Advertisment

Showing posts with label Dunia ^_^. Show all posts
Showing posts with label Dunia ^_^. Show all posts

Tuesday, 23 October 2012

Seorang Muslim Bosnia berjalan kaki ke Mekah untuk tunaikan Haji


Senad Hadzic berumur 47 tahun telah memulakan perjalanannya ke Mekah sejak dari tahun 2011 untuk membolehkan beliau menunaikan haji pada tahun berikutnya, 2012.

MasyaAllah...berita yang sangat menginsafkan saya.

Untuk sampi ke Mekah beliau terpaksa merentasi tujuh negara termasuk negara berpenduduk Kristian seperti Serbia dan Bulgaria. Beliau berjalan dalam 12 ke 20 batu sehari. Tetapi beliau mengatakan itu bukan sesuatu yang memenatkan. (betapa besarnya kuasa Allah)

Antara pengalaman beliau:

Di Serbia orang awam keluar ke jalanan dan memberi beliau topi, stokin kerana cuaca yang sejuk. Ada satu kes dimana seorang Profesor Serbia menjemput beliau menginap di kediamannya, dan Profesor tersebut memberitahu bahawa beliau merupakan orang Islam pertama menjejakkan kaki ke rumahnya.

Di Istambul beliau terpaksa menghabiskan masa selama 20 hari untuk mendapatkan permit perjalan yang akan membolehkan beliau berjalan kaki melintasi Jambatan Bosphorus yang menghubungkan antara Eropah dan Asia. 

Antara lain, seorang lelaki tua Turki yang mengetahui bahawa beliau berjalan kaki dari Bosnia ke Mekah menghulurkan duit supaya beliau dapat menempah kapal terbang secara terus ke Mekah untuk menunaikan Ibadah Haji tetapi beliau telah menolaknya dengan baik.

Kata-kata beliau yang meninggalkan kesan pada saya adalah 
"By this act, I am proving that everything I do is for the love of God. For all the riches in the world, I would never stop what I am doing.”




Peta perjalanan dari Bosnia melalui Balkans ke Istanbul

Packing beg


Saturday, 20 October 2012

Ratu cari tukang kebun!!!

Sapa nak jadi tukang kebun angkat tangan...hahaha

Gaji RM1,500 seminggu!!...bukan sebulan tau. Sebulan mau ada RM 4,500.

Mari-mari...kerja kosong..ini bukan main-main.

Iklan kat atas ni aku tolong je...tolong RATU ELIZABETH cari tukang kebun di Istana Buckingham :)

Orang yang berkenaan perlu berminat dalam menjaga hidupan liar...tah le pe hidupan liar yang ada kat istana tu. Kerja yang akan dilakukan antaranya mengitar semula najis mengikut proses penjagaan alam sekitar.

Apa yang menarik lagi adalah antara tugasnya termasuk membuang daun tua tanpa menggunakan mesin bagi menggalakkan hidupan liar....mmg bagus ratu ni suka hidupan liar..he.

Tugas-tugas lain mencuci 188 bilik tidur, mencuci 760 tingkap setiap enam minggu sekali...hu...apada...bilik tidur ja 188, campur bilik lain entah berapa....so dapat dilihat disini sangat ramai pekerja diperlukan..haha. Agak-agak ada tak orang Malaysia ni nak kerja ni ye.


Beserta ini dilampirkan imej Istana Buckingham...muhahaha.


Pandangan dari udara

depan istana




dalam istana




Friday, 19 October 2012

Pertandingan Ratu canti Arab Saudi

Sapa percaya Arab Saudi ada buat pertandingan ratu cantik??....ini benar ye

Macam mana pakai purdah macam tu tapi menang pertandingan ratu cantik kan. .xpecaya!!!

Xkan pula masa pertandingan nak buka suma pastu pakai balik, betol tak..hehehe

Jangan tak percaya...tahun ini adalah pertandingan buat kali yang ketiga..hebat tak hebat.

Maram Zaki al-saif (yang tengah)

Lagi gambar yang jelas muka ci ratu cantik dekat bawah ni....yang lain memang xnampak muka la kan..hahaha~



OK...sebenarnya pertandingan Ratu canti Arab Saudi ni bukanla macam pertandingan ratu cantik yang lain.

Pertandingan adalah berdasarkan kepada 'etika' individu, tingkah laku yang baik, berkarisma dan tahap keyakinan yang tinggi.

Antara soalan apa makna sekiranya layak merangkul gelaran ratu cantik dan apa sumbangan kepada negara..so si yang menang tu namanye Maram Zaki al-saif jawab:

"kemenangan akan menggalakkan saya mancapai cita-cita dan matlamat, menjadi sumber inspirasi kpd rakan. Saya akan mewujudkan projek pemulihan vokasional bagi orang kurang upaya yang akan membantu mereka mencari peluang pekerjaan yang sesuai"

Murni kan hasrat dia..moga cita-cita dia tercapai bila da menang.