Advertisment

Friday 14 February 2014

Rasa nak buat pahala

Assalamualaikum..

Tadi ada baca satu blog...bagus perkongsiannya. Terus rasa nak panjangkan pada yang lain juga. Takde rasa nak tiru dia ke apa ye...blog dia memang bagus, sapalah saya untuk menjadi seperti dia..sob2..(tiba2). Bolehla sapa-sapa nak baca blog dia dekat link ini.

Bagi saya isunya di sini adalah tentang kasih-sayang..buakan duit dan sebagainya. Bila tengok blog mereka, banyak juga sumbangan yang mereka perolehi dari pelbagai pihak (Alhamdulillah)..tapi adakah itu cukup untuk mereka kasih dan sayang?..mungkin tidak..

Sedih tengok dierang, mak bapa yang salah tapi mereka yang menanggung sengsara kan..kasih sayang yang mereka dapat dari penjaga mana nak sama dengan kasih seorang ibu. Yes...hanya seorang ibu yang paham kasihnya pada seorang anak. Dan anak yang merasa kasih sayang itu kadangkala terlupa kerana terlalu banyak kasih dan sayang yang diterima tanpa perlu dibayar..mereka persiakan begitu sahaja. Bila ibu sudah tua..ibu ditinggalkan seorang dirumah. Anak-anak bahagia dengan suami @isteri dan anak-anak sendiri. (telalu panjang pula huraian)

Berbalik pada kes anak-anak HIV tadi...kesian melihat mereka membesar tanpa kasih-sayang. Jadi bersyukurlah kita kerana ada ibu dan bapa yang sentiasa ada di sisi..mengasihi dan menjaga kita dengan baik.

Huraian yang panjang tapi takde kena mengena dengan tajuk *&**%%#^#BF%$#

Antara yang boleh kita sumbangkan :-

1) Mestila kasih-sayang. Kalau la boleh kan..nak pergi je sana..dok bersama dengan mereka, join aktiviti bersama. Nak bagi mereka rasa macam ada mak. Itu yang terbaik aku rasa untuk mereka.

2) MONEY atau barangan (bukan berangan ye). Yes money kan make them happy. Bila ada duit boleh beli ubat, makan pakai dan macam-macam lagi. Nak pergi jejalan ke kan.

3) Last rasanya semua orang boleh buat. Kirimkan DOA buat mereka. Semoga hidup mereka senang didunia, janganlah ada yang menyusahkan mereka lagi. InsyaAllah semoga jalan menuju ke sana (syurga) adalah milik mereka.

No comments:

Post a Comment