Advertisment

Thursday, 2 May 2013

Solat Seorang Lelaki

Abu Hurairah r.a berkata : " Seorang lelaki buta (Abdullah bin Maktum) telah datang kepada Nabi lalu berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak mempunyai orang yang akan memimpinku ke masjid" Lelaki itu meminta supaya Rasulullah memberi keringanan kepadanya supaya boleh melakukan solat di rumah. Maka Baginda memberikan keringanan.

Ketika lelaki buta tersebut mahu bergerak pulang, Nabi memanggil dan berkata: "Apakah kamu mendengar azan?" Lelaki itu menjawab, "Ya." Balas Baginda SAW, "Maka wajib kamu pergi solat jemaah di masjid." (Riwayat Muslim)

Ada keringanan selagi mana terdaya dan ada kudrat, seseorang wajib berusaha menunaikan tuntutan solat berjemaah di Masjid.


Seseorang akan terus berada dalam kemarahan Allah SWT  jika terus mensia-siakan perintah solat di masjid/dimana azan dilaungkan dengan sengaja tampa sebarang keuzuran.

Perintah solat di masjid mempunyai sejuta satu keberkatan yang hanya Allah SWT Maha Mengetahui. Beruntuglah bagi sesiapa yang mahu mengikutinya, dan yakin dengan pesan Nabi dan rugilah bagi sesiapa yang mensia-siakannya, mereka akan dapati hidup mereka sempit walaupun harta bergunung.

Wallahualam.

Tuesday, 23 April 2013

Pengguna Bijak - Credit Card

Semangat saya rasa nak buat entry ni sebab nak share dengan semua faedah dan kelebihan-kelebihan menggunakan credit card (CC).


Dulu masa tak kenai and rasa tak perlu pon guna CC sebab banyak orang yang menaggung hutang dan muflis sebab salah guna CC ...SALAH GUNA ye, kalo pandai guna banyak faedahnya..cuma kita je yang tak tau....orang Cina beli rumah pon kalo boleh nak guna CC....haaaa....sebab ape????

Sebab, setiap kali bayar menggunakan CC ..kita dapat pungut point dari setiap ringgit yang kita guna. Point tersebut boleh digunakan untuk meredeem @ mendapatkan barang-barang keperluan lain. Alang-alang nak keluarkan tunai untuk bayar barang apa salahnya kalo kita guna CC dan dapatkan point free2 je untuk kegunaan redeem di masa hadapan...hahaha..

Cara betul guna CC :-

1- Guna CC seperti biasa kita menggunakan tunai...beli bila perlu dan bukan main hentam beli je apa yang nak dibeli sbb guna CC xkeluar duit dalam bentuk nyata...nanti tup-tup tengok account da melebihi had..jangan ye.

2- Terus membuat bayaran CC secara maximum...means, nilai yang kita guna itu yang kita bayar. Sebabnya kita boleh bayar jumlah yang minimum, tapi nanti kita sendiri akan tanggung hutang yang berlebihan.

3- Jangan dedahkan maklumat peribadi apabila sesiapa meminta butiran peribadi dan butiran CC secara melulu. Apa-apa masalah berkaitan CC baik terus berhubung dengan yang berhak @ terus g bank sahaja.

Saya secara bersemangat akan guna CC always....haha...untuk membeli kecil2lan pon berazam selepas ni nak guna CC je sebab nak kumpul point. Tengok sesetengah orang gain poin sampai beratus2...pastu redeem dapat alat2 letrik yang best...memang menaikkan ghairah saya untuk berCC...sapa nak kasi kan alat letrik free2 camtu. Contoh spt di bawah.

Electrolux vacuum

Electrolux hand vacuum

Steam Iron

Monday, 22 April 2013

Rahsia Tidur Dalam Gelap

Allah menjadikan malam dengan keadaannya gelap gelita bukan kerana saja-saja. Tetapi keadaan gelap gelita itu turut mengandungi rahsia yang tersurat mahu pun tersirat.

"Dan Dialah yang menjadikan malam untukmu (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat dan Dia menjadikan siang untuk bangkit berusaha." Surah Al-Furqan:47

Dalam sebuah hadis baginda s.a.w ada menyatakan keperluan tidur dalam keadaan gelap.

"Tutuplah pintu, ikatlah penutup tempat minum, tumpahkanllah atau tutuplah bekas-bekas, padamlah lampu kerana syaitan itu tidak akan membuka yang tertutup, tidak pula yang terikat, dan tidak akan membuka bejana. Dan tikus terkadang boleh membakar rumah manusia." (HR Tirmizi)

Jika dilihat dari sudut saintifikyang pernah dijalankan, amalan manutup lampu di waktu malam ketika tidur meningkatkan penghasilan bahan kimia dalam badan dikenali sebagai melatonin yang berfungsi mengawal aktiviti tidur.

Tahap penghasilan melatonin dipengaruhi oleh cahaya persekitaran. Terdapat kajian yang membuktikan peghasilan melatonin berperanan sebagai agen pencegah kanser, berikutan kurangnya kerosakan DNA dalam tubuh badan manusia.

Selain itu melatonin dapat memperbaiki aktiviti tidur pesakit seperti Alzhemeir, Parkinson, gangguan Bipolar dan kencing manis.



Prof. Russle Reiter dari Universiti Texas berkata,

"Sekali anda tidur, dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian, dan penghasilan melatonin mula merosot."

Adapun bukti-bukti saintifik tersebut bertepatan dengan tuntutan hadis baginda s.a.w supaya menutup lampu sebelum tidur malam. Inilah yang dikatakan, setiap apa yang dibawakan oleh baginda s.a.w mempunyai hikmahnya tersendiri.

Sunday, 21 April 2013

26 Week Pregnantcy check up

Summary check up 26 Week today :-

1- Urine test - Good
2- Weight - 55.8 kg - Ok
3- Blood pressure - 90/60 - Ok
4 - Hb - 12.3 - Good
5- Check heart baby guna Dopler - dengar la dup dup ...dupp...he
5- Cucuk Anti Tetanus (ATT) atau  kancing gigi dos pertama - sakit laaa....huhu :(

Advice :-
1- 5/5 10.00 pm kena puasa sebab 6/5 kena minum air gula. Kata nurse tu masuk week 28 (7 bulan) sekarang semua kena minum air gula...huhu, ingatkan kalo berat ok xyah la minum. Tapi ada orang kata dekat KKIA ni air gula dia sedap, ada perisa oren...hehe, kita tunggu je t k.

Procedurenye..malam sampi pagi kena puasa, air kosong xboleh minum tapi untuk basahkan tekak skit2 boleh la.....ish, iso juga den sbb den bangun pagi2 dah lapo, biasanya makan la...tp ni xboleh makan pula..takut lapo je.

Dah minum air gula pagi tu, kemudian test darah.....selepas tu, puasa lagi 2 jam ...dan test darah semula...selepas tu baru boleh makan...hehe :)

2- 20/5 check up lagi...katanya kali ni akan scan...nak scan..nak tengok baby tecik ni....plzz...harap2la kan~

Thursday, 18 April 2013

Period tak stable...tp boleh pregnant.

Berdasarkan tajuk di atas....macam buat karangan surat kiriman rasmi plak kan...Sebenarnya saya nak kongsi dengan semua, pengalaman saya sebagai seorang yang tak teratur periodnye, tp still Alhamdulillah...dengan izin-Nya boleh, senang juga la nak mengandung.

Bukan nak kongsi tips ke apa ye...kongsi cerita je  k, supaya takla sesiapa yang ada masaalah macam saya (period xtentu) risau nak kawen nnt, senang ke susah untuk dapat anak.

Period lambat datang...kalau datang pon dua bulan sekali kadang2 tiga emput bulan baru datang period dan yang luckynye saya tak ada masaalah senggugut yang sering mengganggu seperti sesetengah wanita-wanita lain di luar sana. Selepas kahwin pon period saya masih tak teratur dan memang dalam 3 4 bulan pertama xde tanda2 bahawa saya mengandung. Mungkin salah satu sebab lagi kitarng ni PJJ, sebab tak tau masa subur bila...just hujung2 minggu je dapat bersama, peluang untuk dapat baby cepat tu kurang la skit. Sedih juga sebab husband memang nak baby cepat kan....tapi Alhamdulillah, dia masih boleh bersabar dan xdela nak marah2 ke apa...sebab rezki tuhan yang bagi...mungkin kitarang xde rezki lagi masa tu.

Sembilan bulan juga kitarang berusaha,  berdoa...saya disahkan mengandung. Sekarang kandungan dah masuk bulan ke-6. So, bagi saya irregular period bukan satu penghalang untuk mengandung. Apa2 pon kita berusaha, dan percaya rezki dari Allah s.w.t. Lambat atau cepat ada hikmah disebaliknya, kita merancang dan sebaik-baik perancang adalah dari-Nya :)