Advertisment

Friday 18 April 2014

Baby Harraz 8 bulan

Actually 8 bulan ++ dah. Dah tua anak mama tu ye...janggut je tak tumbuh lagi '__'

Dulu punctual je 4 bulan hupdate..5 bulan 1 hari hupdate lagi pasal baby Harraz..sekarang...dah lebih saploh hari baru nak hupdate...minta maap ye Harraz. Mama sibuk...ececece >!< (korek taik idung skit)

Baby Harraz da

- Pandai crawl laju-laju ikut mama kemana pergi. crawl macam askar tu. Tak merangkak lagi pun. Tapi gaya dah ada..tangan dah kuat, dah angkat-angkat bontot. Tapi xmula lagi nak gerak kedepan.

- Mulut dah mula bisinggg. Mamamama..papapa..aaaabah..makkkk...macam-macam lagi bunyi. Comel-comel je bunyi...hu.

- Gigi 2 bawah..atas 3. bertambah sebatang dari sebulan lepas >__<

Balik ke tak

Entry ni ditulis sebab husband kata dia tak balik ujung minggu ni... sob3 :'(

Ujung minggu lepas tak balik sebab ada keja nak selesaikan hari Sabtu.

Ujung minggu ni tadi message tak dapat balik juga sebab busy sangat, barang nak keluar hari Isnin. Tapi tiket bus segala dah beli. Kesian kat en. husband sorang tu. Tak dapat lagi la nengok anak dia yang kemain bising mulut sekarang.

Mama??...takpela..mama redho je..tak lama lagi pun. T tengok la papa kamu tu hari-hari. Lagi dua minggu je nak pindah dok sekali. InsyaAllah. (redho2 pun kat atas td da sob3..huu)


Friday 11 April 2014

Mood nak behenti keja

Assalamualaikum

Masa berlalu cepat sangat. Rasanya baru je lagi hantar surat berhenti kerja. Tup tup lagi dua minggu je lagi dah habis tempoh edah ea :(

Segalanya just berserah pada tuhan. Dua tiga hari ni baru nak terpikir...betul ke aku ni nak jadi full time housewife...

Tak keja..jaga anak jela..lepas tu ..macam mana keadaan duk tempat baru nanti..

Tak keja, duit xmasuk...sebelum ni selalu pegang duit sendiri...dugaan..nak behenti gaji pun naikkk..hahaha..hanya mampu cakap rezeki aku dekat tempat kerja ini adalah untuk setakat ni je :)

Sebelum ni hujung minggu je dengan husband..sekarang 7 hari seminggu, sebulan...ermmm, ok ke..minta-minta aku dapat menjadi seorang wife yang terbaik..mama yang terbest untuk anak-anak (cess...anak baru sorang)

Dekat-dekat nak benti keja ni plak office @ department kitarang mungkin akan dibubarkan. So aku xdela rasa apa sangat..just member2 la nanti mungkin kena joint department lain..

Kerja???...yes aku dapat lari dari keserabutan kerja...bos-bos and member cakap "best la kamu lepas ni.."...

Best ke??..memeng best, tak perlu pikir pasal kerja..tapi kerja itu buat kita berfikir..bercampur dengan orang-orang hebat...ingat senang ke nak senang (ayat palapes dulu2..kofkofkof)

"InsyaAllah..aku berserah segalanya pada-Mu..just aku pohon diberikan kekuatan untuk menjadi yang terbaik buat semua...aku hanya hamba yang lemah..merancang atas hidup yang sekejap ini. Perancangan-Mu adalah yang terbaik..amin."

Tuesday 8 April 2014

To The Beautiful You/For You In Full Blossom

Sekarang 8tv sedang menayangkan cerita korea bertajuk For You In Full Blossom (FYIFB) start pukul 8.30 malam.

For You In Full Blossom juga diberi tajuk To The Beautiful You. Tak tau la kenapa ada dua nama. Asal cerita daripada manga Jepun bertajuk Hana Kimi.

FYIFB mengisahkan tentang Koo Jae Hee (lakonan Sulli) menyamar sebagai lelaki dan masuk belajar di sekolah lelaki Genie Physical Education High School kerana meminati Kang Tae-Joon (lakonan Minho) setelah menonton satu rancangan TV, World Junior Competition di Amerika .

Kang Tae-Joon seorang atlit lompat tinggi yang terkenal. Tetapi setelah dia mengalami kecederaan terus dia tidak lagi meneruskan careernya.

Oleh sebab itu Koo Jae-Hee telah pulang dari Amerika dan mengubah dirinya sebagai lelaki semata-mata untuk tolong idolnya itu.

Pada hari pertama persekolahan, Jae-Hee melangkah naik tangga dengan membawa beg pakaian yang besar. Malangnya beg tersebut terbuka dan pakaiannya habis bertaburan. Ada seorang pelajar lelaki yang tolong Jae-Hee untuk kutip baju tersebut...dan pelajar tersebut adalah Tae-Joon.

Dalam pada keseronokan dan keterujaan Jae-Hee jumpa Tae-Joon...lelaki tersebut telah mengutip seluar dalam Jae-Hee...dan dia cakap taste Jae-Hee boleh tahan. Yela..mana ada lelaki pakai seluar dalam perempuan..hehehe.

Pada kelas pertamanya pula, seorang classmate, Jong-Min (lakonan Hwang Kwang-Hee) telah suruh Jae-Hee ambil sebiji bola kepunyaan anjing di taman jika dia berhasrat untuk duduk dalam kelas tersebut. Walaupun anjing tersebut terkenal dengan sifat garang, tetapi Jae-Hee berjaya masuk ke dalam rumah anjing dan ambil bola yang dimaksudkan.

Semasa Jae-Hee di dalam rumah anjing, Tae-Joon datang dan mula bercakap-cakap meluahkan perasaan kepada anjing. Tae-Joon mula bercakap bahawa dia takkan buat lompat tinggi untuk commercial shooting kerana setelah dia tercedera sebelum ini, Tae-Joon belum pernah buat lompatan lagi.

Jae-Hee yang telah terdengar percakapan tersebut keluar dari rumah anjing dan bertanya kepada Tae-Joon adakah dia ok atau tidak. Tae-Joon yang tak sangka ada orang lain mendengar perbualannya tadi menjadi marah dan meninggalkan Jae-Hee sendirian.

Wednesday 2 April 2014

berperasaan

dah lama tak manulis @ menaip dekat sini..actually xda apa nak share dengan semua. just nak tulis tentang perasaan sendiri.

lagi sebulan nak berenti keja. last proposal pun dah siap semalam. hope everything goes well.

tadi nak perah susu asalnya. tapi boss dah panggil masuk mengadap tanya pasal kerja. ni dok tunggu kat pc, kot-kot bos nak tanya apa lagi. jap lagi la perah susu..hohoho :)

pastu sambil-sambil baca blog..ngeh3..kantoiii...baca blog Aishah Amin pasal pemergian frenz@ blogger juga..Ami..sedih baca...dalam pada tu dok pk juga pasal diri sendiri. macam mana si aishah ni sedih sebab member rapat dia xde..n betapa dia sayangkan member dia..dia ada lukis something untuk si ami..tapi tak sempat nak bagi...macam tu juga lah aku...aku buat keputusan untuk behenti kerja and jaga anak dan suami dengan harapan aku masih ada masa untuk curahkan kasih dan sayang buat mereka. taknak menyesal nanti suatu masa bila dah takde sesorang tu..baru nak menyesal. menyesal kemudian tak berguna lagi ye tak...

sedih untuk tinggal keje, kawan2 juga takyah le cita. memang sedih. dikenangkan pasal career pun sedih sikit...sob3...uhuuk