Advertisment

Showing posts with label Jejalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jejalan-jalan. Show all posts

Tuesday, 25 February 2014

Jalan-jalan Taman Rekreasi D.R.Seenivasagam

Haritu...harituuu yang tah taktau bila sebab dah lama pegi..

Kitarang pergi jalan-jalan Ipoh tanpa tujuaan...tujuan untuk jejalan jela ye~

Sejam juga perjalanan dari Manjung ke Ipoh...mula-mula kami tuju adalah cari makan. Jalan-jalan...cari makan...hahaha

So tempat yang dituju adalah Nasi Ganja Ipoh yang femes. Femes pasai pa aku pun tak tau. Aku makan nasi ganja (macam nasi basmati je)...dan ikan. Husband makan dengan kari kambing (baca sambil goyang-goyang kepala ala mamak).

Rasa dia biasa-biasa je. Kata husband orang cakap yang sedap kat situ adalah ayam goreng..tah la, takkan nak makan lagi sekali kan.

Pas makan baru g jejalan. Berpandukan GPS kitarang cari Taman Jepun. OOoo...rupa-rupanya taman jepun ni dalam kawasan Taman Rekreasi D.R.Seenivasagam.

Adela ciri-ciri jepun skiT...kecik, tak besar pun tamannya. Dan macam biasa...tak berapa nak terjaga sangat. Tapi still ok lagi..xde dikotori dengan sampah.

Ada jambatan merentangi tasik.


Pastu ada pokok-pokok kecik ala-ala Jepun.






Lepas tu kami ke bahagian taman mainan kanak-kanak. Mak kanak-kanak yang main lebih hokeyy~

Dekat situ ada family berkelah...ada jualan kecilan. Nak makan air batu campur (ABC), ais krim pun ada.



Gambar kami tiga beranak ~


Anak da penat bejalan +_+





Monday, 30 December 2013

Bercuti di Lumut dan Teluk Batik

Assalamualaikum..

Semperna cuti Christmas En. Husband ambil cuti panjang sampai ke Sabtu dan Ahad. Saya just ambil cuti pada hari Khamis sahaja sebab cuti dah habis. Dapatla teman husband untuk hari Rabu dan Khamis tersebut. Hari Khamis hanya dipenuhkan dengan bersantai-santai di rumah sebab baby Harraz batuk dan selesema. Macam tak best pula bawa dia keluar berjalan-jalan kan.

Dikesempatan itu sempatla saya curi sedikit masa untuk kuar tukar IC di Pejabat Pendaftaran Manjung. Punya ramai orang bak hang. Tapi sempat juga buat dan En. Husband tolong ambilkan yang dah siap keesokannya. (melalut panjang pula..actually entry pasal bercuti di Lumut dan Teluk Batik).

Ok..distraightkan cerita...walaupun saya ni duk di Manjung tapi mana lagi kan nak kuar bercuti..tak Lumut, ke Teluk Batik takpun Marina Island. Takdela bercuti sangat pun...just kuar bawa baby jejalan sebenarnya. So entry ni lebih banyak gambar dari cerita.

Hujung minggu tersebut kebetulan ada pameran kenderaan antik dibuat di Teluk Batik. Dapatla kitarang jamu mata dengan keunikan dan kecomelan moto-moto vespa dan kereta antik tersebut.













Lepas tu..keesokan harinya kami jejalan pula ke Lumut. Around jeti tempat orang naik feri ke Pangkor. Ramai orang yang amat..kereta dekat tempat parking toksah nak cerita la...penuh. Apala ada sangat dekat Pangkor tu pun tak tau la.