Advertisment

Monday, 9 February 2015

Lee Kuangsoo Playboy???

Topik perbicaraan kali ni kita tukar sikit berbanding sebelum. Asyik cerita pasal anak, masak dan pokok. Boring bukan.

Kita cerita tentang Running Man. Best drama tv show. Apa yang nak diperkatakan adalah sifat si giraff ni..Lee Kwangsoo.

Bila ikuti episod demi episod siri ni..aku dapati Lee Kwangsoo ni senang suka dan approach girl. Mungkin suka-suka ke betul-betul tak tau :)

Tapi sweet sebenarnya Lee Kwangsoo. Aku suka sebab dia memang kelakar. Tak ingat episod berapa, diarang jemput friend Lee Kwangsoo, girl. Girl ni bestfriend Lee Kwangsoo sebenarnya. Dalam salah satu game, Dayunhaji (kalau tak salah eja) member dia ni bongkarkan rahsia yang Lee Kwangsoo suka pada seorang noona (senior perempuan).

Memang kelakar habis. Lee Kwangsoo dah tak boleh sembunyi malunya tu sampai merah-merah muka.

Sekali ni dalam Running Man episod 232. Lagi sekali best girlfriend Lee Kwangsoo dipanggil. Siri kali ni memang diarang panggil bestfriend Running Man masing-masing. Friend Lee Kwangsoo ialah Shin Da Eun. Yoo Jea Suk apalagi, dia bantai tanya samaada Lee Kuangsoo pernah confess dia ke tak.

Da Eun ni jujur jawab "saya tak suka dia, tapi dia suka saya". Lebih kurang macam tu :)








Tergagap-gagap Kuangsoo nak jawab ye..





Wednesday, 4 February 2015

Kaedah tanam serai

Sebelum ni saya janji untuk terangkan macam mana cara tanam pokok di rumah. Pokok yang kecik-kecik je tau..bukan pokok kelapa ke,ciku ke..bukan-bukan.

Pokoknya seperti serai, kunyit untuk ibu-ibu memasak di rumah. Serai paling senang hendak ditanam. Cara pertama sekali saya guna serai yang dijual dikedai. Kan takda akar. Serai tersebut direndam selama beberapa hari sehingga akar keluar. Rendam dalam air paip biasa sahaja. Biarkan akar tumbuh sepanjang lebih kurang 5cm.

Kemudian pindahkan serai berakar tersebut ke tanah. InsyaAllah serai tersebut akan tumbuh. Rajin- rajin gemburkan tanah dah letakkan baja daun.

Apabila serai telah membiak, boleh potong anak serai bersebelahan serai induk untuk dijadikan serumpun serai yang lain. Potong sehingga keakar ye. Ambil sekali dengan akar..baru serai tumbuh.

Ini serai induk asal. Serai ini telah saya biakkan menjadi dua rumpun lain yang berasingan.

Serai induk

Secondary serai :)

Tuesday, 3 February 2015

Tanaman surirumah

Assalamualaikum uolls

Entry hari ini saya nak share tanaman yang ada dekat rumah ni. Rumah taman tak bertanah susah sikit untuk menanam. Terpaksalah beli tanah dan pasu sekali.

Sebagai suri sepenuh masa, rutin memasak memang tak dapat nak lari. Nak masak sikit-sikit bahan asas kalau boleh nak senang, ambil je depan rumah..dah ada. Tak perlu nak beli dan ke kedai bagai :)

Untuk menyenangkan dan tak nak membazir..sebab nak guna pun dalam kuantiti yang sikit dan jarang-jarang guna..saya tanam je pokok-pokok ni.
Pokok seperti cabai, serai, kunyit, daun kesum, halia, kangkung dan daun sup dah berjaya ditanam. Mudah. Hendak masak petik saja dihalaman.


Pokok yang ada dalam list untuk ditanam adalah bendi, limau purut, lengkuas dan jagung. Belum ada benih dan bekas untuk mulakan proses tanam-menanam ni.


InsyaAllah nanti saya akan kongsikan cara nak tanam pokok-pokok diatas. Tak susah, senang je ;)

Monday, 2 February 2015

La Stella Water Theme Park, Kempas

Semenjak pindah ke Pasir Gudang ni sering tercari-cari tempat untuk mandi dan santai-santai yang best bersama keluarga.
Memang tak jumpa lagi la yang dekat-dekat. Kalau nak juga kitarang akan ke Desaru. Kadang-kadang akan mengubah haluan ke Batu Layar.

Rupanya ada yang dekat. Tapi takdelah dekat sangat. Drive ambil masa 30 minit kalau tak jem ke La Stella Water Theme Park, Kempas. Taman tema ini dalam club golf. Senang je cari tempat ni. Masuk kawasan club, kitarang parking kereta dan terus ke kanter tiket.

Tak perlu beratur panjang-panjang pun sebab tak ramai orang. RM 38 untuk dua owang dewasa dan seorang kanak-kanak. Makanan tidak dibenarkan bawa masuk. Dekat dalam tu ada tempat makan.Untuk masuk ke water park kena jalan sikit. Tak jauh..dalam 5 minit macam tu je.

Ada satu kolam mandi besar untuk dewasa. Kedalaman tempat berbeza. Satu kolam untuk kanak-kanak. Sesuai untuk santai sekeluarga. Kerusi rehat disediakan, tetapi tak banyak.

Tandas dan bilik mandi disediakan.Keadaan bersih dan cantik. Selesa :)
Harraz mengadap kolam besar

Friday, 30 January 2015

Resepi mudah disediakan & berkhasiat

Tergerak hati untuk kongsi resepi-resepi ini untuk memudahkan diri sendiri juga nanti di masa hadapan. Mana tau idea hilang kan.
Pagi-pagi memang saya akan masak yang simple dan berkhasiat untuk breakfast suami ke tempat kerja. Selalunya memang sediakan nasi. Lebih kenyang bukan.
So lauk-lauk yang ringkas adalah pilihan utama. Sebab masa sangat-sangat mencemburui kita dipagi hari ye :)

Mayonis sayur

bahan: kobis,lobak merah, serbuk lada hitam dan mayonis (sukatan boleh agak-agak sendiri ye)
cara sedia :
1. Kobis dan lobak dipotong nipis.
2. Campurkan dalam satu bekas. Masukkan sedikit garam, serbuk lada hitam dan mayonis. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
3. Siap untuk dihidang.

Ikan bilis goreng kicap

bahan: ikan bilis, bawang besar dan kicap (sukatan boleh agak-agak sendiri ye)
cara sedia :
1. Ikan bilis direndam sekitika kemudian dibasuh cuci.
2. Bawang dipotong besar-besar.
3. Panaskan sedikit minyak dan masukkan ikan bilis.
4. Apabila sedikit garing, masukkan bawang besar.
5. Teruskan menggoreng sihingga ikan bilis menjadi rangup.
6. Angkat dan campurkan kicap, gaul sebati. Sedia untuk dimakan.

Bendi ikan bilis.

Bahan: ikan bilis, kacang bendi, cili hijau, bawang merah, bawang putih. (sukatan boleh agak-agak sendiri ye)
cara sedia :
1. Tumbukkan ikan bilis,cili hijau, bawang putih dan bawang merah.
2. Goreng kan bahan tumbuk sehingga naik baunya.
3. Masukkan kacang bendi dan sedikit garam sebagai perasa.
4. Biarkan sehingga kacang bendi masak. Kemudian sedia untuk dihidangkan.

Friday, 23 January 2015

Ayam Masak Barbeku

Ayam Masak Barbeku



Bahan A
Ayam 500g

Bahan B
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan C
1 sudu makan lada hitam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos barbeku
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan gula pasir

Cara penyediaan
1. Ayam dibersihkan, ditos hingga kering.
2. Bahan B ditumbuk halus kemudian ditumis hingga kekuningan.
3. Bahan tumis tadi diangkat dan digaulkan bersama ayam dan bahan-bahan C sehingga sebati.Perap selama sejam.
4. Panaskan pemanggang ajaib dengan sedikit minyak masak dan masukkan ayam yang telah diperap. Biarkan masak selama 30 minit dengan api sederhana.




Wednesday, 21 January 2015

hariku Dan anakku

hai..assalamualaikum uolls :)

mukaddimah nampak macam happy kan harini..hee

iols duduk rumah jaga anak dan suami je..dengar simple je kan kerja compare kerja engineer dulu..tapi..

tapinya duduk rumah ni pun bukan saja-saja duduk..suka-suka goyang kaki tengok tv..

iols anggap duduk rumah ni merupakan satu pembelajaran buat diri..belajar manage masa..nak masak, urus anak..even nak sapu sampah pun jadi bukan senang..kalo takda anak senang..ni kita nak sapu dia pun nak ambil penyapu..main penyodok sampah..sepahkan sampah..benda sekejap boleh jadi lama. itulah..being a surirumah manjadi sekolah untuk iols belajar bersabarrrr...banyak benda y perlukan kesabaran.
cerita tentang sabar ni..rasa minggu ni memang kesabaran teruji sikit. start hari sabtu dan ahad anak demam..manjala..sikit- sikit ada yang tak kena..malam nak tidur pun xnyenyak sebab risau panas baby bertambah..dia pun tak selesa tidur..ek ek ek aja.
dah lega demam ..mungkin badan tak berapa sedap..makan pun sikit..ada pulak cirit..
selasa dan semalam, rabu..pun tak cukup tidur malam...tah kenapa asyik garu je kaki dia..iols dah letak minyak pun still garu. baby tidur terlelap jap..pastu nanti terjaga garu-garu balik..ek ek ek la..apa lagi. kesian ke papa dia nak kerja esok..xboleh tidur juga.
tadi bangun tidur..terus bagi mandi dan sarapan. buat pasta kesukaan dia. pun makan sikit juga..alahai la anak. tengok dia still garu-garu. terus tukar bagi pakai seluar jean panjang. taknak bagi dia garu. baru ok. xnampak dah dia tegaru-garu (berapa banyak garu da).
rasanya dia bukan gatal, baru belajar menggaru kot sebab tak nampak bintik-bintik ke apa pun.
harapnya takdelah terkena apa-apa jangkitan anak teruna iols ni. .n harap malam ni dapat tidur berkualiti semula. adios v(-.-)v

Tuesday, 20 January 2015

masalah breastfeeding

assalamualaikum

harini post questionair..

pernah tak ibu-ibu yang breastfeed dekat luar sana alami atau ada pengalaman seperti saya???

keadaanya macam ni...

anak umur setahun 5 bulan masin bf. nak tidur confirm kena bf dulu. bila dah tidur saya kena tunggu dia betul-betul lelap baru boleh tarik nipple. kalau terjaga nangis.
baby tidur nyenyak dalam setengah jam ke 45 minit ..kemudian akan nangis minta nenen. sambil buat kerja kena tinggal dan sambung bf.

kadang-kadang rasa penat. macam kalau anak lepas ni taknak bf da..Allah. jangan la kan..kesian baby.

anak pula taknak tidur buai..gayat..ada sesiapa boleh tolong.

Sunday, 2 November 2014

Suruhanjaya Sumpah Dan TH Pasir Gudang

Hari ini ada beberapa mission yang perlu diselesaikan. Cakap mission macam running man la pula kan..

Ini mission semperna suami cuti..so bolehlah nak settelkan beberapa benda.

Amboi..mission apa yang dengar macam penting sangat tu kan. Tujuan harini nak sahkan borang untuk mohon uitm dan public mutual. Kemudian nak ke tabung haji..tujuan untuk masukkan duit keluarkan duit. (memang tu la kan tujuan orang pergi bank..nak bagitau juga ke..huu)

Ok2..straight to the point..actually nak share beberapa benda...kalaulah ada yang tak tau lagi kan.

First sahkan borang. Actually borang public mutual perlu disahkan oleh suruhanjaya sumpah. So untuk penduduk area Pasir Gudang...suruhanjaya sumpah ada dekat sebelah kedai muzik bangunan Kompleks Pusat Bandar. Kena bayar ye..sebab saya sahkan sekali sijil dan dokumen..adalah dalam 40 keping..kena charge RM40.

Sudah siap tu..mission kedua adalah mencari Tabung Haji..oleh kerana harini Ahad, bank-bank yang ada link dengan Tabung Haji tutup. Nak pergi Tabung Haji nun di UTC di Johor Bahru. Dengan taktau dok cerok mana..memang tak gigih la p cari kan. Kerana nak siapkan juga kerja tu harini..pikir punya pikir teringat maybank ada link dengan TH. Mungkin la boleh buat dengan ATM/CDM machine.

Saya nak dedahkan..macamna guna ATM untuk pindahkan duit dari TH ke Maybank. Lepas tu nak transfer ke apa..dah tak susah. Guna ja maybank2u.

For first time register akaun TH di ATM machine. Step boleh ikut langkah mudah di bawah ni.



Selepas berapa lama baru boleh transfer..on the spot ok. Seperti saya terus saja boleh transfer duit dari akaun TH ke akaun Maybank.

Ok..itu sahaja nak share. Tata~

Saturday, 25 October 2014

SD dan masalah UTC Connect

Terasa cepat tahun 2014 berlalu. Sedar tak sedar sekarang dah bulan 10.

Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan..lama juga tak update apa-apa tentang public mutual.

Check balik ada beberapa perkara yang xselesai..

1) SD form - perlu isi dan disahkan oleh pesuruhjaya sumpah

2) 12 kredit perlu full fill - ini boleh settle dengan UTC connect

Tapi UTC connect pula ada masalah..perlu tunggu lagi seminggu lebih kurang untuk siap.

Selepas siap semua ni perlulah kembali cargas meneruskan kelangsungan kerja beta.

Sesiapa yang berminat untuk tahu lebih mendalam tentang unit amanah ni boleh terus consult dengan saya.

Yang kembali cargas
Siti
018-3736118

Friday, 17 October 2014

blog best untuk dibaca

Dewasa ini saya suka baca blog..hari-hari saya baca blog. OK intro yang tak kelakar.sekian.

Sebab hari-hari baca blog..aku nak share beberapa blog yang aku rasa best dan berselera untuk dibaca. Just for fun..let's check it out.

Sebelum tu turutan adalah tidak mengikut dari best ke tàkbest..no no..bukan macam tu..turutan ikut suka hati hambe je.

Takmau karut-marut lama...

1) Saatakukaupilih
Tu la nama blognya..panjang dok. Blog tentang parenting world..owner seorang surirumahtangga..so blog ni juga menceritakan life dia. Blog yang simple dan klako.

2) kupu-kupu kecil
Kepunyaan si kecik molek yuyu zulaikha. Juga blog lifestyle dan banyak update product ..but nice penulisannya. Sekarang tak sabar nak tunggu yuyu bersalin. Mesti cute anak macam emaknya.

3) nameera
Ni pun best..owner nya cantik sangat k. Lebih kurang sama ja dengan blog-blog diatas contentnya..tapi cara penulisan yang jujur..Rasa seronok baca.

4) boxer kedut
Blog klako katako..penulis yang bijak bekarya..idea juga fresh gitu..kalau sedih and perlukan hiburan untuk dibaca, blog in bagus..sebagus kalian ikan masin!!!


Thursday, 16 October 2014

fulltime housewife

hai
Pagi-pagi dah update blog ye
Setelah sekian lama tak berblogging..ni pun besusah payah update dengan phone je.

Dan isi pon kosong jela kan
Sekarang duduk rumah jaga anak
Anak pun dah besar..setahun 2 bulan..dah boleh jalan pun dia.

Macamana perasaan jadi fulltime housewife adalah..jejejengg...

Kadang-kadang best...kadang-kadan xbest...sebab apa?...erm...mungkin ambil masa kot..

So sapa-sapa yg nak berhenti kerja tu well prepare ye. Pastikan korang

1) pikir betul-betul readykah aku nak kena duduk rumah 24 jam, 7 hari seminggu..bla..bla..bla

2) kalau yang jenis suka shopping tu..kenala terima kalo takda duit sendiri dan husban pun jenis tak berapa rajin hulur duit..duduk diam-diam je kat rumah k. Takpun jadi macam aku..beli siap-siap baju baru sebelum berhenti keja ;)

3) bila dah duduk rumah ni automatic takdelah boleh begosip macam kat tempat kerja...lama kelamaan rasa macam jaoh dengan kawan-kawan...ada pun wassap je kadang- kadang

Tapi tak mengapa..positifkan diri. Nikmat bila dapat jaga anak sendiri. Dapat masak untuk keluarga..pasti anak dan suami dapat makan makanan bersih dan berkhasiat.

Sesuatu yang baik atau buruk bermula dari rumah. Sementara dapat jaga anak sendiri jagalah betul-betul. Jangan dimarah anak yang masih kecil sebab dia tak faham lagi..tak tau salah atau buruk sesuatu itu. So kita yang dewasa ni bersabar banyak-banyak. Jangan dipukul sebab anak akan jadi semakin degil. Nasihat ni untuk diri sendiri juga..yang penting SMILE. Walaupun tengah marah atau penat, cubalah senyum...insyaAllah kita akan rasa reda skit tekanan tu.

Apa-apa pun..selagi boleh beri yang terbaik buat keluarga alhamdulillah..tak kira la kita fulltime housewife or not.


Friday, 12 September 2014

malam ini

mata terkabil-kebil sendirian
malam adalah waktu berehat dan berangan
rasanya baru dapat mehela nafas setenang-tenangnya
berehat untuk bekerja semula pada hari esok

sunyi..damai...
macam-macam telintas di fikiran
rindu keluarga..mak..ayah
ayah y sangat sayang dan bangga dengan anak y sorang ni
tp...xda apa y mampu diberi buat mereka
hanya doa dlm setiap kali solatku

teringat kerja..
apa y xku buat
outstation dngn orang-orang luar
antara ramai tp aku y dipilih melaluinya
bos y hebat
bukit bintang, orang emas d simpang cube
naik turun train ke sunway
rasa rugi pula xda simpan gambar kenangan

telah kupilih jalan ini
buatku sendiri terus tanpa teman bernama sahabat
yang boleh berkongsi cerita..perangai gila-gila
sungguh aku rindu

sunyi...
khusus yang mengajarku erti ketabahan dugaan seorang ibu
kesabaran seorang isteri
setiap hari yang dilalui mengajar kesabaran dalam diri yang nipis selama ini
pelajaran y tak diajar dimana-mana

hanya Allah s.w.t tempat merintih meminta dan bersyukur
terima kasih atas anugerah ini
moga menjadi bekalan di sana
hidup unt redhoNya

Friday, 5 September 2014

Exam SPA online hampeh!!!

blog adalah tempat meluahkan perasaan..huh..poyo -.-

harini frust sebab tak dapat just online exam spa..sob2

Dah nasib badan kot dok rumah jaga anak he..OK la kan

oleh sebab furst bawa anak g taman..cuaca pun sedap je berangin..dapatla ubatkan hati yang sedih ni


Friday, 18 April 2014

Baby Harraz 8 bulan

Actually 8 bulan ++ dah. Dah tua anak mama tu ye...janggut je tak tumbuh lagi '__'

Dulu punctual je 4 bulan hupdate..5 bulan 1 hari hupdate lagi pasal baby Harraz..sekarang...dah lebih saploh hari baru nak hupdate...minta maap ye Harraz. Mama sibuk...ececece >!< (korek taik idung skit)

Baby Harraz da

- Pandai crawl laju-laju ikut mama kemana pergi. crawl macam askar tu. Tak merangkak lagi pun. Tapi gaya dah ada..tangan dah kuat, dah angkat-angkat bontot. Tapi xmula lagi nak gerak kedepan.

- Mulut dah mula bisinggg. Mamamama..papapa..aaaabah..makkkk...macam-macam lagi bunyi. Comel-comel je bunyi...hu.

- Gigi 2 bawah..atas 3. bertambah sebatang dari sebulan lepas >__<

Balik ke tak

Entry ni ditulis sebab husband kata dia tak balik ujung minggu ni... sob3 :'(

Ujung minggu lepas tak balik sebab ada keja nak selesaikan hari Sabtu.

Ujung minggu ni tadi message tak dapat balik juga sebab busy sangat, barang nak keluar hari Isnin. Tapi tiket bus segala dah beli. Kesian kat en. husband sorang tu. Tak dapat lagi la nengok anak dia yang kemain bising mulut sekarang.

Mama??...takpela..mama redho je..tak lama lagi pun. T tengok la papa kamu tu hari-hari. Lagi dua minggu je nak pindah dok sekali. InsyaAllah. (redho2 pun kat atas td da sob3..huu)


Friday, 11 April 2014

Mood nak behenti keja

Assalamualaikum

Masa berlalu cepat sangat. Rasanya baru je lagi hantar surat berhenti kerja. Tup tup lagi dua minggu je lagi dah habis tempoh edah ea :(

Segalanya just berserah pada tuhan. Dua tiga hari ni baru nak terpikir...betul ke aku ni nak jadi full time housewife...

Tak keja..jaga anak jela..lepas tu ..macam mana keadaan duk tempat baru nanti..

Tak keja, duit xmasuk...sebelum ni selalu pegang duit sendiri...dugaan..nak behenti gaji pun naikkk..hahaha..hanya mampu cakap rezeki aku dekat tempat kerja ini adalah untuk setakat ni je :)

Sebelum ni hujung minggu je dengan husband..sekarang 7 hari seminggu, sebulan...ermmm, ok ke..minta-minta aku dapat menjadi seorang wife yang terbaik..mama yang terbest untuk anak-anak (cess...anak baru sorang)

Dekat-dekat nak benti keja ni plak office @ department kitarang mungkin akan dibubarkan. So aku xdela rasa apa sangat..just member2 la nanti mungkin kena joint department lain..

Kerja???...yes aku dapat lari dari keserabutan kerja...bos-bos and member cakap "best la kamu lepas ni.."...

Best ke??..memeng best, tak perlu pikir pasal kerja..tapi kerja itu buat kita berfikir..bercampur dengan orang-orang hebat...ingat senang ke nak senang (ayat palapes dulu2..kofkofkof)

"InsyaAllah..aku berserah segalanya pada-Mu..just aku pohon diberikan kekuatan untuk menjadi yang terbaik buat semua...aku hanya hamba yang lemah..merancang atas hidup yang sekejap ini. Perancangan-Mu adalah yang terbaik..amin."

Tuesday, 8 April 2014

To The Beautiful You/For You In Full Blossom

Sekarang 8tv sedang menayangkan cerita korea bertajuk For You In Full Blossom (FYIFB) start pukul 8.30 malam.

For You In Full Blossom juga diberi tajuk To The Beautiful You. Tak tau la kenapa ada dua nama. Asal cerita daripada manga Jepun bertajuk Hana Kimi.

FYIFB mengisahkan tentang Koo Jae Hee (lakonan Sulli) menyamar sebagai lelaki dan masuk belajar di sekolah lelaki Genie Physical Education High School kerana meminati Kang Tae-Joon (lakonan Minho) setelah menonton satu rancangan TV, World Junior Competition di Amerika .

Kang Tae-Joon seorang atlit lompat tinggi yang terkenal. Tetapi setelah dia mengalami kecederaan terus dia tidak lagi meneruskan careernya.

Oleh sebab itu Koo Jae-Hee telah pulang dari Amerika dan mengubah dirinya sebagai lelaki semata-mata untuk tolong idolnya itu.

Pada hari pertama persekolahan, Jae-Hee melangkah naik tangga dengan membawa beg pakaian yang besar. Malangnya beg tersebut terbuka dan pakaiannya habis bertaburan. Ada seorang pelajar lelaki yang tolong Jae-Hee untuk kutip baju tersebut...dan pelajar tersebut adalah Tae-Joon.

Dalam pada keseronokan dan keterujaan Jae-Hee jumpa Tae-Joon...lelaki tersebut telah mengutip seluar dalam Jae-Hee...dan dia cakap taste Jae-Hee boleh tahan. Yela..mana ada lelaki pakai seluar dalam perempuan..hehehe.

Pada kelas pertamanya pula, seorang classmate, Jong-Min (lakonan Hwang Kwang-Hee) telah suruh Jae-Hee ambil sebiji bola kepunyaan anjing di taman jika dia berhasrat untuk duduk dalam kelas tersebut. Walaupun anjing tersebut terkenal dengan sifat garang, tetapi Jae-Hee berjaya masuk ke dalam rumah anjing dan ambil bola yang dimaksudkan.

Semasa Jae-Hee di dalam rumah anjing, Tae-Joon datang dan mula bercakap-cakap meluahkan perasaan kepada anjing. Tae-Joon mula bercakap bahawa dia takkan buat lompat tinggi untuk commercial shooting kerana setelah dia tercedera sebelum ini, Tae-Joon belum pernah buat lompatan lagi.

Jae-Hee yang telah terdengar percakapan tersebut keluar dari rumah anjing dan bertanya kepada Tae-Joon adakah dia ok atau tidak. Tae-Joon yang tak sangka ada orang lain mendengar perbualannya tadi menjadi marah dan meninggalkan Jae-Hee sendirian.

Wednesday, 2 April 2014

berperasaan

dah lama tak manulis @ menaip dekat sini..actually xda apa nak share dengan semua. just nak tulis tentang perasaan sendiri.

lagi sebulan nak berenti keja. last proposal pun dah siap semalam. hope everything goes well.

tadi nak perah susu asalnya. tapi boss dah panggil masuk mengadap tanya pasal kerja. ni dok tunggu kat pc, kot-kot bos nak tanya apa lagi. jap lagi la perah susu..hohoho :)

pastu sambil-sambil baca blog..ngeh3..kantoiii...baca blog Aishah Amin pasal pemergian frenz@ blogger juga..Ami..sedih baca...dalam pada tu dok pk juga pasal diri sendiri. macam mana si aishah ni sedih sebab member rapat dia xde..n betapa dia sayangkan member dia..dia ada lukis something untuk si ami..tapi tak sempat nak bagi...macam tu juga lah aku...aku buat keputusan untuk behenti kerja and jaga anak dan suami dengan harapan aku masih ada masa untuk curahkan kasih dan sayang buat mereka. taknak menyesal nanti suatu masa bila dah takde sesorang tu..baru nak menyesal. menyesal kemudian tak berguna lagi ye tak...

sedih untuk tinggal keje, kawan2 juga takyah le cita. memang sedih. dikenangkan pasal career pun sedih sikit...sob3...uhuuk

Wednesday, 19 March 2014

Baby 7 bulan

Assalamualaikum..

Lambat kali ni saya update pasal baby..dah 7 bulan lebih.

Semakin dewasa...kacak...cute miut..(apekah bi + bm ni)...hahaha

1) Baby dah pandai kedepan-kedepan badan dia. Semakin laju...tengok-tengok je dah warghhhh...cium lantai..hu.

2) Beremosi. Amboi ..huu.

Contoh 1
Kalau dimarah ke..dah paham. Nanti cebik and pastu nangis minta simpati. Cepat-cepat la pujuk.

Contoh 2
Harraz suka naik moto..nanti petang-petang abah bawa dia round-round taman. Bila moto berhenti dan angkat dia turun...uwargggghhh...nangis...pastu siap buat lembek lagii..pandai aii.

3) Pandai membelek..sebab dulu masa kecik, dia tak pula tengok kerongsang apa yang saya pakai. Sekarang..belek kerongsang..tudung bunga-bunga nak disentuhnya. Apa-apa ajela yang dia rasa sebelum ni saya tak pakai, tiba-tiba pakai..dia akan belek, tengok..sentuh dengan jari..hu.

Berat and tinggi tak ukur pun. Mentang-mentang la 7 bulan tak perlu buat check up kan.