Advertisment

Tuesday 16 April 2013

Kaedah Perancang Keluarga ....Implanon

Assalamualaikum....

Hai semua...macam ramai plak baca blog ni kan....hahaha

Semalam saya ada ikuti ceramah Perancangan Keluarga dari KKIA. Bila dah mengandung, mesti terpikir lepas ni bila pula nak rancang untuk ada anak kan....so macam2 cara untuk mencegah kehamilan. Saya nak share dekat sini, antaranya :-

1) Penyusuan ibu secara ekslusif.
Boleh buat penyusuan secara berterusan selama 6 bulan. Kalau campur makanan baby time tu memang da possibility untuk mengandung semula.

2) Kalendar subur.
Katanya nurse yang bagi ceramah tu, hanya boleh diamalkan oleh sesiapa yang periodnya teratur semala 6 bulan. Maksudnya tiap2 bulan period datang pada tarikh yang sama selama 6 bulan berturut2. Kalau bulan ini period datang pada 1/4/2013, bulan depan pon pada 1/5/2013...dan seterusnya sampi 1/10/2013. So, bolehlah mengamalkan kaedah kalendar subur.

Kaedah kalendar subur akan menunjukkan selepas 14 hari period adalah waktu subur. Masa tu elakkanlah bersama suami sebab possibilitynya adalah tinggi untuk mengandung semula. NO ENTRY ok....haha.

3) Pil perancang.
Ada dua jenis pil yang disarankan iaitu Noriday dan apa tah nama lagi satu jenis tu...hehe, tak ingat sudah. Bezanya adalah pil Noriday ada 28 biji, perlu dimakan sebiji setiap hari. Yang lagi satu pil ada 21 biji je. Makan setiap hari kecuali hari period.

Dan untuk makan pil ni juga perlulah consistence pada masanya. Kalau harini makan pukul 10 pagi, esok lusa tulat sama ja....perlu makan pada waktu yang sama supaya badan dan hormon yang diproduce familiar dengan ubat tadi..(ini apa yang saya faham k, kalo salah betulkan dan dapatkan nasihat dari pakar..peaceee :)

4) Kaedah IUCD.
Keadah ini menggunakan sejenis alat yang akan dimasukkan ke dalam vagina. Dibuat daripada plastik dan lembut. Boleh tahan sampai 3 tahun.

5) Implanon.
Dan ada lagi satu kaedah, ini tidak diterangkan...tapi member guna kaedah ni. Namanya Implanon. Memang ramai yang tak guna sebab mahal, dalam RM300, tapi berbaloi kot kalau sekali untuk 3 tahun kan. Alat ini akan ditanam dibawah kulit pada lengan kita. Bentuknya macam mancis je katanya.

Bila dengar dia cerita macam best juga. Apa yang best tu..hee...k, antaranya:-
- Dipakai 3 tahun sekali
- Tak ada kesan sampingan (ini depend pada orang juga kot)
- Dia memang tak period2 selama dia pakai alat ni...tak perlu beli pad kot...haha...jimat2
- Dan diyakini selamat dan berkesan sangat2...tak perlu macam pakai kondom ke apa kan, tengah2 syok2 kena benti pakai la plak....hu, kan mengganggu tu...muhahaha.

Ini ada link kalo sesiapa yang nak tau lebih tentang Implanon ni. link 1 dan link 2.

No comments:

Post a Comment