Advertisment

Thursday 2 May 2013

Solat Seorang Lelaki

Abu Hurairah r.a berkata : " Seorang lelaki buta (Abdullah bin Maktum) telah datang kepada Nabi lalu berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak mempunyai orang yang akan memimpinku ke masjid" Lelaki itu meminta supaya Rasulullah memberi keringanan kepadanya supaya boleh melakukan solat di rumah. Maka Baginda memberikan keringanan.

Ketika lelaki buta tersebut mahu bergerak pulang, Nabi memanggil dan berkata: "Apakah kamu mendengar azan?" Lelaki itu menjawab, "Ya." Balas Baginda SAW, "Maka wajib kamu pergi solat jemaah di masjid." (Riwayat Muslim)

Ada keringanan selagi mana terdaya dan ada kudrat, seseorang wajib berusaha menunaikan tuntutan solat berjemaah di Masjid.


Seseorang akan terus berada dalam kemarahan Allah SWT  jika terus mensia-siakan perintah solat di masjid/dimana azan dilaungkan dengan sengaja tampa sebarang keuzuran.

Perintah solat di masjid mempunyai sejuta satu keberkatan yang hanya Allah SWT Maha Mengetahui. Beruntuglah bagi sesiapa yang mahu mengikutinya, dan yakin dengan pesan Nabi dan rugilah bagi sesiapa yang mensia-siakannya, mereka akan dapati hidup mereka sempit walaupun harta bergunung.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment