Advertisment

Wednesday 4 February 2015

Kaedah tanam serai

Sebelum ni saya janji untuk terangkan macam mana cara tanam pokok di rumah. Pokok yang kecik-kecik je tau..bukan pokok kelapa ke,ciku ke..bukan-bukan.

Pokoknya seperti serai, kunyit untuk ibu-ibu memasak di rumah. Serai paling senang hendak ditanam. Cara pertama sekali saya guna serai yang dijual dikedai. Kan takda akar. Serai tersebut direndam selama beberapa hari sehingga akar keluar. Rendam dalam air paip biasa sahaja. Biarkan akar tumbuh sepanjang lebih kurang 5cm.

Kemudian pindahkan serai berakar tersebut ke tanah. InsyaAllah serai tersebut akan tumbuh. Rajin- rajin gemburkan tanah dah letakkan baja daun.

Apabila serai telah membiak, boleh potong anak serai bersebelahan serai induk untuk dijadikan serumpun serai yang lain. Potong sehingga keakar ye. Ambil sekali dengan akar..baru serai tumbuh.

Ini serai induk asal. Serai ini telah saya biakkan menjadi dua rumpun lain yang berasingan.

Serai induk

Secondary serai :)

No comments:

Post a Comment