Advertisment

Thursday, 20 June 2013

~JOm berBloging bila BosaN~

Semalam mak telefon...dengar suara mak lain je..tanya la..mak xsihat ke...mak cakap mak batuk lagi...kadang-kadang tu teruk juga.....ase sedih dengar suara mak cakap masa tu.

Dah lama mak batuk sebenarnya...macam-macam tempat...murah mahal ...bomoh kampung semua dah pergi cuba...tapi tak juga lega batuknya.

Tapi batuk-batuk pon mak pergi juga masjid dengan ayah semalam. Mak ada cakap, kalau-kalau takdir mak mati dekat masjid elok juga.

Huuu~...mak..kenapa mak cakap macam tu. Makin dekatkah...mak, orang sayang mak...makkk..cucu mak pon dah tak lama nak keluar....sob3..kenapa sedih sangat ni.



Semalam scan nampak lagi bird ci kecik ni...orang mungkin lahirkan anak laki mak...mak tunggu ye, nanti kita dapat tengok baby ni sama-sama. Si kecik ni pon nak tengok atok dia jg :)

We love you mum till the end. Pray for your health. Aminn~



Tuesday, 18 June 2013

Saya...saya yang memotivasikan diri~

Wahh..apakah tajuk yang sangat pelik ini kan...sebenarnya saya adalah seorang consultant yang baru-baru sangat mencuba bidang pelaburan ni. Sangat-sangat tiada pengalaman berbekalkan sedikit pengetahuaan :)

Apabila saya rasa tak bersemangat dan kurang motivasi....saya akan jenguk-jenguk blog ni untuk meningkatkan motivasi diri...huuu~


Banyak kata-kata semangat dan panduan kepada consultant baru yang boleh diambil sebagai panduan dan tunjuk ajar yang sangat berguna. Love love this blog..haha...walaupon saya yakin beliau / merangkap bloger blog tersebut tidak mengenali saya, tetapi saya tetap suka baca blog ni... :)

Guide Excel For Cikgu ^_^

Minggu lepas saya ada ikuti seminar Microsoft Excel. Di sini nak share sikit-sikit apa yang kitarang belajar masa tu. Rasanya berguna juga untuk cikgu-cikgu sebab saya selalu mendengar keluhan akak saya, dia seorang cikgu...katanya cikgu sekarang banyak kerja, kena key in keputusan exam pelajar dll.

So dekat bawah ni adalah step macam mana untuk cepatkan cikgu-cikgu mengira grade para pelajar dalam Excel. Cikgu tak perlu lagi mengira secara manual berapa orang pelajar mendapat grade A, B dan lain-lain, tetapi hanya perlu memasukkan formula dalam Excel, dan yang selebihnya Excel yang buat.

Start dengan basic mengira jumlah grade pelajar. Contoh dibawah adalah grade para pelajar.



So macam mana nak kira jumlah pelajar yang mendapat A?? Disini saya gunakan function COUNTIF

Formula dalam Excel  =COUNTIF(range;criteria)

range ~ adalah kawasan lingkungan grade. Contoh ni atas adalah dari B1 sehingga B18 (B1:B18)
criteria ~ grade yang hendak dikira contohnya berapa dapat grade A pada cell D3

Formula yang perlu saya letakkan adalah =COUNTIF(B2:B18;D3)


Jumlah pelajar mendapat grade A adalh 4 orang. Ulang formula yang sama untuk grade B, C, D, E dan F. Selamat mencuba :)
 

Friday, 14 June 2013

Menghitung Hari Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Sebulan lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan penuh mulia, bulan Ramadhan dalam masa sebulan je lagi. Bagi yang ingin menambah pahala berlipat kali ganda akan berkejar-kejar melakukan ibadah seperti solat sunat terawih dan mengaji Al-Quran.

Sebagai ibu mengandung, ingin juga mengejar pahala ibadah tersebut. Memang sangat-sangat teringin puasa penuh dan doa agar dapat menunaikan terawih pada setiap malam yang penuh dengan keberkatan :). Ini adalah pengalaman pertama saya, berpuasa dalam keadaan yang sarat mengandung...kata orang tunggu masa je lagi nak bersalin. Moga-moga anak yang bakal dilahirkan dalam bulan Ramadhan nanti akan lahir sebagai anak yang soleh...InsyaAllah.

Thursday, 6 June 2013

Public Mutual - Investment


Assalamualaikum...Saya ingin share sedikit tentang unit amanah/unit trust. Bawah ni ada penerangan sedikit pasal pelaburan unit amanah Public Mutual J
Produk unit amanah yang saya nak share adalah melalui potongan KWSP.
So xperlu guna modal keluar duit sendiri…tu yang best tu.

Seperti yang kita tau, Account 1 KWSP kita tak boleh bawa keluar kecuali tiga sebab ni :-
1)  Apabila meninggal
2)  Apabila umur mencecah 55 tahun
3)  Untuk pelaburan unit trust/unit amanah

Promotion ni untuk kita guna peluang yang ketiga tu, yang diberi oleh KWSP tanpa was-was..hehe. Jadi memang rugi la kalau tidak melaburkan Akaun 1 ni. Kalo tak guna mmg la duit tu gerak 6% - 7 % je setahun. So kalau buat investment dapat la lebih skit. Kurang2 purata dalam 15% setahun. Pelaburan ni untuk jangka masa panjang.

Dan yang paling penting unit trust ni berdasarkan Islamic yang dipantau oleh penasihat syariah, Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM). Wang pelabur dilaburkan dalam sekuriti saham dan instrument pelaburan yang tidak bertentangan dengan syariah. Sebagai contoh, ia tidak dilaburkan dalam saham yang terlibat dengan arak, judi, perbankan konvensional serta insuran.

Contoh pengiraan pelaburan menggunakan KWSP dan lain-lain:-

A)     PELABURAN KWSP
Bawah ni adalah contoh pengiraan pelaburan menggunakan KWSP. 
Ini adalah simpanan asas wajib.
Katakan umur sekarang 27 tahun, simpanan asas adalah RM 12,000. Kamudian katakan dalam Account 1 ada RM 17,000.

Pengiraan umur 27 tahun.
= (Total saving in Account 1 – Simpanan asas) x 20 %
= (RM 17,000 – RM 12,000) x 0.2
= RM 1,000.

So amount sebanyak RM 1,000 layak digunakan untuk pelaburan.
Semakin umur meningkat , semakin rugi bila dah lambat-lambatkan buat pelaburan. Jumlah simpanan asas yang semakin meningkan akan tidak membolehkan kita keluarkan simpanan KWSP account 1 tu.

Contoh : Pengiraan umur 28 tahun. Beza setahun sahaja. Tetapi simpanan asas meningkat kepada RM 14,000. Beza RM 2,000 dengan sebelum ni. Dengan katakan dalam Account 1 meningkat kepada RM 18,000 dalam tempoh setahun.

Pengiraan umur 28 tahun
= (Total saving in Account 1 – Simpanan asas) x 20 %
= (RM 18,000 – RM 14,000) x 0.2
= RM 800 ßTidak layak untuk melabur àMERUGIKAN!!!

B)      PELABURAN SECARA ‘LUMP SUM’
Boleh rujuk table dekat bawah.
Contoh: Pelabur A memulakan pelaburan sebanyak RM10,000 secara lump sum.
Jika pulangan unit trust adalah sebanyak 10% setahun(compounding interest), pulangan pelaburan ialah :
1) selepas 5 tahun = RM16,105
2) selepas 10 tahun = RM25,937
3) selepas 15 tahun = RM41,772

Jika amaunt yang sama dibiarkan dalam KWSP selepas 15 tahun, pulangan KWSP pada 4% hanyalah RM18,009
Terdapat perbezaan sebanyak RM23,761 !! (RM41,772 – RM18,009)




C)      MELABUR SECARA AUTO-DEBIT
Untuk permulaan buka acount Rm 1,000. Dan potongan bulan-bulan seminimum RM 100. Nak buat RM 105 sebulan pon boleh J .

Jika pulangan unit trust adalah sebanyak 10% setahun(compounding interest), pulangan pelaburan ialah :
 1) selepas 5 tahun = RM7,808
2) selepas 10 tahun = RM20,655
 3) selepas 15 tahun = RM41,792

Cuba bayangkan jika membuat pelaburan RM100 saja tiap-tiap bulan, jumlah simpanan selepas 15 tahun ialah RM41,792. Jika melabur RM200 tiap-tiap bulan, selepas 15 tahun dah jadi RM83,584. Wow..!

Baca-bacala ye. Minat bgtau...rugi kalau tak melabur. Terima kasih J