Assalamualaikum..
Dah lama tak pergi POPULAR sejak dah beranak ni. Bukan dah lama tak pergi..rasanya tak pernah pergi lagi la kot kan.
So semalam pergi sebab dah lama niat (niat kalo tak buat pun dah dapat pahala :) nak beli buku comel-comel untuk Harraz.
Saya ada juga google cari bahan bacaan yang sesuai seperti softbook, selamat untuk baby. Takpun buku yang simple-simple je...yang sesuai digunakan, senang nak bawa kemana-mana. Contoh ketika jalan jem. Supaya xdela bosan sangat anak dalam kereta..boleh ambil buku dan tunjuk-tunjuk..ini kereta..ini ayam..ini mama :]
Dan bila nak beli mestila kita tengok rege (harga) kan.. nak jadi pengguna yang bijak...bukan nak kedekut apabenda, just kalo ada pilihan yang lagi murah apa salahnya kita beli yang murah je..ye tak..
Bila saya compare..harga yang ditawarkan secara online..plus dengan duit pos..erm, macam mahal. So terpergilah saya ke fofular seperti yang diberitahu di atas tadi.
Belek punya belek...fofular ada tawarkan discount sampai 20% untuk ahli (untuk sesetengah buku je)...apalagi...juling-juling la mata mama Harraz ni. Terus itu nak..ini nak...tapi..anaknya belum besar lagi...huruf pun belum kenal lagi...apatah lagi mau baca kan...mama yang over lebih nak beli buku untuk anak.
Jalan sana ..pusing sini..belek sana..maklumlah buku untuk budak-budak semua cute-cute belake-lake. Akhirnya sepakat dengan papanya..kami beli la tiga buah buku. Kecik-kecik je...senang nak dibawa kemana-mana. Hard bukan softbook. Tapi ok la...tahan lama cikit.
Rege pon murah (dah agak dah kat fofular ada buku yang murah..hehe)..sebuku..(kenapa buku kita tak guna penjodoh bilangan sebuku ye :P ). .sebuah harganya RM5. Dah beli tiga sepatutnya RM 15. Tapi bila bayar RM 13.5 je sebab buku de discount 10%. Murah..murah..murah...cek >_<
Tajuk bukan main BI kan..muhaha..ikut suke I la nak letak hape ka. @_@
Advertisment
Sunday, 16 February 2014
Friday, 14 February 2014
Rasa nak buat pahala
Assalamualaikum..
Tadi ada baca satu blog...bagus perkongsiannya. Terus rasa nak panjangkan pada yang lain juga. Takde rasa nak tiru dia ke apa ye...blog dia memang bagus, sapalah saya untuk menjadi seperti dia..sob2..(tiba2). Bolehla sapa-sapa nak baca blog dia dekat link ini.
Bagi saya isunya di sini adalah tentang kasih-sayang..buakan duit dan sebagainya. Bila tengok blog mereka, banyak juga sumbangan yang mereka perolehi dari pelbagai pihak (Alhamdulillah)..tapi adakah itu cukup untuk mereka kasih dan sayang?..mungkin tidak..
Sedih tengok dierang, mak bapa yang salah tapi mereka yang menanggung sengsara kan..kasih sayang yang mereka dapat dari penjaga mana nak sama dengan kasih seorang ibu. Yes...hanya seorang ibu yang paham kasihnya pada seorang anak. Dan anak yang merasa kasih sayang itu kadangkala terlupa kerana terlalu banyak kasih dan sayang yang diterima tanpa perlu dibayar..mereka persiakan begitu sahaja. Bila ibu sudah tua..ibu ditinggalkan seorang dirumah. Anak-anak bahagia dengan suami @isteri dan anak-anak sendiri. (telalu panjang pula huraian)
Berbalik pada kes anak-anak HIV tadi...kesian melihat mereka membesar tanpa kasih-sayang. Jadi bersyukurlah kita kerana ada ibu dan bapa yang sentiasa ada di sisi..mengasihi dan menjaga kita dengan baik.
Huraian yang panjang tapi takde kena mengena dengan tajuk *&**%%#^#BF%$#
Antara yang boleh kita sumbangkan :-
1) Mestila kasih-sayang. Kalau la boleh kan..nak pergi je sana..dok bersama dengan mereka, join aktiviti bersama. Nak bagi mereka rasa macam ada mak. Itu yang terbaik aku rasa untuk mereka.
2) MONEY atau barangan (bukan berangan ye). Yes money kan make them happy. Bila ada duit boleh beli ubat, makan pakai dan macam-macam lagi. Nak pergi jejalan ke kan.
3) Last rasanya semua orang boleh buat. Kirimkan DOA buat mereka. Semoga hidup mereka senang didunia, janganlah ada yang menyusahkan mereka lagi. InsyaAllah semoga jalan menuju ke sana (syurga) adalah milik mereka.

Monday, 10 February 2014
Link Emergency Couple
Gambar baby Harraz yang diceritakan :)
Entry ini hanya gambar besertakan sedikit caption yang menceritakan segalanya (ini semua poyo!!!)
![]() |
| Baby Harraz umur sehari pun tak sampai. Segar dari perutku :P |
![]() |
| Umur separuh hari |
![]() |
| Asyik nangis je kita masukkan dia dalam buai. Bum2 da pipi dia. |
![]() |
| Ni umur dia dalam 43 hari. Wan dan papa dia yang cukur rambut. |
![]() |
| Menerap pun tido je dia kena cukur |
![]() |
| Baru lepas uuu...uhhhh o) |
Bayi kerap muntah
Assalamualaikum....
Sesetengah bayi kerap mengalami muntah ataupun jeluak ataupun muak. Rasanya maksudnya sama sahaja. Taktaula apa lagi istilah yang orang lain panggil. Untuk entry ni saya guna istilah muak jela ye. Pendek sikit nak eja *_*
Begitu juga bayi saya. Dia kerap muak selepas menyusu. Kadangkala lama selepas menyusu pun dia muak juga. Mula-mula dulu ada juga perasaan risau dan terus berhubung dengan doktor. Apabila dijelaskan kata doktor itu adalah perkara biasa bagi sesetengah bayi.
Bila diingatkan semula, anak buah saya dulu pun muak juga. Situasinya hampir sama seperti anak saya. Kadang-kadang muak sedikit sahaja, kadang-kadang banyak. Tabiat bayi saya yang kerap muak tidak pula mengganggu berat badannya. Ketika lahir 3.26kg, 20 hari 4kg dan 5kg ketika umurnya sebulan. Hal ini menyebabkan saya tidak berapa risau lagi.
Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa bayi muak sebab terlebih makan atau menyusu. Perut bayi kan kecil sahaja. Sebab itu dia muak.
Ada juga yang mengatakan bayi muak sebab terpicit tetek(maaf kurang sopan..hehehe) dia. Kadang-kadang kan kita tak perasan bahawa kita terpegang kuat pada bayi dan tertekan pada bahagian tersebut. Itu pun boleh menyebabkan bayi muak.
Mengikut pendapat profesional, muak ni disebabkan ketidakmatangan otot diantara perut dan salur makanan. Otot yang tidak matang, tidak menutup rapat saluran perut menyebabkan susu ditolak masuk semula ke dalam esofagus (saluran pemakanan tadi). Lagi detail boleh rujuk page ini.
Tapi setelah bayi saya besar sediki, dalam linkungan 5 bulan (hee..bunyi macam besar 5 tahun ye)..keadaan bayi saya sudah tidak muak. Alhamdulillah. Rasa saya, saya tidak ada mengambil langkah apa-apa. Muak itu terhenti dengan sendiri. Ada pun cuma sehari sekali atau dua kali sahaja bayi muak. Kalau sebelum ni memang kena spare tuala sentiasa untuk lap muak dia, sekarang tak lagi (haha..macam iklan pula kan).
Apa-apa pun kalau keadaan bayi kita tak seperti bayi lain, ataupun nampak tak sihat..muak dengan banyak, teruslah berhubung dengan doktor ye. Byee~

Subscribe to:
Posts (Atom)