Advertisment

Friday, 30 January 2015

Resepi mudah disediakan & berkhasiat

Tergerak hati untuk kongsi resepi-resepi ini untuk memudahkan diri sendiri juga nanti di masa hadapan. Mana tau idea hilang kan.
Pagi-pagi memang saya akan masak yang simple dan berkhasiat untuk breakfast suami ke tempat kerja. Selalunya memang sediakan nasi. Lebih kenyang bukan.
So lauk-lauk yang ringkas adalah pilihan utama. Sebab masa sangat-sangat mencemburui kita dipagi hari ye :)

Mayonis sayur

bahan: kobis,lobak merah, serbuk lada hitam dan mayonis (sukatan boleh agak-agak sendiri ye)
cara sedia :
1. Kobis dan lobak dipotong nipis.
2. Campurkan dalam satu bekas. Masukkan sedikit garam, serbuk lada hitam dan mayonis. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
3. Siap untuk dihidang.

Ikan bilis goreng kicap

bahan: ikan bilis, bawang besar dan kicap (sukatan boleh agak-agak sendiri ye)
cara sedia :
1. Ikan bilis direndam sekitika kemudian dibasuh cuci.
2. Bawang dipotong besar-besar.
3. Panaskan sedikit minyak dan masukkan ikan bilis.
4. Apabila sedikit garing, masukkan bawang besar.
5. Teruskan menggoreng sihingga ikan bilis menjadi rangup.
6. Angkat dan campurkan kicap, gaul sebati. Sedia untuk dimakan.

Bendi ikan bilis.

Bahan: ikan bilis, kacang bendi, cili hijau, bawang merah, bawang putih. (sukatan boleh agak-agak sendiri ye)
cara sedia :
1. Tumbukkan ikan bilis,cili hijau, bawang putih dan bawang merah.
2. Goreng kan bahan tumbuk sehingga naik baunya.
3. Masukkan kacang bendi dan sedikit garam sebagai perasa.
4. Biarkan sehingga kacang bendi masak. Kemudian sedia untuk dihidangkan.

Friday, 23 January 2015

Ayam Masak Barbeku

Ayam Masak Barbeku



Bahan A
Ayam 500g

Bahan B
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan C
1 sudu makan lada hitam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos barbeku
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan gula pasir

Cara penyediaan
1. Ayam dibersihkan, ditos hingga kering.
2. Bahan B ditumbuk halus kemudian ditumis hingga kekuningan.
3. Bahan tumis tadi diangkat dan digaulkan bersama ayam dan bahan-bahan C sehingga sebati.Perap selama sejam.
4. Panaskan pemanggang ajaib dengan sedikit minyak masak dan masukkan ayam yang telah diperap. Biarkan masak selama 30 minit dengan api sederhana.




Wednesday, 21 January 2015

hariku Dan anakku

hai..assalamualaikum uolls :)

mukaddimah nampak macam happy kan harini..hee

iols duduk rumah jaga anak dan suami je..dengar simple je kan kerja compare kerja engineer dulu..tapi..

tapinya duduk rumah ni pun bukan saja-saja duduk..suka-suka goyang kaki tengok tv..

iols anggap duduk rumah ni merupakan satu pembelajaran buat diri..belajar manage masa..nak masak, urus anak..even nak sapu sampah pun jadi bukan senang..kalo takda anak senang..ni kita nak sapu dia pun nak ambil penyapu..main penyodok sampah..sepahkan sampah..benda sekejap boleh jadi lama. itulah..being a surirumah manjadi sekolah untuk iols belajar bersabarrrr...banyak benda y perlukan kesabaran.
cerita tentang sabar ni..rasa minggu ni memang kesabaran teruji sikit. start hari sabtu dan ahad anak demam..manjala..sikit- sikit ada yang tak kena..malam nak tidur pun xnyenyak sebab risau panas baby bertambah..dia pun tak selesa tidur..ek ek ek aja.
dah lega demam ..mungkin badan tak berapa sedap..makan pun sikit..ada pulak cirit..
selasa dan semalam, rabu..pun tak cukup tidur malam...tah kenapa asyik garu je kaki dia..iols dah letak minyak pun still garu. baby tidur terlelap jap..pastu nanti terjaga garu-garu balik..ek ek ek la..apa lagi. kesian ke papa dia nak kerja esok..xboleh tidur juga.
tadi bangun tidur..terus bagi mandi dan sarapan. buat pasta kesukaan dia. pun makan sikit juga..alahai la anak. tengok dia still garu-garu. terus tukar bagi pakai seluar jean panjang. taknak bagi dia garu. baru ok. xnampak dah dia tegaru-garu (berapa banyak garu da).
rasanya dia bukan gatal, baru belajar menggaru kot sebab tak nampak bintik-bintik ke apa pun.
harapnya takdelah terkena apa-apa jangkitan anak teruna iols ni. .n harap malam ni dapat tidur berkualiti semula. adios v(-.-)v

Tuesday, 20 January 2015

masalah breastfeeding

assalamualaikum

harini post questionair..

pernah tak ibu-ibu yang breastfeed dekat luar sana alami atau ada pengalaman seperti saya???

keadaanya macam ni...

anak umur setahun 5 bulan masin bf. nak tidur confirm kena bf dulu. bila dah tidur saya kena tunggu dia betul-betul lelap baru boleh tarik nipple. kalau terjaga nangis.
baby tidur nyenyak dalam setengah jam ke 45 minit ..kemudian akan nangis minta nenen. sambil buat kerja kena tinggal dan sambung bf.

kadang-kadang rasa penat. macam kalau anak lepas ni taknak bf da..Allah. jangan la kan..kesian baby.

anak pula taknak tidur buai..gayat..ada sesiapa boleh tolong.

Sunday, 2 November 2014

Suruhanjaya Sumpah Dan TH Pasir Gudang

Hari ini ada beberapa mission yang perlu diselesaikan. Cakap mission macam running man la pula kan..

Ini mission semperna suami cuti..so bolehlah nak settelkan beberapa benda.

Amboi..mission apa yang dengar macam penting sangat tu kan. Tujuan harini nak sahkan borang untuk mohon uitm dan public mutual. Kemudian nak ke tabung haji..tujuan untuk masukkan duit keluarkan duit. (memang tu la kan tujuan orang pergi bank..nak bagitau juga ke..huu)

Ok2..straight to the point..actually nak share beberapa benda...kalaulah ada yang tak tau lagi kan.

First sahkan borang. Actually borang public mutual perlu disahkan oleh suruhanjaya sumpah. So untuk penduduk area Pasir Gudang...suruhanjaya sumpah ada dekat sebelah kedai muzik bangunan Kompleks Pusat Bandar. Kena bayar ye..sebab saya sahkan sekali sijil dan dokumen..adalah dalam 40 keping..kena charge RM40.

Sudah siap tu..mission kedua adalah mencari Tabung Haji..oleh kerana harini Ahad, bank-bank yang ada link dengan Tabung Haji tutup. Nak pergi Tabung Haji nun di UTC di Johor Bahru. Dengan taktau dok cerok mana..memang tak gigih la p cari kan. Kerana nak siapkan juga kerja tu harini..pikir punya pikir teringat maybank ada link dengan TH. Mungkin la boleh buat dengan ATM/CDM machine.

Saya nak dedahkan..macamna guna ATM untuk pindahkan duit dari TH ke Maybank. Lepas tu nak transfer ke apa..dah tak susah. Guna ja maybank2u.

For first time register akaun TH di ATM machine. Step boleh ikut langkah mudah di bawah ni.



Selepas berapa lama baru boleh transfer..on the spot ok. Seperti saya terus saja boleh transfer duit dari akaun TH ke akaun Maybank.

Ok..itu sahaja nak share. Tata~