Advertisment

Monday 10 February 2014

Bayi kerap muntah

Assalamualaikum....

Sesetengah bayi kerap mengalami muntah ataupun jeluak ataupun muak. Rasanya maksudnya sama sahaja. Taktaula apa lagi istilah yang orang lain panggil. Untuk entry ni saya guna istilah muak jela ye. Pendek sikit nak eja *_*

Begitu juga bayi saya. Dia kerap muak selepas menyusu. Kadangkala lama selepas menyusu pun dia muak juga. Mula-mula dulu ada juga perasaan risau dan terus berhubung dengan doktor. Apabila dijelaskan kata doktor itu adalah perkara biasa bagi sesetengah bayi.

Bila diingatkan semula, anak buah saya dulu pun muak juga. Situasinya hampir sama seperti anak saya. Kadang-kadang muak sedikit sahaja, kadang-kadang banyak. Tabiat bayi saya yang kerap muak tidak pula mengganggu berat badannya. Ketika lahir 3.26kg, 20 hari 4kg dan 5kg ketika umurnya sebulan. Hal ini menyebabkan saya tidak berapa risau lagi.

Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa bayi muak sebab terlebih makan atau menyusu. Perut bayi kan kecil sahaja. Sebab itu dia muak.

Ada juga yang mengatakan bayi muak sebab terpicit tetek(maaf kurang sopan..hehehe) dia. Kadang-kadang kan kita tak perasan bahawa kita terpegang kuat pada bayi dan tertekan pada bahagian tersebut. Itu pun boleh menyebabkan bayi muak.

Mengikut pendapat profesional, muak ni disebabkan ketidakmatangan otot diantara perut dan salur makanan. Otot yang tidak matang, tidak menutup rapat saluran perut menyebabkan susu ditolak masuk semula ke dalam esofagus (saluran pemakanan tadi). Lagi detail boleh rujuk page ini.

Tapi setelah bayi saya besar sediki, dalam linkungan 5 bulan (hee..bunyi macam besar 5 tahun ye)..keadaan bayi saya sudah tidak muak. Alhamdulillah. Rasa saya, saya tidak ada mengambil langkah apa-apa. Muak itu terhenti dengan sendiri. Ada pun cuma sehari sekali atau dua kali sahaja bayi muak. Kalau sebelum ni memang kena spare tuala sentiasa untuk lap muak dia, sekarang tak lagi (haha..macam iklan pula kan).

Apa-apa pun kalau keadaan bayi kita tak seperti bayi lain, ataupun nampak tak sihat..muak dengan banyak, teruslah berhubung dengan doktor ye. Byee~

No comments:

Post a Comment