Advertisment

Tuesday 8 April 2014

To The Beautiful You/For You In Full Blossom

Sekarang 8tv sedang menayangkan cerita korea bertajuk For You In Full Blossom (FYIFB) start pukul 8.30 malam.

For You In Full Blossom juga diberi tajuk To The Beautiful You. Tak tau la kenapa ada dua nama. Asal cerita daripada manga Jepun bertajuk Hana Kimi.

FYIFB mengisahkan tentang Koo Jae Hee (lakonan Sulli) menyamar sebagai lelaki dan masuk belajar di sekolah lelaki Genie Physical Education High School kerana meminati Kang Tae-Joon (lakonan Minho) setelah menonton satu rancangan TV, World Junior Competition di Amerika .

Kang Tae-Joon seorang atlit lompat tinggi yang terkenal. Tetapi setelah dia mengalami kecederaan terus dia tidak lagi meneruskan careernya.

Oleh sebab itu Koo Jae-Hee telah pulang dari Amerika dan mengubah dirinya sebagai lelaki semata-mata untuk tolong idolnya itu.

Pada hari pertama persekolahan, Jae-Hee melangkah naik tangga dengan membawa beg pakaian yang besar. Malangnya beg tersebut terbuka dan pakaiannya habis bertaburan. Ada seorang pelajar lelaki yang tolong Jae-Hee untuk kutip baju tersebut...dan pelajar tersebut adalah Tae-Joon.

Dalam pada keseronokan dan keterujaan Jae-Hee jumpa Tae-Joon...lelaki tersebut telah mengutip seluar dalam Jae-Hee...dan dia cakap taste Jae-Hee boleh tahan. Yela..mana ada lelaki pakai seluar dalam perempuan..hehehe.

Pada kelas pertamanya pula, seorang classmate, Jong-Min (lakonan Hwang Kwang-Hee) telah suruh Jae-Hee ambil sebiji bola kepunyaan anjing di taman jika dia berhasrat untuk duduk dalam kelas tersebut. Walaupun anjing tersebut terkenal dengan sifat garang, tetapi Jae-Hee berjaya masuk ke dalam rumah anjing dan ambil bola yang dimaksudkan.

Semasa Jae-Hee di dalam rumah anjing, Tae-Joon datang dan mula bercakap-cakap meluahkan perasaan kepada anjing. Tae-Joon mula bercakap bahawa dia takkan buat lompat tinggi untuk commercial shooting kerana setelah dia tercedera sebelum ini, Tae-Joon belum pernah buat lompatan lagi.

Jae-Hee yang telah terdengar percakapan tersebut keluar dari rumah anjing dan bertanya kepada Tae-Joon adakah dia ok atau tidak. Tae-Joon yang tak sangka ada orang lain mendengar perbualannya tadi menjadi marah dan meninggalkan Jae-Hee sendirian.

No comments:

Post a Comment