Advertisment

Tuesday 23 October 2012

Seorang Muslim Bosnia berjalan kaki ke Mekah untuk tunaikan Haji


Senad Hadzic berumur 47 tahun telah memulakan perjalanannya ke Mekah sejak dari tahun 2011 untuk membolehkan beliau menunaikan haji pada tahun berikutnya, 2012.

MasyaAllah...berita yang sangat menginsafkan saya.

Untuk sampi ke Mekah beliau terpaksa merentasi tujuh negara termasuk negara berpenduduk Kristian seperti Serbia dan Bulgaria. Beliau berjalan dalam 12 ke 20 batu sehari. Tetapi beliau mengatakan itu bukan sesuatu yang memenatkan. (betapa besarnya kuasa Allah)

Antara pengalaman beliau:

Di Serbia orang awam keluar ke jalanan dan memberi beliau topi, stokin kerana cuaca yang sejuk. Ada satu kes dimana seorang Profesor Serbia menjemput beliau menginap di kediamannya, dan Profesor tersebut memberitahu bahawa beliau merupakan orang Islam pertama menjejakkan kaki ke rumahnya.

Di Istambul beliau terpaksa menghabiskan masa selama 20 hari untuk mendapatkan permit perjalan yang akan membolehkan beliau berjalan kaki melintasi Jambatan Bosphorus yang menghubungkan antara Eropah dan Asia. 

Antara lain, seorang lelaki tua Turki yang mengetahui bahawa beliau berjalan kaki dari Bosnia ke Mekah menghulurkan duit supaya beliau dapat menempah kapal terbang secara terus ke Mekah untuk menunaikan Ibadah Haji tetapi beliau telah menolaknya dengan baik.

Kata-kata beliau yang meninggalkan kesan pada saya adalah 
"By this act, I am proving that everything I do is for the love of God. For all the riches in the world, I would never stop what I am doing.”




Peta perjalanan dari Bosnia melalui Balkans ke Istanbul

Packing beg


No comments:

Post a Comment