tidur tunggu anak isteri dia. Sama-sama die tolak kami ke ward. Moment yang takkan saya lupa sampai bila-bila..InsyaAllah.


Baby Harraz 5 bulan




5 comments:

  1. saya ada menjual pakaian menyusu, peralatan & kelengkapan menyusu.
    fanpage fb : Azeramya
    blog : azeramya.blogspot.com.
    sudi-sudi lah singgah ye.. mana tahu kalau berminat nak beli. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..t saya jengah he :) thanks singgah blog saya.

      Delete
  2. salam sis boleh ye suami masuk LR di hosp. Teluk intan? ade kena isi ape2 form x? tq

    ReplyDelete