1.
Solat Subuh : satu kali
meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan
60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000
orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan
ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan
orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal
di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
6 Siksa di
Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah
SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah
SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa
Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang
yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa
Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah
SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa
Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang
yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih
di neraka.
Mengenai
balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW,
diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap
kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan
semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah
ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya
untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda,
"Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan
sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR
al-Tirmidzi)
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda,
"Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan
kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)
Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan
menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah
terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).
Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai
tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik
dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik
(melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat,
nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.
Sumber : Dari Buku Himpunan
Fadhilah Amal – Maulana Muhammad Zakariyya